Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Friday, February 23

Hijrah Kerja

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته


Lamanya tidak bersiaran.  Tempat baharu menuntut komitmen yang lebih berbanding tempat lama.

Edisi flashback yang tertangguh setahun lamanya big grin

2 Januari 2017 merupakan tarikh penghijrahan ke daerah baharu.  Ianya tidak pernah terjangkau dek akal untuk memulakan kehidupan di luar dari negeri kelahiran.  Perancangan yang ada hanyalah menghabiskan sisa-sisa kehidupan sehinggalah menempuh fasa pencen di sana.

Hanya barang yang diperlukan sahaja yang diangkut


Namun perancangan Allah sebaliknya.  Direncanakan saya 'kembali' ke daerah saya menimba ilmu pada tahun 1991 - 1992 di Shah Alam.  Begitulah takdirNya yang memilih saya untuk menjadi warga fakulti di UiTM Shah Alam.

Tidak mudah untuk keluar dari zon selesa, tetapi itulah ketentuan yang perlu dihadapi.  Apatah lagi berpindah ke daerah yang umum sudah mengetahui dengan kos sara hidupnya yang tinggi. 

Hijrah yang diiringi dengan gerimis, cerminan gerimis di dalam hati

Bersedialah untuk menempuh perjalanan yang agak panjang beserta kesesakan lebuhraya untuk balik ke kampung di musim perayaan nanti... Barulah 'balik kampung' namanya.  Kamilah wargakota yang akan turut memeriahkan kesesakan jalanraya nanti laughing


Memetik kata-kata Ustaz Pahrol Muhamad Juoi, "orang Mukmin yang berjaya sentiasa melakukan perubahan dan penghijrahan diri untuk mendapat kehidupan yang lebih baik".

Itulah yang diharapkan dengan IzinNya.

Friday, February 17

Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Kita perlukan positive energy dari alam.  Sekali-sekala, jika berkelapangan, bagus juga jika dapat ber'satu' dengan alam.  Saya sangat mencadangkan taman botani ini bagi yang ingin recharge energy dan sukakan alam semulajadi.

Samar-samar di ingatan kunjungan kali pertama dan kedua ke situ sekitar tahun 90an.  Sekarang ini, suasananya sudah jauh berbeza dari dahulu.

Sedikit fakta tentang TBNSA yang melalui proses transformasi dari nama dan keluasannya.

Sangat sesuailah TBNSA ini yang bermatlamat menjadi pusat agro-perlancongan serta pusat konservasi biodiversiti flora dan fauna.  Kehijauan pohonnya, sahutan kicauan burung, unggas dan cengkeriknya ketika kami menyusuri laluan pejalan kaki, sangat damai terasa.  Bauan dari daun-daun pohon, segar terasa.  Refreshing!  :-bd  Bagus juga untuk anak-anak mengenal alam dan tumbuh-tumbuhan.

klik untuk besarkan imej


Kami hanya berjalan kaki menyusuri laluan pejalan kaki yang disediakan.  Untuk setengah hari, kami hanya dapat melalui satu laluan sahaja - Route A yang berwarna kuning.   Ada 17 attractions di laluan ini, namun tidak semua yang sempat kami kunjungi.  Kami tidak terus ke penghujung Empangan Sungai Baru :D .  Jarak dari pintu depan sehingga Empangan Sg Baru adalah lebih kurang 3.9km. 

1. pintu masuk
Antara pemandangan/tarikan sepanjang Route A yang kami lalui. 


Taman 1 Malaysia

4. Laman padi


5. Taman Haiwan
Titi gantung



Laluan pejalan kaki

Ketika lalu kawasan ini, bau petai memenuhi ruang udara.  Rupanya, inilah pokok punca bau itu.

Pokok petai meranti atau nama saintifiknya Parkia Singularis yang tinggi melayut
11. Rumah Iklim Sederhana 4 Musim


Ketika ini, rumah Iklim 4 Musim adalah di'penghujung' musim salji.  Sempatlah adik merasa suasana bersalji.  Jadual musimnya seperti berikut:


12. Taman Hiasan

12. Taman Hiasan (dari menara tinjau)

Banyak benar koleksi tanaman herba di kawasan ini.

13. Laman Konservasi Herba dan Tanaman Ubatan

pokok yang biasa di kampung-kampung, ada kegunaannya

Ada tetamu kecil menyapa


15. Taman Rempah Ratus dan Minuman

16. Kampung Budaya (tutup ketika kunjungan kami)

Jangan bimbang, khidmat bas percuma disediakan dari pintu masuk sehingga ke Kampung Idaman (8).  


Ada yang menyewa basikal di sini atau membawanya sendiri.  Jalan yang berbukit-bukit agak mencabar untuk kayuhan melalui pemerhatian saya.


Bayaran masuk: sumber


Jika hendak berkunjung ke sana, seeloknya dari waktu pagi, nyaman.  Pastikan memakai pakaian yang sesuai untuk beriadah dan jika boleh sport shoes yang lebih selesa untuk berjalan jauh.  Pastikan juga bawa air tetapi jangan risau, ada gerai  untuk menjamu selera di beberapa perhentian.

bersih

Banyak lagi aktiviti-aktiviti lain di Route B.  Next... InshaaAllah :D


Untuk maklumat lanjut: http://www.tbnsa.gov.my/

Selamat beriadah.  

Wednesday, February 26

Fenomena alam siber : cabaran menangani anak di zaman internet

oleh Dr Shukri Abdullah (http://www.drshukriabdullah.com)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.


Alhamdulillah.  Ramai yang hadir ke perkongsian ilmu oleh pakar motivasi yang terkenal ini.

Gambar-gambar dari facebook Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah

InshaaAllah, saya kongsi intipati yang saya perolehi dari perkongsian ilmu ini.

Pupuk anak untuk membaca.  Ilmu perlu diperolehi sebelum diberi gajet.  Tiga saluran yang boleh merosakkan anak-anak:
1. Telefon
2. TV
3. Game (internet)

Telefon, game dan tv, fahami masalah dan penyelesaiannya.

Telefon - adakah keperluan kepada budak sekolah?

1. Mudah hubungi anak?
    - berapa kerap anak berhubung dengan ibubapa?  Orang lain lebih mudah dan kerap berhubung dengan anak.

2. Kalau kecemasan?
    - di sekolah, cikgu boleh menghubungi ibubapa

3. Jika tidak diberi, tidak mahu study.
    - siapa pelakon utama?  anak atau ibubapa? Belum tentu jika dapat telefon, anak akan belajar

4. Anak orang lain semua ada.
    - jangan jadikan alasan orang ada, kita perlu ada.  Anak kita, rumah kita, kita berhak tentukannya.

5. Hadiah ujian kecemerlangan.
    - banyak lagi hadiah lagi yang boleh diberi, paling baik, buku

6. Takut ketinggalan zaman.
    - jangan rushing untuk berikan kemudahan. Dr shukri sendiri berikan telefon kepada anak-anak selepas SPM.

7. Tok/abang/kakak bagi.
   - pesan pada abang kakak supaya tidak berikan

Sebab tidak perlu:

1. tidak boleh fokus belajar dengan gangguan dari telefon
2. mudah mendapat bahan lucah di telefon
3. terdedah kepada gejala sosial
4. buang masa dengan bersms, chatting dsbnya
5. bazir wang untuk model terkini, accessories, tambah nilai
6. laluan ke video game dan kafe siber kerana asyik dengan games di telefon.

Empat pilihan untuk ibubapa:

1. langsung tidak beri telefon sehingga SPM
2. berikan telefon biasa tanpa smartphone, masih perlu kawalan
3. berikan smartphone, dengan kawalan ketat
4. status quo, biarlah dia pandai-pandai jaga diri

Video game
melalui -
1. telefon/tablet
2. komputer, notebook
3. kafe siber
4. video game system di rumah

Terdapat 2 kategori game
1. yang ada penamat
2. tiada penamat

Ada game yang menghina Islam.  Ibubapa perlu bertindak jangan biarkan anak bermain game yang menghina agama islam.

Yang mudah terpengaruh dengan games
1. lelaki
2. kanak-kanak dan remaja
3. orang yang menghadapi tekanan
4. banyak masa lapang
5. tak pandai berkawan

Anak yang sihat boleh jadi tidak sihat dengan games.  Ada yang mati kerana leka bermain games.

TV

Banyak realiti tv, drama yang melekakan dan sudah terbiasa dengan maksiat.

Tindakan ibubapa, jadi pelakon utama untuk mendidik anak.  Kunci mendidik anak:
1. Kasih sayang
2. Disiplin

Ibubapa yang penyayang tidak takut buat anak berang, sebaliknya ibubapa yang memberi semua yang diminta, bukanlah sayang namanya.

Kesimpulannya : Sakit mendisiplinkan @ sakit menyesal.  

Monday, April 29

Lunyai huhuhu...

Proses restoration.... 



Kamus ini dihadiahkan oleh allahyarham bapak lebih dari dua dekad lalu.  Ketika itu, bahasa Inggeris saya adalah di peringkat pertengahan sahaja.  Ada ketika hampir kecundang kerana bahasa itu menjadi halangan yang paling besar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di mana bahasa pengantarnya adalah bahasa Inggeris.  Kamus ini menjadi sahabat akrab ketika itu.  Ketika balik ke kampung semasa kursus persediaan, bapak akan cuba bersembang di dalam bahasa Inggeris, katanya sebagai persediaan kepada saya.  Walaupun bapak tidak berpelajaran tinggi, tetapi kerana bapak mendapat kesempatan mendapat pendidikan formal di sekolah Inggeris, maka bahasa Inggerisnya lancar.  Ketika bapak menjadi pemandu teksi, pelancong dari luar negara memuji kefasihan bapak berbahasa Inggeris, cuma anaknya saja tidak pandai!

Saya masih menggunakan kamus ini sehingga kini. Anak saya yang berumur 11 tahun itu telah diajar melihat kamus dari tahun 1 lagi, kamus Bahasa Inggeri - Melayu, Melayu - Bahasa Inggeris.  Setahun dua ini saya menyerahkan kamus ini kepadanya untuk melihat maksudnya.  Sekejap saja, lunyai!

sudah elok semula....

Tulisan tangan bapak masih kekal di situ, dulu kini dan selamanya.

Edisi terkini 1990

Rindukan bapak.... :( :( :(

Sunday, March 24

Rai...

20/3/2013 adalah hari lahir mak yang ke-68 tahun.  Alhamdulillah, kami masih dapat menikmati kasih-sayang dan doa dari mak.


anak-anak mak yang sudah di dalam lingkungan 40an


1/3 dari cucu yang ada

Saturday, February 16

Cherating 're-visited'

Peluang untuk mengikut JJMK nelayan kami sekalikan untuk percutian keluarga.

Kali terakhir kami ke Cherating adalah 2008 ketika anak-anak masih belum bersekolah.  Sebelum itu pada 2007, berkonvoi bersama keluarga dan saudara-mara ke Terengganu dan Cherating. 

Baru-baru ini, bilik ditempah di Eastana Cherating Beach Resort.  Pengalaman agak 'pahit' ketika menginap di situ kerana sepanjang menginap di mana-mana resort/chalet, TIDAK PERNAH kejadian TIADA AIR dialami. Bayar mahal untuk sebuah bilik tetapi untuk qada' hajat dan berwuduk terpaksa nomad ke tandas awam di sebelah dewan makan... huhuhu...sadis...mujur juga tiada anak kecil.  Kata staf yang bertugas, guests overloaded kerana peak season....S.A.B.A.R sajalah...

Aduan sudah dibuat di laman web yang kami lakukan tempahan...begitu juga di FB mereka, tetapi masih tiada apa-apa maklumbalas.  Hak pengguna supaya pengguna seterusnya tidak teraniaya dengan servis yang kurang memuaskan dengan bayaran yang tidak setimpal.   

suram

seronok bermandi-manda walaupun hujan gerimis


Anak-anak sempat mandi laut selama 1 1/2 jam saja pada hari kedua kami di sana ketika air surut di dalam cuaca yang suram.  Layang-layang yang dibeli sehingga sekarang masih belum mengibarkan sayapnya, entah bila dapat terbang bebas di udara.  Faham benar cuaca di sebelah pantai timur pada waktu begini, kerana agenda utama bukanlah 'makan angin'.

Pantai 2007 tidak lagi sama seperti yang kami kunjungi baru-baru ini.  Pantai dahulu lebih bersih.  Kehadiran mat mat motor dengan enjin motosikal dihidupkan dengan bau asapnya sedikit mengganggu.


pembuatan keropok lekor

Walaubagaimanapun, terasa puas hati dapat merasa keropok Terengganu dan Satar Aziz yang dicari.  Pertama kali juga melihat pulut jantung - pulut yang berintikan serunding, tiga biji dimakan oleh adik seorang saja.  Sendawa  sudah berbau ikan.  Ketika membuka balutan otak-otak pantai timur, sedikit terkejut kerana ianya tidak sama seperti otak-otak selatan tanahair.  Lain negeri, lain caranya.  Pengalaman baru buat saya.  Minta maaf orang Kemaman, ikan bakar Telok Tempoyak masih yang pertama di dalam senarai saya dan en. suami.


pulut jantung

sambalnya diletak selepas ikan selesai dibakar

Satar Aziz

Perhentian terakhir membeli keropok sebelum balik

Pasca jalan-jalan, adik beritahu, dia suka dapat berikan bungkusan goodies kepada kanak-kanak yang kami temui semasa JJMK Nelayan.  Inshaa Allah, dengan aktiviti yang berterusan begitu, diharapkan dapat melembutkan hati anak-anak untuk menghargai kehidupan ini supaya tidak memandang kelebihan dan kemewahan orang lain, tetapi memandang kepada kekurangan dan kemiskinan masyarakat di keliling mereka.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin