Khamis, Disember 15

@Masjid Zahir, Alor Setar

Masjid Zahir ini dirasmikan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H, bermakna, usianya sudah menghampiri 100 tahun Hijri (sumber).

Sg Kedah - di belakang Masjid Zahir

rumah di tepi sungai


model saya

Kami menikmati bihun sup di gerai yang dibina bersebelahan dengan Masjid.  Bihun supnya sedap, tetapi jika ditambah sedikit lagi perencah sup, rasanya akan lebih ummph.  

bihun sup pula


tauke bihun sup

senibina lama dan baru





Kami di dalam 'misi' pencarian klinik pakar kulit untuk merawat kaki adik yang dipenuhi kudis.  Ada dua klinik, Dr. Jalaluddin (tutup) dan juga sebuah klinik am + kulit di Tg. Pauh (menghala ke Jitra) tetapi doktor kulitnya cuma ada pada hari tertentu sahaja.

Sudahnya kami ke klinik kulit Dr. Venkat di Jalan Putra, Alor Setar.  


Masa menunggu lebih kurang 45 minit kerana ramai pesakit, tetapi masa rawatan hanya sekitar 2 - 3 min saja.  (Nota : agak mahal bayarannya, dengan 6 jenis ubat serta perundingan, kesemuanya RM90).

2 komen:

  1. kami selalu ke pakar kulit Dr.Leh di exit sg.petani selatan mengadap caltex. chargenya aku rasa lebih mahal dr yg hang pi di AS. slalu lam rm200 la..tapi Alhamdulillah berkesan

    BalasPadam
  2. Depa duduk rumah tok mengkuang dah 2 minggu. Bila ambik nak balik AS, tengok makin teruk, itu yang cari klinik di sana. Sekarang ni nampak makin kurang. Kulit adik jenis sensitif, kena nyamuk sikit, garu, apalagi, jadi kudis lah. Ingatkan klinik di AS tu dah mahal hehehe

    BalasPadam

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin