Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Sunday, April 13

Roti Doll (edisi jjcm)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.



Jika berkesempatan ke Alor Setar, jangan lepaskan peluang ke Roti Doll di Restoren Mee Sham.  Restoren ini terletak di jalan Pantai Johor - Jalan Gunung Keriang di sebelah kiri berhampiran petronas.  Roti ini adalah gabungan roti canai  yang sudah di'tepuk' serta telur mata di atasnya beserta kuah 'banjir'.  Kepuasan sehingga ke suapan terakhir...nampaknya tidak cukup hanya satu pinggan! :D 


Harganya, rm2 (kot).  Rasanya ia dibuka setiap hari kecuali jumaat, waktu operasi, terlupalah pula... :)

Monday, May 13

Bubbly Bubble...



Tutuplah 'blogsejuk' jika begini... :D

Bubble yang dibuat sendiri.  Bubble merah jambu berperisa strawberi, yang hijau berperisa limau.

Kata adik, "sedapppp!"

Yang hijau digentel oleh adik, yang merah jambu, kakak.

Semalam, adik bertanya, "ummi, boleh tak letak bubble dalam air masak?  Adik nak bawak ke sekolah".  :)

Saya :D

Saya sudah menjangka adik akan bertanyakan soalan itu... hehehe... naluri seorang ibu! ;)

Caranya sangat mudah.  Saya lakukan campuran 1 cawan tepung ubi kayu dan air panas.  Uli doh dengan air panas sedikit demi sedikit sehingga doh boleh digentel.  Rebus doh tersebut di dalam air mendidih untuk beberapa ketika dan rendamkan ke dalam air gula yang sudah diperisakan (ikut suka).

Mereka mencampurkan bubble ini dengan minuman biasa saja.

Monday, January 28

Bersama keluarga @Telok Tempoyak

Lama benar tidak berkunjung ke Telok Tempoyak, keenakan ikan bakarnya masih tidak setanding dengan di tempat lain (bagi saya).



siakap bakar




Yummm....

Untuk tempahan : En. Adnan Hassan, 019-4132572,019-4725272

Monday, January 14

Inilah dia...

(I)

Hasil si adik yang akan berusia 8 tahun pada bulan April ini!  Kejadiannya selasa lalu, 8/1/2013.



Huhuhu.... ummi yang melihatnya mengucap panjang.... sabar sajalah tudung yang baru dibeli tidak sampai berapa minggu itu sudah selamat berlubang.  Mananya tidak berlubang, kain tudung getah itu diseterika dengan kepanasan maksima ketika saya berada di dalam bilik air.  Keluar dari bilik air, dia menunjukkan kain yang sudah berlubang.

Kronologi kejadian, adik sudah lama ingin menseterika kain sendiri ketika di dalam tahun 1 setelah melihat kakaknya melakukan sendiri.  Saya hanya benarkan baru-baru ini, tetapi dengan syarat, saya akan memantau dia melakukannya.  Sessi pertama, kain sekolah kafa sudah berjaya dibuatnya sendiri.  Agaknya, dia berkeyakinan yang dia boleh melakukan sendiri, itulah jadinya.  Ketika saya 'pot pet pot pet', adik hanya diam saja.

"Ummi tahu, adik nak tolong ringankan kerja ummi, tapi, jangan buat sendiri lagi tau..."

Diam....

Malam berikutnya, dia masih ingin seterika kain sekolah kafanya, tetapi dia sudah belajar dari kesilapannya dengan bertanyakan saya.  


(II)

Cubaan pertama bersama anak-anak.  Sakit pinggang menyediakan lapisan crustnya dan menunggu untuk membakarnya menggunakan oven yang kecik comel itu. Resepinya mudah dari blog Masam manis ini, tetapi untuk menempeknya mengambil masa. Tidak berapa kemas dan comot. Adik dan kakak teruja melakar bentuk smiley di atas adunan cream cheese. Tetapi apabila menyediakan sendiri, tidaklah pula bersemangat makan seperti yang disediakan oleh orang lain.  



Wednesday, September 26

Thursday, September 6

Cendol Bismillah

Kami berpusing-pusing sekitar bandar Taiping untuk mencari Bismillah Cendol yang terkenal itu.  Lokasi koordinatnya :

E: 100*44'18.6"
N: 4*51'8.6"

Kedainya biasa-biasa saja, tetapi cendolnya sedap.



Laksa ini pun sedap!



Cendol biasa, tiada apa-apa kecuali santan, gula dan cendol, tetapi tetap sedap!




Laksanya cukup pedas dan masam (tak perlu picit limau kasturi), cuma isi ikannya kurang.



Pilihlah menu cendol mana yang disukai



Kedai 1 Malaysia.  Ketika kami makan, ramai pelanggan yang terdiri dari Cina, India, Melayu dan bangsa lain yang turut makan di gerai itu.


Sedapnya... tambahan dengan cuaca yang panas 'lit-lit' (kata orang utara).  

Sunday, June 24

Pizza Marathon

Apabila en suami sibuk di kedai, kami tidak kemana-mana.  Saya juga sibuk melayan perut anak-anak.  2 hari ini saya menguli tepung untuk dibuat pizza.  Terasa otot-otot lengan apabila menguli 3 adunan doh.  Itu baru sedikit!  Terasa benar-benar puas hati apabila dapat menyediakan yang homemade kepada mereka.

Pizza kali pertama, kulitnya keras kerana tersilap menyangkakan pan yang dibeli itu 9', rupa-rupanya 10'.  Patutlah nipis benar untuk memuatkan loyang itu.  Resepi doh itu diperolehi dari myresepi.  Intinya seperti kuah spageti berintikan daging (resepi sendiri).  Keju yang digunakan semata-mata Cheddar. 






Licin selepas diangkat! 2 keping dibekalkan kepada mak yang berkunjung ke rumah.  Adik bertanya lagi tentang pizza, saya berjanji untuk membuatnya lagi malam itu.

Kali kedua menguli, saya letakkan bread softener seperti yang dicadangkan oleh Mat Gebu.  Doh dicanai tebal, dan hasilnya tidak menghampakan, lembut.  Kata orang kedai menjual alatan membuat kek, gunakan keju mozarella kerana semata-mata cheddar terasa sedikit pahit (iye ke?  entahlah, sudah selamat di dalam perut).


campuran cheddar dan mozarella



Kali ketiga, pizza berintikan tuna.  Saya tidak letakkan nenas kerana anak-anak tidak sukakan nenas di dalam pizza. 


Resepi asal diperolehi dari myresepi.  Saya gunakan 2 loyang 10' (sepatutnya 9') tetapi dohnya tidak memenuhi loyang itu.  

Bahan-bahan doh:

2 cawan tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh bread softener (resepi mat gebu - optional)
2 sudu besar minyak sayuran (resepi mat gebu - guna mentega)
1/2 cawan air suam

Cara-caranya:

Satukan kesemua bahan ke dalam bekas dan gaul rata.  Air dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga tepung tidak melekat di tangan.  Letakkan di dalam bekas dan ditutup dengan plastik cling.  Perap sehingga 1 jam sehingga doh mengembang sehingga 2 kali ganda.

Canai doh setebal lebih kurang 11/2 - 2cm, bergantung kepada ketebalan yang diingini.  Jika ingin menyimpan lama, bakar dahulu doh itu sekadar mengeringkan tepung.  Letakkan topping mengikut kesukaan dan bakar dengan suhu 200C selama 15 - 20min.

 

Wednesday, June 20

Pizza Terbalik!

Pizza upside down yang mudah disediakan.   Ketika mengoogle resepi pizza, bertemu dengan pizza ini.  Anak-anak memberi komen tidak serupa dengan pizza biasa yang dilapisi roti, tetapi habis juga dimakan.  Saya katakan pizza terbalik kepada anak-anak.  Sedap kata mereka!


cheese parut yang sudah lembik kerana kepanasan di dalam kereta)

Resipi ini diperolehi dari blog secubit garam.  Terima kasih kepada puan Nor di atas perkongsian resepi yang diperolehi dari puan Shidah.

Pizza Terbalik
Lapisan bawah
2 tsp olive oil
250gm of sausage - sliced
250gm of minced meat (saya gunakan daging burger kerana ketiadaan minced meat)
1 cup onion, sliced
8 ounces mushrooms, sliced
1 can of tomato puree
1/2 cup black olives, sliced (saya tak letak, saya letakkan oregano)
1 Red Capsicum - sliced
salt, pepper & sugar

Lapisan tengah

100 gm mozzarella cheese, grated
250 gm cheddar cheese, grated
*Saya hanya gunakan cheddar cheese parut.

Lapisan atas
 
2 eggs
1 cup milk
1 tablespoon olive oil
1 cup all-purpose flour
1/2 teaspoon salt
1/4 cup Mozarella, grated (saya letakkan cheddar cheese)
a bunch of cilantro - minced (saya tak letak)


Cara-caranya

1. Preheat oven to 400 degrees F (saya guna 200C)
2. Heat oil in large skillet over medium heat.
3. Add sausage, minced meat and cook for 3 minutes, or until browned and cooked through, breaking up the meat as it cooks with a wooden spoon.
4. Add onion, red capsicum and mushrooms and cook 2 minutes, until soft. Add tomato puree and olives and bring to a simmer, about 2 minutes. Add salt, pepper & sugar.
5. Remove from heat and transfer sauce to the bottom of a 13 by 9-inch baking dish.
6. Top with mozzarella cheese and cheddar cheese.
7. In a medium bowl, whisk together eggs, milk and oil until blended. Whisk in flour and salt until well blended. Pour mixture over sauce in pan.
8. Sprinkle with mozarella and cilantro. Bake 25 minutes, or until golden brown. Let stand for 5 minutes before slicing and serving. 



inti saya sedikit cair...

Thursday, June 14

Menu lama @Felda Residence

Jarang dilihat ubi kayu rebus serta lempeng (tempek @ peknga) ini di meja hidangan hotel-hotel.

Ubi kayu rebus ini dihidangkan bersama beberapa pilihan pencicahnya, antaranya, kelapa parut bergula, air gula merah dan beberapa lagi yang saya sudah lupa.  

Terkenang kembali zaman kanak-kanak, inilah menu yang kerap dimakan bersama keluarga.  Saya lebih sukakan lempeng pisang berbanding lempeng kelapa.


Wednesday, May 16

Hari Guru 16 Mei 2012

Inilah hadiah untuk guru mereka.  Biarpun nampak tidak 'semenggah' tanpa hiasan icing, tetapi anak-anak teruja membawanya ke sekolah.  Hiasan bunganya dibeli di kedai.



Tadaa... make up kena cantik... gigih membalut sehingga 12++ pada malam itu.

ada lagi yang belum dibalut!


Adik sibuk bercerita tentang sambutan hari guru di sekolahnya.  Dengan semangat adik bercerita, ketika cikgu lelakinya sedang menyanyi, tiba-tiba hujan turun hehehe.  Adik beritahu, cup cake itu diberikan kepada guru besar.  Cikgu kelasnya tak jumpa.... laaaa....kenalah ummi siapkan lagi kek untuk cikgu kelas adik.  Saya berpuas hati dapat menyiapkan sendiri untuk mereka.

Kali ini saya menggunakan kaedah kukus pula, lebih cepat dan lebih cantik permukaannya dan chef kecil kata lebih gebu.  Lain kali boleh buat lagi lah adik...


pipi chef kecil yang semakin 'angry bird'

Selamat menyambut Hari Guru kepada semua warga pendidik secara langsung atau tidak langsung dan juga kepada keluarga saya yang menjadi guru pertama saya sebelum saya mendapat pendidikan formal di sekolah. 

Tuesday, May 15

Makanan sunnah


Saya baru memulakan pengambilan jus delima gulsan dan juga kurma.  Hampir separuh botol pertama jus delima saya sudah habiskan.  Rasanya, masam-masam, tetapi sedap!  Jus kurma pula, saya baru sangat mengambilnya sehari yang lalu.

Bagi yang berada di sekitar Seberang Perai dan Selatan Kedah (Sg Petani), saya mendapat jus delima ini dengan harga RM15 sahaja di Fatimah Bakery bersebelahan Nasi Kandar Hussain berhampiran Billion Sg. Petani.  Saya telah mencari-cari di laman web dan rata-rata harganya lebih mahal dari ini.  

Mungkin entri ini dapat membantu bagi yang sedang mencari-cari jus delima ini.  Untuk khasiatnya, tanya kepada pak cik google saja, banyak yang telah senaraikan khasiatnya.

Saturday, May 12

Apam polkadot pula...

Projek hujung minggu bersama anak-anak.  Apam polkadot yang tidak nampak dot nya... huhuhu.  Dan rupanya pula, ala-ala kawah bulan... tidak licin bagai telur dikupas!  Inti jemnya pula berada di bawah hehehe.  Kukusan pertama, inti diletak selepas separuh adunan diletak di dalam cawan, dan ditutup dengan adunan kemudiannya.  Jemnya di bawah.  Kukusan kedua pula, seluruh adunan diletak di dalam cawan dan baru diletakkan jem, pun jemnya di bawah juga.  Dot-dotnya kurang kelihatan mungkin warnanya tidak menyerlah, warna pastel saja.




Janji sedap dimakan!

Resepi asal : Kak Zu
(terima kasih di atas perkongsian resepi dan cara-caranya.  Saya letakkan di dalam blog saya pula untuk rujukan)

Bahannya:

3 biji telur
275 gm tepung gandum  (= 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus  ( = 1 cawan)
150 gm susu segar...@ 150 ml bancuhan susu tepung...150 ml air + 5 scoop susu.
3 sudu teh baking powder

1 sudu kecil ovellete
1 tsp esen vanilla
 pandan paste @ apa-apa paste disukai
pewarne hijau @ apa-apa warna

intinya....sekaya,filling,jem,inti kelapajem coklat @ apa-apa saja

Cara :

1. Putar gula,telur dan ovellete hingge kembang dan berkrim...pastikan sampai putih dan pekat.
2. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.
3. Masukkan esen vanilla

4.Bahagikan kepada beberapa mangkuk dan warnakan ikut warna kesukaan anda.Boleh letak paste juga
5. Masukkan ke dalam paper cup beralaskan acuan lompang dan corakkkan apam.
5. Kukus selama 10 minit (tudung saya lapikkan kain nipis supaya airnya tidak menitis ke dalam acuan)

 

Tuesday, May 8

Cup cakes comel

Ini namanya 'cup cake' malas!  tiada topping... hanya semata-mata cup cake.



Percubaan pertama tidak mengecewakan.  Misi pertama saya untuk membuat apam dot dot hujung minggu lepas ke laut!  Apamnya tidak gebu dan leper (adunan tidak cukup kembang).  Tetapi leper-leper pun, ada tukang makan... ok lah.  Dot-dot nya pun tidak menjadi, salah teknik rupanya!  Setelah menelek blog ini, oooo... begitu caranya!  Kena cuba lagilah nampaknya...  

Cuba tengok blog itu, comel-comel apam polkadot dia... geram!      

Berbalik kepada cup cake yang saya buat, saya layankan keinginan adik ingin meletakkan manik kecil ke dalam kek tersebut, kelihatan seperti bertampuk-tampuk sedikit atas kek apabila masak.  Tidak kisahlah, janji saya puaskan hati pembantu chef itu.  Cawan kertas yang digunakan kecil sedikit, jadinya, saya dapat 27 cup cakes.  Jika ingin letakkan topping, lebih elok jika adunan diletakkan 1/2 dari paras cawan.

Terima kasih kepada alma kerana berkongsi resepi ini.

Resepi asal : alma (myresepi)

Bahan-bahan ( 18 - 20 papercups medium size )

  • 300g tepung (saya gunakan 2 cawan - converter)
  • 350g gula (saya gunakan 1 3/4 cawan - converter)
  • ½ cawan serbuk koko
  • 1½ sdk soda bikarbonat
  • ½ cawan butter (lebih kurang 120gm butter.  Buttercup 250gm, saya gunakan hampir separuh)
  • 2 sdk esen vanilla
  • 1 ½ cwn susu segar
  • * 2 biji telur

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180C. Campurkan ke semua bahan (kecuali *) dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bg campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang selama 2minit. Lepas itu tambah telur dan pukul lg dgn kelajuan tinggi selama 2minit lagi.
  2. Sudukan adunan dalam papercups. Kalau nk cupcakes yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi cups. Yang saya buat ada yg tinggi, ada yg rendah. Bakar selama ±20min gitu atau hgga masak. Suhu oven terpulang pd oven masing2, saya guna 170C.
  3. Bila dah masak boleh diletak topping kalau suka. Topping saya tu: ¼ cwn susu pekat + ¼ cwn serbuk koko + ¼ buku butter. Masukkan smua dlm periuk, panaskn atas api & terus kacau, sekejap aje iaitu bila dah bercampur smua & beku sket trus angkat and sapukan atas cupcake yg telah sejuk. Hias ikut citarasa masing2.


Saya gunakan converter untuk menukarkan unit bahan-bahan yang digunakan.  Berlainan bahan, berlainan bilangan cawan yang digunakan.  

Mudah dan cepat disiapkan.  Selamat mencuba.  

Tuesday, April 17

Hanya @Sri Iskandar?

Teh Candu...

lihat deretan roti canai yang pelbagai jenis... 

apa agaknya air "Cham" itu?

Sunday, March 4

Cucur moden kontemporari


Secara tradisinya, cucur udang atau cucur bilis biasa dihidangkan.  Dengan pelbagai bahan yang ada, kepelbagaian di dalam resepi hidangan cucur perlu supaya keluarga tidak jemu dengan hidangan tradisional ini.  

Inilah cucur moden kontemporari - suka-suka hati menamakan cucur ini - kerana saya mengolah ramuannya menggunakan sosej pula.  Gabungan tepung gandum, sosej, bawang besar, daun leek, cili padi, kunyit dan garam mesra bersatu dan semuanya selesai di dalam perut sebagai sarapan pagi, Alhamdulillah.

Aglio Olio


Resepi ringkas untuk makan tengahari - spageti goreng @aglio olio.  Bahan-bahannya saya gunakan apa yang ada di dapur dan juga di dalam peti ais.

Bahan-bahannya:
1 paket spageti (direbus) - saya gunakan 3/4 saja untuk hidangan 4 orang
2 ulas bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dititik
1/2 batang leek - diracik halus
3 biji cili padi (tiada capsicum) - diracik
3 keping daging burger
1 paket cendawan butang - potong dadu
sedikit sos bbq
sedikit lada hitam
sedikit oregano
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1.  Tumiskan bawang, cili dan leek sehingga naik bau
2.  Masukkan daging burger dan goreng sehingga garing
3.  Masukkan sos bbq dan kacau
4.  Masukkan cendawang butang
5.  Masukkan spageti yang sudah direbus.  Taburkan sedikit lada hitam, oregano dan garam secukup rasa.  Kacau sehingga semuanya sebati.

Ketika menggoreng, adik sudah tidak sabar-sabar ingin merasa.  Saya memintal beberapa urat spageti dan berikan kepadanya.  

"Hmm... sedappppp", kedengaran dari ruang tengah rumah.

Monday, February 13

Menu sihat

Terpengaruh dengan salah satu rancangan tv yang menghidangkan ikan bakar, saya menyediakan pari bakar (bakar di dalam kuali non-stick dengan sedikit minyak) ringkas dengan perapan lada hitam dan garam saja.  Ala-ala makanan orang berpantang.  Sayur-sayuran brokoli dan juga kacang buncis direbus dengan sedikit garam.  Kentang juga direbus bersama garam.  Di dalam rancangan itu, kentangnya kemudian digoreng sedikit dengan minyak zaitun dan ditabur lada hitam, garam dan juga hirisan parsley.  Saya hanya taburkan herba-herba itu di atas kentang.  Tiada kuah.


 Suami dan anak-anak makan bersama nasi.  Saya meratah ikan bersama kentang.  Alhamdulillah.

Ada satu lagi menu yang disediakan untuk meraikan adik ipar yang berkunjung ke rumah tetapi terlupa untuk diambil gambarnya.  Menu "salad ayam dan makaroni" resepi dari Chef Hanilieza dari buku koleksi Makanan Barat. Saya mengubahsuai menu itu sedikit untuk menyesuaikannya dengan apa yang saya ada.  

Menunya sangat ringkas.

Bahannya: 
1. makaroni (saya menggunakan spiral - itu yang saja yang ada - rebus sehingga lembut dan toskan
2. lobak - potong kecil (saya gunakan penyagat - senang)
3. 2 biji tomato - dipotong dadu
4. brokoli - direbus dengan sedikit garam
5. isi ayam (chef gunakan dada ayam) - saya gunakan sosej saja (bakar atau goreng) - potong dadu
6. sebiji capsicum merah & hijau (saya gunakan cili merah biasa)
7. sedikit lada hitam, garam
8. minyak zaitun 
9. kicap cair (chef gunakan, saya gantikan dengan mayonis)
10. sos cili 

Caranya:
1. Gaul kesemuanya di dalam mangkuk. 
2. Masukkan sos dan mayonis.  \
3. Taburkan sedikit lada hitam dan garam.  

Selamat mencuba.

Wednesday, December 28

Pertama kali

Baru-baru ini, en suami menghadiri kursus usahawan selama 10 hari di Kajang.  Memandangkan sekali perjalanan ke sana, suami juga ingin menyelesaikan urusannya di KL. Setelah perbincangan dibuat, saya dan anak-anak akan menyusulnya dengan bas pada hari terakhir kursusnya.  Inilah pertama kali anak-anak menaiki bas untuk tempoh yang agak lama.  Mereka sangat teruja.

adik mencuba memasang youtube di dalam bas

"Kenapa ummi tak pasang broadband?", tanya adik ketika cuba membuka video Upin dan Ipin.  Internet tidak begitu memuaskan untuk melihat video ketika di dalam bas.  Inilah bahasa budak-budak sekarang. 

Mujur juga anak-anak tidak menunjukkan sangat 'kejakunan' mereka menaiki bas.  Jika tidak... 

Makan malam di Restoren Mohd Chan di Klang Central.  Saya tetap memilih Kantonis kegemaran saya.

@Restoren Mohd Chan, Klang Central


kuih pau pula!

Monday, December 12

Laksa @Teluk Kechai

Bagi penggemar laksa, laksa dari pelbagai negeri dengan kelainan rasa perlu dicuba.

laksa + sambal kelapa (nyiok)

sate @RM0.50/cucuk



selepas

Pilihan saya tetap laksa di tempat sendiri.  Ada dua gerai yang terkenal letaknya bersebelahan di Jalan Kuala Kedah. Tidak kisah yang mana satu gerainya kerana laksanya adalah sama saja.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin