Showing posts with label buah. Show all posts
Showing posts with label buah. Show all posts

Wednesday, February 22

Anggur...anggur @Beris, Sik, Kedah

cubaan menggunakan stitch menggunakan 3 foto

Hujung minggu yang tiada perancangan khusus, tiba-tiba keputusan dibuat untuk ke sini.  Anggaran masa dari Tol Bertam ke Ladang Anggur ini sekitar 1 jam 30 minit.




Sebelum ini, saya pernah mendengar dari rakan-rakan tentang ladang ini.  Keinginan untuk melihat sendiri ladangnya sekali sekala mengusik minda.  Apabila en suami bertanya, apa lagi, bagai pucuk dicita.




Ladang seluas 34 ekar ini dikatakan yang terbesar di Asia Tenggara.  


letaknya di tepi Tasik Beris

besarnya bunga matahari, lihat perbandingan dengan tangan saya



kedai cenderahati



Terdapat 4 jenis anggur yang ditanam di sini, Black Opal dan Black Grape (anggur merah) dan White Malaga dan Loose Pelite (anggur hijau).  Ketika kami ke sana, hanya kelihatan anggur White Malaga saja, anggur merahnya sedikit saja.


















segar dari ladang dan sedap



Thursday, April 7

Buah Nam Nam



Nama Tempatan:Nam Nam
Nama Saintifik:Cynometra Cauliflora
Nama Lain:Pokok katak puru,amphawa, nang-ai, hima,namu-namu, kopi anjing
Famili:Ceasalpinioideae/Leguminosae

Merupakan sejenis pokok kecil nam nam merupakan antara tumbuhan yang dijadikan hiasan laman dikampung-kampung di pantai timur dan kawasan utara di malaysia.ia memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur.Buahnya yang berwarna coklat dengan permukaan yang berkerutu boleh dimakan. rasanya masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak (sumber).


Pokok ini ada ditanam di kawasan rumah mak saya.  Mak meminta saya mengambil gambar buah nam nam ini setelah melihat saya mengusung kamera ke sana ke mari di sekitar kawasan rumah mak.  Kata mak, ramai yang tidak mengenali buah ini.  Layankan sajalah anak mak yang teringin menjadi 'jurufoto' yang tidak bertauliah ini.   Hehehe.

Tuesday, June 15

Jalan-jalan sekitar UiTM Pahang

 mentari pagi di UiTM Pahang

adik teruja menaiki bas

Kami diberikan taklimat tentang pengurusan kualiti UiTM Pahang sebelum dibawa melawat galeria serta sekitar kampus.  Seronok bersiar-siar di celah-celah pokok di Taman Herba yang mengeluarkan pelbagai bau herba.  Banyak benar pohon buah dan herba yang ada saya tidak ketahui namanya pun.

Saya titipkan serba sedikit gambaran pohon herba dan buah beserta maklumat tentang pohon-pohon tersebut.

Misai Kucing


Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan (sumber).


Asam Jawa


Asam jawa merupakan buah yang boleh di makan yang dipetik dari pokok Asam Jawa. Nama botaninya Tamarindus indica.

Asam jawa mempunyai kelonsong yang mengandungi beberapa biji asam jawa didalamnya. Kelonsongnya yang keras akan dipecahkan dan isinya akan diasingkan dari biji benih yang terdapat didalamnya.

Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang.

Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula. Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak (sumber).


Nona

Buah Nona atau nama sainsnya Annona squamosa, merupakan sejenis buah yang boleh dimakan dan dijual dipasar tani. Buahnya kilit yang berbonggol dan mempunyai banyak biji.

Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah. Pokoknya merupakan pokok renak 6-8 meter tinggi. Daunnya berselang, ringkas, oblong-lanceolate, panjang 5-17 cm dan lebar 2-5 cm. Bunganya dihasilkan dalam kelompok 3-4, setiap bunga 1.5-3 cm, dengan enam kelopak, hijau-kuning dengan keungguan dipangkal.

Buah biasanya bulat atau bujur, berbonggol-bonggol, 6-10 cm keratan rentas dan seberat 100-230 g. Isi buah boleh dimakan, putih sehingga kuning cair, menyerupai dan rasa seperti kastad. Bijinya tersebar dalam isi buah; perang hingga hitam, sepanjang 12-18 mm, dan keras berkilat (sumber).

Dari segi khasiat buah nona mengandungi protein, kalsium, serat, zat besi, vitamin dan mineral. Kandungan yang paling ketara ialah niacin yang dikatakan dapat mengatasi masalah sindrom saraf (sumber).


Delima

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6)

Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.
Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung. 

Antara kebaikannya yang lain:
*menghalang pembentukan sel kanser *mencantikkan kulit *mencegah dr nyanyuk *memberi tenaga *elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah *elok utk sistem penghadaman *mngurangkan berat badan *prevent morning sickness( utk org mengandung) *memperelokkan rahim



Ceremai


Lemuni Hitam


Tumbuhan ini merupakan pohon yang rendang dengan ketinggian satu hingga tiga meter. Daunnya jenis kompaun bercabang tiga dan ketika muda berwarna biru kehitaman dan apabila matang berwarna hijau dengan tulang daun berwarna biru kehitaman. Lemuni mempunyai bunga yang bersaiz kecil.

Khasiat dan nilai-nilai perubatan dalam Lemuni.

Analisis kimia menunjukkan ia mengandungi x-pinene, camphne, terpenyal-acetate dan diterpene alcohol. Kesemua sebatian ini merupakan minyak pati yang memberikan aroma kepada tumbuhan ini. 

Di kalangan masyarakat Melayu, daun lemuni boleh digunakan untuk mengubati penyakit rheeumatism, daunnya ditumbuk dengan kapur barus kemudian dipupuk pada tempat yang sakit. Air rebusan daun muda digunakan untuk mengubati muntah darah. Air rendaman daun ini jika dijadikan air mandi dipercayai dapat memulihkan anggota-anggota badan yang lemah, terutama setelah sembuh dari sakit yang berlarutan. 

Manakala biji lemuni pula boleh dijadikan ubat cacing. Sementara itu lain-lain nilai perubatan yang ada pada lemuni ialah daunnya boleh juga digunakan untuk mencuci rambut untuk menghalau kutu dan mencegah kelemumur serta mengubati kurap dan luka-luka di celah kaki (sumber).


Buah Mentega

Nama Tempatan:Buah Mentega
Nama Saintifik:Diospyros blancoi
Nama Lain:buah mentega,Butter fruit ,Buah margarine, bisbul, mabolo, sembolo (jawa), velvet apple, mabolo, buah lemak, marit
Famili:Ebenaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan tempatan
Asal:Filipina

keterangan:

Buah mentega merupakan antara buah-buahan yang begitu sukar untuk dijumpai hari ini.Ia telah tergolong ke dalam golongan buah-buah nadir yang mula dilupakan oleh generasi masa kini. Ia merupakan pokok yang mempunyai dua jantina, bermakna ada pokok jantan dan pokok betina.Pokok ini boleh membesar sehingga kira-kira 30 meter tingginya dengan diameter sekitar 50 hingga 80 cm. Ia membiak melalui biji benih dan biji benihnya selalunya mengambil masa kira-kira 24 hari untuk bercambah dengan diberikan siraman air yang mencukupi.Ia juga boleh membiak dengan cara pembiakan vegetatif seperti cantuman mata.

 

kegunaan:

buahnya yang berbau wangi itu sedap dimakan begitu sahaja. Rasanynya lemak manis. ia boleh juga dihiris dan dicampur dengan buah-buahan lain dan dijadikan rojak buah.(sumber)


Gambir

Sejenis tumbuhan yang terdapat di Asia Tenggara. Gambir termasuk dalam keluarga Rubiaceae. Daunnya berbentuk bujur telur atau lonjong dan permukaannya licin. Bunganya berwarna kelabu. 

Gambir biasanya dimakan dengan sirih. Ia juga dimanfaatkan sebagai ubat, umpamanya untuk mencuci luka terbakar dan kudis, mencegah penyakit diarea dan disenteri serta sebagai pelembap dan menyembuhkan luka di kerongkong (sumber).


Saga

Antara maklumat-maklumat yang dipetik dari laman web yang lain.  Di sini juga, terdapat spesis rama-rama yang agak besar (saya tidak tahu namanya).


Sesi fotografi tidak boleh ditinggalkan.  Ianya sebagai kenangan kunjungan kami ke sana dan juga sebagai 'bahan bukti' untuk laporan yang akan dikemukakan kepada pihak pengurusan.

keluarga kecil kami

sempat lagi berposing...

Terima kasih kepada tuan rumah yang telah memberikan layanan terbaik ketika kami di sana.  Semoga panjang umur, kami akan bertamu lagi ke sana.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin