Saturday, June 4

Subhanallah

Beberapa hari lalu, suami menyampaikan berita yang mengejutkan.  Seorang hamba Allah terjumpa gambar lucah di dalam buku Yaasin di masjid ketika dia membuka untuk membacanya.  Dibukanya buku pertama, terpapar gambar tersebut.  Diambil pula buku kedua, juga terlekat kemas gambar lucah itu.  Kata suami, gambar yang tersebut dilekatkan dengan double=sided tape di dalam buku Yaasin tersebut.  Sememangnya, sesiapa yang melakukannya, berniat melakukannya.  Manakan tidak, dilekatkan dengan sempurna dengan pita pelekat!  Ada 21 buah buku Yaasin yang dilekatkan dengan gambar tersebut.  

Semalam, kata suami, mereka beramai-ramai melakukan solat hojat untuk orang yang melakukan 'jenayah' itu.  Semoga orang yang melakukannya insaf dengan perbuatannya dan bertaubat.  Jangan dimain-mainkan dengan ayat-ayat Allah ini, kerana sesungguhnya kalimah-kalimah suci ini sentiasa terpelihara dari hinaan dan cercaan sehingga ke hari Kiamat.  

2 comments:

  1. Kalau tak nak buat kebaikan jangan pula sampai sanggup menghina sehingga sedemikian rupa.

    ReplyDelete
  2. itulah kak, memang terang-terang dia menghina ayat-ayat Allah. Tak tenang jiwa dia nanti, orang ramai dah buat solat hajat.

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin