Showing posts with label masjid. Show all posts
Showing posts with label masjid. Show all posts

Thursday, December 15

@Masjid Zahir, Alor Setar

Masjid Zahir ini dirasmikan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H, bermakna, usianya sudah menghampiri 100 tahun Hijri (sumber).

Sg Kedah - di belakang Masjid Zahir

rumah di tepi sungai


model saya

Kami menikmati bihun sup di gerai yang dibina bersebelahan dengan Masjid.  Bihun supnya sedap, tetapi jika ditambah sedikit lagi perencah sup, rasanya akan lebih ummph.  

bihun sup pula


tauke bihun sup

senibina lama dan baru





Kami di dalam 'misi' pencarian klinik pakar kulit untuk merawat kaki adik yang dipenuhi kudis.  Ada dua klinik, Dr. Jalaluddin (tutup) dan juga sebuah klinik am + kulit di Tg. Pauh (menghala ke Jitra) tetapi doktor kulitnya cuma ada pada hari tertentu sahaja.

Sudahnya kami ke klinik kulit Dr. Venkat di Jalan Putra, Alor Setar.  


Masa menunggu lebih kurang 45 minit kerana ramai pesakit, tetapi masa rawatan hanya sekitar 2 - 3 min saja.  (Nota : agak mahal bayarannya, dengan 6 jenis ubat serta perundingan, kesemuanya RM90).

Wednesday, November 2

Ribut berhampiran masjid

Petang semalam, suami memberitahu Bazar Wakaf Rakyat berhampiran Masjid At-Taqwa telah dilanda ribut.  Anak peniaga bersebelahan kedai suami tercedera terkena serpihan kaca dari tempat sajian lauk mereka dan menerima beberapa jahitan juga untuk lukanya.  Harap kak Rubee sekeluarga sabar dengan ujian yang menimpa mereka kerana barangan mereka banyak juga yang rosak.

Berita bergambar (kredit en. suami)

khemah sudah terbang melepasi parit



awning yang rebah












mangsa!

tergolek







Alhamdulillah, barang-barang suami tidak terjejas dengan kejadian ribut ini.

Monday, October 24

Bunga di Masjid

Frust!

Sudah beberapa kali berkunjung ke Masjid Sultan Abdul Halim di Sg Petani (http://masjid-sp.blogspot.com/) untuk bersolat, pintu bilik air muslimatnya sentiasa berkunci.  Sebelum ini pernah juga bertanya kepada jemaah yang ada, katanya bilik air nun di bahagian belakang, tetapi apabila ditinjau, yang ada hanyalah bilik pengurusan jenazah.  Erk...

Saya mohon ampun jika kenyataan saya ini berunsur fitnah, tetapi, sudah beberapa kali saya berkunjung ke situ, bilik airnya sememangnya berkunci.

Ketika menanti suami bersolat zohor, saya meronda di bahagian tepi masjid.  

saiz bunganya kurang dari siling 5sen

saiz bunganya sebesar siling 10sen





Sudahnya, saya dan kakak bersolat di surau RFC saja memandangkan kami akan makan tengahari di sana.

Saturday, June 4

Subhanallah

Beberapa hari lalu, suami menyampaikan berita yang mengejutkan.  Seorang hamba Allah terjumpa gambar lucah di dalam buku Yaasin di masjid ketika dia membuka untuk membacanya.  Dibukanya buku pertama, terpapar gambar tersebut.  Diambil pula buku kedua, juga terlekat kemas gambar lucah itu.  Kata suami, gambar yang tersebut dilekatkan dengan double=sided tape di dalam buku Yaasin tersebut.  Sememangnya, sesiapa yang melakukannya, berniat melakukannya.  Manakan tidak, dilekatkan dengan sempurna dengan pita pelekat!  Ada 21 buah buku Yaasin yang dilekatkan dengan gambar tersebut.  

Semalam, kata suami, mereka beramai-ramai melakukan solat hojat untuk orang yang melakukan 'jenayah' itu.  Semoga orang yang melakukannya insaf dengan perbuatannya dan bertaubat.  Jangan dimain-mainkan dengan ayat-ayat Allah ini, kerana sesungguhnya kalimah-kalimah suci ini sentiasa terpelihara dari hinaan dan cercaan sehingga ke hari Kiamat.  

Sunday, May 8

Mudahnya mendapat saham...


Berapa ramai di antara kita (perempuan) yang ketika singgah di mana-mana surau/masjid untuk bersolat dan ketika ingin mengenakan telekung tetapi telekung wakaf yang sedia ada 'wangi' dengan haruman lain serta 'bersih' dengan calitan gincu serta bedak asas.  Tidak kurang juga yang bertompok hiasan tahi lalatnya.  

Saya teringat kepada sebuah kisah benar (saya tidak ingat di dalam majalah mana) seorang warga emas (wanita) yang dijemput Allah di dalam keadaan mulia.  Ketika di wad, saat-saat akhir sebelum dijemput, mak cik ini memberitahu anak-cucu yang sedang mengerumuninya bahawa ada 'orang' yang datang ingin menjemputnya dan dengan senyuman memberitahu dia sangat gembira untuk mengikut 'orang-orang' itu. 

Setelah selesai disemadikan, ada yang bertanya, amalan apakah yang menyebabkan mak cik berkenaan mendapat kemuliaan sebegitu.  Suaminya bercerita.  Ketika hayat mak cik ini,dia begitu taatkan suami serta rajin membaca Al-Quran.  Ketika kesakitan tidak boleh berjalan, dia meminta suaminya memimpin ke masjid/surau pada waktu subuh kerana sudah lama tidak dapat mengikut suaminya berjemaah.  Ketika pulang, dia membawa bersamanya telekung untuk dibasuh.  Apabila ditanya, dia memberitahu suaminya, jika hendak mengadap Allah, biarlah bersih dan wangi.  Dia membasuh telekung-telekung berkenaan dengan tangannya dan meletakkan nila.  Setelah kering, dia menyerika telekung-telekung itu dan ketika waktu zohor , dia meletakkan semula telekung-telekung yang sudah dibasuh untuk kegunaan jemaah bersolat.
Mudahnya mendapat saham akhirat.  Moga-moga hati kita dibimbing Allah untuk berkhidmat seperti ini untuk memberikan keselesaan kepada jemaah yang hadir ke rumah Allah.  Dan semoga dengan amalan kita yang tidak seberapa ini juga memberi keselesaan kepada kita ketika dijemput kembali kepadaNya.  Wallahua'lam.

Thursday, March 31

Imam Muda

Kakak dan adik teruja menghadiri program ceramah oleh Imam Muda  (IM) Asyraf di Masjid Bertam baru-baru ini.  Adik tidak lepas pandang pada imam muda yang berjubah serta berserban putih itu, lalu dia berbisik pada saya,

"Ummi, itu imam muda yang dalam TV tu kan?"

"Iya..."

"Kenapa dia boleh ada di sini pulak?"

"Orang panggil dia ke sini, dia boleh datang, bukan dalam TV saja.", saya separuh berbisik kepada adik supaya tidak mengganggu konsentrasi khalayak ramai.

Gambar yang diambil oleh adik menggunakan kamera telefon

IM ini dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang remaja.  Sudah tentu golongan sasarannya adalah kaum pemuda/i, akan tetapi, apabila saya menoleh ke kanan dan belakang, ramainya dari golongan 'orang lama' dan juga kanak-kanak.  Ada juga segelintir wajah-wajah remaja yang turut hadir di kalangan muslimat.  Benar juga kata imam muda ini, adalah menjadi tugas 'orang lama' ini untuk mengingatkan kepada anak-anak dari golongan muda yang tidak hadir ke majlis seperti itu.

IM Asyraf berkisah tentang peranan pemuda di zaman Rasulullah.  Kebanyakan pejuang adalah terdiri dari kaum pemuda.  Biarpun di zaman ini semakin gawat dengan gejala maksiat yang membabitkan golongan remaja, namun masih ada lagi remaja yang 'baik-baik' yang tidak diberi perhatian.  Namun katanya, biarpun baik sekarang ini, tidak semestinya di masa akan datang berterusan baiknya.

Ketika separuh jalan program berlangsung, adik dan kakak sudah menguap.  Adik berbaring beralaskan beg telekung sebagai bantal.  Apabila nampak mereka semakin resah, saya mengundurkan diri dari ruang solat untuk keluar supaya mereka dapat bergerak di luar. Di luar, hilang mengantuk mereka apabila dapat bermain di tempat mainan yang disediakan.  

Selesai doa solat Isyak yang diimamkan oleh imam muda itu, seorang remaja yang berdiri di sebelah kanan  saya bersalaman dan berpelukan dengan saya.  Dia teruja melihat adik lengkap bertelekung yang turut bersolat.  Semoga katanya supaya adik menjadi anak yang solehah di maqbulkan Allah.  Alhamdulillah.

Wednesday, September 30

Tabung


Ketika singgah bersolat di mana-mana masjid, saya akan menghulurkan duit kepada anak-anak untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid. Mereka berebut-berebut untuk memasukkan duit ke dalam tabung.

Sekarang, jika singgah di masjid untuk bersolat, selesai saja solat, mereka pula yang akan meminta duit untuk dimasukkan ke dalam tabung. Semoga sifat pemurah mereka akan berterusan sehingga mereka memiliki duit mereka sendiri dari hasil titik peluh mereka.


Tuesday, June 17

Masjid Terapung, Tanjung Bungah

Masjid ini menjadi tempat persinggahan bagi musafir... semasa dalam perjalanan balik, singgah di situ, ada rombongan pelajar-pelajar sekolah menengah sedang berhenti di situ. Semasa air surut, tidak nampak sangat "keterapungan"nya...

pemandangan dari beranda masjid

inilah masjidnya

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin