Memaparkan catatan dengan label cuti-cuti malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti-cuti malaysia. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 17

Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Kita perlukan positive energy dari alam.  Sekali-sekala, jika berkelapangan, bagus juga jika dapat ber'satu' dengan alam.  Saya sangat mencadangkan taman botani ini bagi yang ingin recharge energy dan sukakan alam semulajadi.

Samar-samar di ingatan kunjungan kali pertama dan kedua ke situ sekitar tahun 90an.  Sekarang ini, suasananya sudah jauh berbeza dari dahulu.

Sedikit fakta tentang TBNSA yang melalui proses transformasi dari nama dan keluasannya.

Sangat sesuailah TBNSA ini yang bermatlamat menjadi pusat agro-perlancongan serta pusat konservasi biodiversiti flora dan fauna.  Kehijauan pohonnya, sahutan kicauan burung, unggas dan cengkeriknya ketika kami menyusuri laluan pejalan kaki, sangat damai terasa.  Bauan dari daun-daun pohon, segar terasa.  Refreshing!  :-bd  Bagus juga untuk anak-anak mengenal alam dan tumbuh-tumbuhan.

klik untuk besarkan imej


Kami hanya berjalan kaki menyusuri laluan pejalan kaki yang disediakan.  Untuk setengah hari, kami hanya dapat melalui satu laluan sahaja - Route A yang berwarna kuning.   Ada 17 attractions di laluan ini, namun tidak semua yang sempat kami kunjungi.  Kami tidak terus ke penghujung Empangan Sungai Baru :D .  Jarak dari pintu depan sehingga Empangan Sg Baru adalah lebih kurang 3.9km. 

1. pintu masuk
Antara pemandangan/tarikan sepanjang Route A yang kami lalui. 


Taman 1 Malaysia

4. Laman padi


5. Taman Haiwan
Titi gantung



Laluan pejalan kaki

Ketika lalu kawasan ini, bau petai memenuhi ruang udara.  Rupanya, inilah pokok punca bau itu.

Pokok petai meranti atau nama saintifiknya Parkia Singularis yang tinggi melayut
11. Rumah Iklim Sederhana 4 Musim


Ketika ini, rumah Iklim 4 Musim adalah di'penghujung' musim salji.  Sempatlah adik merasa suasana bersalji.  Jadual musimnya seperti berikut:


12. Taman Hiasan

12. Taman Hiasan (dari menara tinjau)

Banyak benar koleksi tanaman herba di kawasan ini.

13. Laman Konservasi Herba dan Tanaman Ubatan

pokok yang biasa di kampung-kampung, ada kegunaannya

Ada tetamu kecil menyapa


15. Taman Rempah Ratus dan Minuman

16. Kampung Budaya (tutup ketika kunjungan kami)

Jangan bimbang, khidmat bas percuma disediakan dari pintu masuk sehingga ke Kampung Idaman (8).  


Ada yang menyewa basikal di sini atau membawanya sendiri.  Jalan yang berbukit-bukit agak mencabar untuk kayuhan melalui pemerhatian saya.


Bayaran masuk: sumber


Jika hendak berkunjung ke sana, seeloknya dari waktu pagi, nyaman.  Pastikan memakai pakaian yang sesuai untuk beriadah dan jika boleh sport shoes yang lebih selesa untuk berjalan jauh.  Pastikan juga bawa air tetapi jangan risau, ada gerai  untuk menjamu selera di beberapa perhentian.

bersih

Banyak lagi aktiviti-aktiviti lain di Route B.  Next... InshaaAllah :D


Untuk maklumat lanjut: http://www.tbnsa.gov.my/

Selamat beriadah.  

Jumaat, Oktober 28

Pulau Pangkor, Perak

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته


[Kisah 5 bulan lalu]

The most unprepared trip! :D Edisi terjah tanpa membuat tempahan awal untuk penginapan selepas menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Ipoh.  Perancangannya gamble saja sampai di Pulau Pangkor dan mencari chalet-chalet yang masih kosong :D :D Jangan bimbang, di jeti Lumut ada agen yang boleh menguruskan penempahan chalet penginapan di Pulau Pangkor dengan sedikit caj perkhidmatan.  


Pemandangan matahari terbenam di Pantai Teluk Nipah

Ini merupakan kunjungan kedua selepas hari keluarga jabatan pada tahun 2010.  Ketika itu kami menginap di pantai Teluk Dalam.  Sekarang ini, kawasan resort berkenaan telah ditutup. Sayangnya kerana persekitarannya sangat sesuai untuk percutian keluarga.

Tambang feri Lumut - P. Pangkor adalah RM10/dewasa dan RM5/kanak-kanak dua hala.  Destinasi kami kali ini adalah ke Pantai Teluk Nipah.  Di hentian pertama feri - Jeti Sg Pinang Kecil, kami hanya meninjau-ninjau perkampungan nelayan dari atas feri.  Untuk ke Pantai Teluk Nipah, hentian feri adalah di Jeti Pangkor.  


Sg Pinang Kecil

Dari jeti Pangkor ke Pantai Teluk Nipah, kami menaiki teksi pink ini (lupa pula berapa bayarannya :D )

teksi merah jambu - pemandangan biasa di Pulau Pangkor

Bilik triple kami berharga RM130 benar-benar menghadap pantai.  Ketika mendaftar masuk, staf bertugas menghantarkan tambahan tilam bujang tanpa diminta dan tanpa bayaran.  Wah, bagusnya!

Dari bilik penginapan kami - Horizon Inn

Terdapat deretan chalet dan gerai-gerai makanan di pesisir pantai ini.  Buatlah pilihan yang bijak kerana ada gerai makanan yang mengenakan caj yang agak mahal untuk makanan yang biasa-biasa sahaja.  Banyakkan bertanya jika anda mempunyai bajet yang terhad, lainlah jika anda tidak kisah :) Aktiviti air dan island hopping adalah aktiviti utama di pantai ini.  Tetapi untuk mandi laut, awas, keadaan ombaknya agak besar dan pantai yang agak curam dan dalam.  Bermain dan mandilah di gigi air sahaja bagi keluarga yang mempunyai anak-anak kecil.



Aktiviti kami sepanjang 2 hari 1 malam di sana:

Island Hopping
Island Hopping hanya di sekitar pulau-pulau berhampiran sahaja, bukan seperti Island Hopping di Langkawi.  Aktiviti snorkeling juga tidak dapat dilakukan kerana ombak kuat, hanya melihat sekelompok ikan berebut-rebut roti yang diberikan oleh pemandu bot.

Batu Paus

Batu Buaya

Best dapat terapung di laut di buai ombak walaupun di tengahari rembang

'melayan' ombak kuat... boleh tenggelam dibuatnya jika tidak kuat berpaut pada tali

Apa yang ada di Pantai Teluk Nipah?

Banana Pan Cake aka Tempek @ Peknga.  :-bd

deretan kedai baju dan cenderamata

pemandangan matahari terbenam

Pantai Pulau Giam yang sesuai untuk mandi laut

Burung Kenyalang @ Hornbill

Kami menyewa teksi pink untuk membawa kami pusing Pulau Pangkor pada hari balik.

Kami dibawa ke Dutch Fort, kota yang dibina oleh pada tahun 1670 untuk menyimpan bijih timah.   Menurut sejarah, rakyat tempatan telah memusnahkan kota ini pada tahun 1690 kerana tidak bersetuju dengan cara Belanja memperolehi bijih timah tersebut.  Namun, Belanda telah membinanya semula pada tahun 1743 dan menggunakannya sehingga tahun 1748.

Kota ini telah dibina semula oleh Jabatan Muzium pada tahun 1973 dan telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah di bawah Akta Purba 1976 (Info di papan kenyataan Dutch Port).


pemandangan dari kota

Destinasi terakhir adalah Galeri Pangkor yang kecil yang mempamerkan barangan penemuan-penemuan lama seperti peralatan periuk belanga, senjata dan lain-lain.






Cukuplah 2 hari 1 malam untuk lari dari kesibukan kerja.  Selamat tinggal Pulau Pangkor :-h sehingga berjumpa lagi di lain kali.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin