Showing posts with label bunga. Show all posts
Showing posts with label bunga. Show all posts

Friday, June 6

Cameron Highlands 'revisited' - akhir

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Lavender Garden - Alkisahnya sewaktu pendakian ke Cameron Highlands dari Sg Pulai, tiba-tiba terpandang taman Lavender yang keunguan dari luar di sebelah kanan jalan.  Wah... terujanya... 'kena mai sini!'... saya sudah mengatur acara lawatan... :D  Kenapa saya tidak pernah perasan kewujudan taman lavender ini ketika kunjungan 2011 atau ianya dibina selepas itu?  Saya cuba mendapatkan maklumat tetapi masih tidak bertemu dengan tarikh sebenar pembukaannya. Lokasinya tidak jauh dari laluan masuk ke ladang Boh Sg Palas.  

Waktu melawat : Isnin - Khamis : 9am - 6pm, Jumaat - Ahad : 9am - 7pm.  Bayaran masuk : RM5/dewasa dan RM3/kanak-kanak.

klik untuk besarkan imej


Sedikit 'kecewa'... saya jangkakan boleh feeling bergambar di dalam rimbunan lavender, rupanya hanya diluar pagar sahaja... :D :D :D Jika dibenarkan, agaknya habis lunyai lah lavender yang ditanam!



petunia

Boleh dipetik sendiri, sebatang RM2, 3 batang RM5 jika tak silap saya









Mardi - sudah beberapa kali kunjungan ke sini.  Bunga-bungaan di sini juga sudah berkurangan berbanding dahulu.  Benih atau anak pokok bunga boleh dibeli di sini.  
Bayaran masuk : RM3/dewasa, RM1.50/pelajar.









Jemput ke album gambar 'bunga-bungaan' untuk gambar penuh bunga di fb saya.  

Tuesday, March 23

Kerak Nasi @ Kesidang

Pokok bunga kerak nasi yang diberikan oleh kakak ini ditanam di halaman rumah mak.  Baru-baru ini ianya sudah mengeluarkan bunga yang harum semerbak. 


Pokok kesidang atau dikenali juga dengan nama pokok bunga kerak nasidi bahagian utara semenanjung malaysia atau bunga tikam seladang di pantai timur merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Apocynaceae. ia juga dikenali dengan nama bread flower di negara-negara barat. tumbuhan yang dipercayai berasal dari kepulauan jawa ini merupakan sejenis tumbuhan memanjang dengan batangnya yang kecil tapi berkayu dan keras serta mudah lentur.(sumber : http://www.melur.com/ )



Saturday, June 6

Bunga Naga

Buah Naga @ Dragon Fruit sedap dimakan. Inilah pertama kali saya lihat bunga buah Naga yang sedang berkembang di laman rumah kakak. Cantik!

bunga yang masih belum kembang

Monday, September 8

Wanita & Bunga

Bunga tidak dapat dipisahkan dengan wanita. Betul ke? Jumaat lepas, Persatuan Wanita menganjurkan bengkel gubahan bunga sudut. Bengkel ini dikendalikan oleh seorang pakar gubahan dari A tu Z Bandar Sunway. Inilah hasil gubahan saya yang "keras tangan" ini...boleh tahan kan? hehehe..sekarang ini bermastautin di rumah mak saya.

Ini bunga gubahan dulu, asalnya berbentuk bujur. Saya sudah bosan dengan bentuk itu yang saya gubah tak menarik, saya ubah suai sendiri menjadi bulat...hehehe.

Tuesday, July 29

Day 6 : Cameron Highland (Part 1)

Layan gambar bunga-bungaan dulu ye...bunga-bungaan di Cameron Highland begitu menarik saya rasa (Nama pun perempuan, minat bunga sudah tentu). Saya ada beli beberapa pokok bunga di Cameron.

kek wa ke? (tak pasti)

bunga apa ye?

bunga strawberri

bunga kucai

ini sangat dikenali kan...

yang paling saya suka :-)

bunga senduduk

keladi


Banyak lagi koleksi gambar bunga-bungaan, tak termuat di sini. Untuk part 1 cukuplah untuk bunga je sebagai pengenalan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin