Showing posts with label kedah. Show all posts
Showing posts with label kedah. Show all posts

Sunday, April 13

Roti Doll (edisi jjcm)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.



Jika berkesempatan ke Alor Setar, jangan lepaskan peluang ke Roti Doll di Restoren Mee Sham.  Restoren ini terletak di jalan Pantai Johor - Jalan Gunung Keriang di sebelah kiri berhampiran petronas.  Roti ini adalah gabungan roti canai  yang sudah di'tepuk' serta telur mata di atasnya beserta kuah 'banjir'.  Kepuasan sehingga ke suapan terakhir...nampaknya tidak cukup hanya satu pinggan! :D 


Harganya, rm2 (kot).  Rasanya ia dibuka setiap hari kecuali jumaat, waktu operasi, terlupalah pula... :)

Wednesday, February 22

Anggur...anggur @Beris, Sik, Kedah

cubaan menggunakan stitch menggunakan 3 foto

Hujung minggu yang tiada perancangan khusus, tiba-tiba keputusan dibuat untuk ke sini.  Anggaran masa dari Tol Bertam ke Ladang Anggur ini sekitar 1 jam 30 minit.




Sebelum ini, saya pernah mendengar dari rakan-rakan tentang ladang ini.  Keinginan untuk melihat sendiri ladangnya sekali sekala mengusik minda.  Apabila en suami bertanya, apa lagi, bagai pucuk dicita.




Ladang seluas 34 ekar ini dikatakan yang terbesar di Asia Tenggara.  


letaknya di tepi Tasik Beris

besarnya bunga matahari, lihat perbandingan dengan tangan saya



kedai cenderahati



Terdapat 4 jenis anggur yang ditanam di sini, Black Opal dan Black Grape (anggur merah) dan White Malaga dan Loose Pelite (anggur hijau).  Ketika kami ke sana, hanya kelihatan anggur White Malaga saja, anggur merahnya sedikit saja.


















segar dari ladang dan sedap



Wednesday, February 15

Jalan-jalan sihat

Penat mencari kasut sukan seperti yang dimahu adik.  Semangat untuk berjogging pula si adik.  Petangnya, saya layankan saja keinginan adik untuk berjogging.  Bukan berjogging sangat pun, hanya berjalan dari rumah sehingga ke kedai abahnya, beberapa ratus meter saja.  




Untuk tidak menghampakan semangat adik yang berkobar-kobar itu, hari Ahad, kami ke Pantai Merdeka.  Ketika sampai, air masih lagi surut.  Kelihatan beberapa keluarga sedang mencari siput.  

sarapan di tepi laut


siput apakah ini?  banyak anak-anaknya di dalam air

cubaan mencari siput juga

kata mahu jogging, seorang ditepi laut, seorang di atas tebing

bulan masih kelihatan di langit menjelang jam 10pagi

pencarian siput

Katanya ingin berjogging, tetapi apabila dilihat taman permainan, hilang terus semangat ingin berjoggingnya... hmmm....

Saturday, January 28

@Pusat Sains Negara, Cawangan utara

Cuti Tahun Baru Cina yang lalu tiada perancangan khusus.  Hampir 11 tahun balik ke Alor Setar, masih ada lagi tempat-tempat menarik yang tidak dikunjungi.  Pusat Sains Negara cawangan utara ini adalah  keputusan secara spontan ketika berada di dalam kereta di dalam perjalanan balik dari pekan rabu.  



Bayaran masuk untuk ke ruang pameran The Ice Age adalah RM2/dewasa dan RM1/kanak-kanak.  Pusat sains ini lebih kecil dari Pusat Sains Negara di Bukit Kiara.

harp tidak bertali (lupa apa namanya)

Anak-anak berlari ke sana ke mari mencuba pelbagai aktiviti yang ada.

Slot parabolik


segiempat ajaib

orang kenit

Anak-anak paling teruja di sini.  Pengunjung disediakan dengan kain bercorak sama seperti latar belakang (seperti baju kelawar).  Di dalam gambar, ianya seperti tidak berbadan.

ilusi optik



Pengunjung disediakan dengan kacamata 3D untuk 'Wayang' 3D tentang bumi dan kehidupannya.



Adik menjerit-jerit di dalam replika rumah yang dilanda 'gempa bumi' berskala kecil, sederhana dan besar.  Di pusat sains negara Bukit Kiara disediakan kerusi, tetapi apabila berdiri, impaknya lagi terasa.

simulasi gempa bumi



kakak beritahu seperti tengkorak itu mengikutnya

comelnya...

kakak di dalamnya

ingin terbang ke langit

simulasi puting beliuang

Kualiti gambar kurang memuaskan menggunakan tablet.  The Ice Age, kawasannya agak terhad.

lari...dinosaur kejar

underwater world

Walaupun agak kecil dan kurang aktiviti berbanding Pusat Sains di Bukit Kiara, anak-anak masih dapat belajar sambil bermain di sini.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin