Berkongsi Cerita
Cerita tentang kehidupan, masyarakat, keluarga dan anak-anak
Ahad, Mac 11
Rabu, Mac 7
Lens baru untuk si hitam manis
Lamanya tidak melayan si hitam manis saya itu. Selepas insiden kamera terjatuh di dalam air banjir, lens asal 18 - 55mm sudah diselaputi selut di dalamnya. Lens kedua berjenama Tokina, 28 - 70mm. Agaknya jika saya kerap mengelek si hitam manis bersama Tokina itu, saya rasa boleh timbul otot-otot di lengan. Berat! Kerana itulah saya sudah jarang menggunakannya, en. suami pula yang mengambil-alih tugas mengelek si hitam manis. Beberapa kali saya bersuara ingin menggantikan lens yang lebih ringan. Senyap...
Ketika sedang makan-makan bersama sahabat sewaktu rehat, saya menerima MMS dari en. suami. Wah...diam-diam dia sudah menempah lens baru untuk si hitam manis itu. Lens Canon 55 - 250mm, dengan harga RM580 saja. Katanya ingin membuat kejutan kepada saya. Semakin jauhlah boleh merakamkan aksi-aksi spontan... opss...
(mood : teruja)
| Reactions: |
Selasa, Mac 6
Isnin, Mac 5
Pantai Kamloon, Kepala Batas
Pantai yang bukan pantai dalam erti kata sebenar. Ianya hanyalah pesisiran Sungai Muda yang menjadi sempadan Pulau Pinang dan Kedah. Pesisiran sungai di bahagian Seberang Perai ini diubahsuai menjadi taman rekreasi
Keadaannya yang terbiar tidak diselenggara amat mengecewakan.
Jambatan yang berlubang dengan kayu reput membahayakan pengunjung.
| tali pemegang sudah putus |
Bandingkan dengan gambar asalnya :
| kayu jambatan berhampiran kaki kakak sudah reput dan jatuh |
Jika ianya diselenggara dengan sempurna, pasti ianya boleh menjadi pusat rekreasi yang boleh menarik ramai pengunjung.
Tetapi apa yang saya perhatikan pada petang itu, ada beberapa orang kaki pancing yang mencuba nasib di situ. Khabarnya, ikan toman yang menanti kaki pancing di kawasan itu.
Labels:
cuti-cuti malaysia,
pulau pinang
| Reactions: |
Ahad, Mac 4
Cucur moden kontemporari
Secara tradisinya, cucur udang atau cucur bilis biasa dihidangkan. Dengan pelbagai bahan yang ada, kepelbagaian di dalam resepi hidangan cucur perlu supaya keluarga tidak jemu dengan hidangan tradisional ini.
Inilah cucur moden kontemporari - suka-suka hati menamakan cucur ini - kerana saya mengolah ramuannya menggunakan sosej pula. Gabungan tepung gandum, sosej, bawang besar, daun leek, cili padi, kunyit dan garam mesra bersatu dan semuanya selesai di dalam perut sebagai sarapan pagi, Alhamdulillah.
Langgan:
Catatan (Atom)


