Memaparkan catatan dengan label DSLR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DSLR. Papar semua catatan

Rabu, Jun 26

Supermoon 15 Sya'ban 1434

Tarikh : 23 Jun 2013

Alhamdulillah, berjaya merakamkan fenomena supermoon @ perigee full moon di mana jarak bulan adalah yang terhampir dengan bumi.  Dari pembacaan, ianya lebih besar 12% dari saiz biasa. Gambar ini dirakamkan dengan menggunakan kamera Canon 1000D (gambar juga dimasukkan di dalam FB). Subhanallah, bulan cantik dan terang walaupun di dalam suasana jerebu.

Time : 8.51pm
Location : Kepala Batas, Penang, Malaysia
F-stop: f/5.6
exposure : 1/500 sec
ISO : 800



Time : 9.01pm
Location : Kepala Batas, Penang, Malaysia
F-stop: f/5.6
exposure : 1/400 sec
ISO : 800



Khamis, April 12

@Menara Alor Setar, Kedah

Jalan-jalan hari cuti...

Ketika sekelian rakyat jelata meraikan pertabalan yang DiPertuan Agong yang baru, kami ke menara Alor Setar serta balik ke rumah mertua.

Ketika kegemparan berlaku gempa bumi di Aceh yang gegarannya terasa ke Malaysia pada petang itu, saya membayangkan jika ketika itu kami berada di atas sana.  Pasti menakutkan.

Pada malam sebelumnya, saya sudah pastikan bateri kamera IXUS saya sudah dicharge sepenuhnya, rupa-rupanya tidak!

Makanya, saya hanya melayan en. suami mengambil gambar pemandangan di sekitar menara.  Saya pula, apabila berdiri lama-lama di tepi platform pemerhati, sudah terasa pening, gayat! walaupun ada pagar dan juga cermin.

Bayaran masuk: RM6/dewasa dan RM3/kanak-kanak.

Menara ini hasil stitching 4 panel gambar.  Kebanyakan gambar pemandangan adalah hasil tembakan oleh en. suami. 

lobi



stadium darul aman (kredit en. suami)

masjid zahir (kredit en. suami)


dataran (kredit en. suami)

Istana Sepachendera (kredit en. suami)

Istana Sepachendera ini dibina pada 1882 oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah untuk isteri baginda.


Istana Kuning (kredit en. suami)

Istana Kuning ini sangat berhampiran dengan menara dan merupakan istana kediaman lama Sultan Kedah.


kami di aras 88 meter (kredit en. suami)

perbandingan antara menara di dunia




stitch 3 gambar
Kali ini saya menggunakan Windows Live Photo Gallery saja untuk stitching gambar serta edit.  Saya mula menyukai software ini.  Boleh didownload secara percuma dari internet.  Cuma proses mengeditnya mengambil masa berbanding Photoscape.


Khamis, Mac 15

@Shah alam

Ketika saya menghadiri taklimat di UiTM Shah Alam, en suami dan adik menghabiskan masa di Tasik Shah Alam.  Ini antara hasilnya.

burung hidup dan burung besi

siapa itu?

Ahad, Mac 11

Titisan air

Titisan air menggunakan lens baru.

- f/5.6 - 1/125 sec - ISO 800
- f/5.6 - 1/100 sec - ISO 800

- f/5.6 - 1/100 sec - ISO 800

- f/5.6 - 1/100 sec - ISO 800

- f/5.6 - 1/15 sec - ISO 200

- f/5.6 - 1/60 sec - ISO 800

Rabu, Mac 7

Lens baru untuk si hitam manis

Lamanya tidak melayan si hitam manis saya itu.  Selepas insiden kamera terjatuh di dalam air banjir, lens asal 18 - 55mm sudah diselaputi selut di dalamnya.  Lens kedua berjenama Tokina, 28 - 70mm.  Agaknya jika saya kerap mengelek si hitam manis bersama Tokina itu, saya rasa boleh timbul otot-otot di lengan.  Berat!  Kerana itulah saya sudah jarang menggunakannya, en. suami pula yang mengambil-alih tugas mengelek si hitam manis.  Beberapa kali saya bersuara ingin menggantikan lens yang lebih ringan.  Senyap...

Ketika sedang makan-makan bersama sahabat sewaktu rehat, saya menerima MMS dari en. suami.  Wah...diam-diam dia sudah menempah lens baru untuk si hitam manis itu.  Lens Canon 55 - 250mm, dengan harga RM580 saja.  Katanya ingin membuat kejutan kepada saya.  Semakin jauhlah boleh merakamkan aksi-aksi spontan... opss...  


(mood : teruja)

Isnin, Oktober 31

Ronda-ronda...Perak

Perjalanan balik ke Pulau Pinang tidak mengikut kebiasaan melalui lebuhraya.  Kami menyusuri jalan lama melalui Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Teluk Intan (B) sebelum bertemu dengan lebuhraya di Tapah (C).



Perjalanan ke Teluk Intan dari Puncak Alam mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam.  Ketika berada di Teluk Intan, teringat akan adanya menara condong.  Rupanya, lokasinya hanya beberapa kilometer saja dari lokasi kami ketika itu.  Kami melencong menuju ke destinasi pelancongan ini ketika matahari memancar tegak di atas kepala.

menara condong Pisa, Italy (kiri) dan menara condong Teluk Intan
(tidak mengikut skala)

Gambar menara Pisa ini diambil pada tahun 1998, ketika itu, ianya ditutup untuk baikpulih.  Menara Pisa berketinggian 55.86m (sumber) dan menara condong Teluk Intan adalah 25.5m (sumber).  

kecondongan menara Teluk Intan adalah ke kiri (pandangan hadapan)

Menara ini dibuka kepada awam tanpa bayaran.  Waktu operasinya adalah 

Selasa - Jumaat : 8pg - 5ptg
Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am : 9pg - 6ptg
Isnin : tutup




Di dalam menara.

dilantai bawah


perigi yang mengandungi wang siling (seakan wishing well agaknya)




dinding yang dihiasi dengan hasil tulisan vandalisma

di tingkat pertama




di tingkat kedua

tingkat teratas yang boleh dinaiki




pemandangan dari tingkat 2





watch your step

perigi

Mengikut maklumat yang diberikan, antara fungsi penubuhan menara condong yang dibina pada tahun 1885  oleh seorang kontraktor cina ini adalah sebagai tangki air kepada penduduk bandar serta sebagai penentu waktu - time keeper  dan sebagai mercu tanda bandar.



dua wajah - baru dan lama



Semoga menara warisan ini dapat dipelihara untuk tatapan generasi akan datang serta dapat dipergiatkan lagi aktiviti perniagaan seperti cenderahati yang mengabadikan menara ini sebagai lukisan/ukiran pada cenderahati itu.  

Nota : Gambar-gambar hasil gabungan dari IXUS dan EOS.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin