Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Wednesday, March 13

Cuppies...

Lama tiada projek baking.  Mood berpindah kepada kraftangan serta jahit-menjahit.

Balik dari kampus semalam, semangat pula ingin memanaskan kukusan yang sudah lama terperuk.  Inilah hasilnya, mudah dengan bantuan dari premix tepung untuk muffin coklat ini.  Cuma perlu menambah susu, air, minyak dan esen vanilla.

acuan apam... yang disusun oleh adik (kemas teratur ikut bentuk :) )

Yang bertompok di atas itu adalah chocolate chips sebagai tambahan.






mini cuppies

Alhamdulillah, sedia untuk jamuan seorang rakan yang menduduki viva PhDnya hari ini.

Monday, January 14

Inilah dia...

(I)

Hasil si adik yang akan berusia 8 tahun pada bulan April ini!  Kejadiannya selasa lalu, 8/1/2013.



Huhuhu.... ummi yang melihatnya mengucap panjang.... sabar sajalah tudung yang baru dibeli tidak sampai berapa minggu itu sudah selamat berlubang.  Mananya tidak berlubang, kain tudung getah itu diseterika dengan kepanasan maksima ketika saya berada di dalam bilik air.  Keluar dari bilik air, dia menunjukkan kain yang sudah berlubang.

Kronologi kejadian, adik sudah lama ingin menseterika kain sendiri ketika di dalam tahun 1 setelah melihat kakaknya melakukan sendiri.  Saya hanya benarkan baru-baru ini, tetapi dengan syarat, saya akan memantau dia melakukannya.  Sessi pertama, kain sekolah kafa sudah berjaya dibuatnya sendiri.  Agaknya, dia berkeyakinan yang dia boleh melakukan sendiri, itulah jadinya.  Ketika saya 'pot pet pot pet', adik hanya diam saja.

"Ummi tahu, adik nak tolong ringankan kerja ummi, tapi, jangan buat sendiri lagi tau..."

Diam....

Malam berikutnya, dia masih ingin seterika kain sekolah kafanya, tetapi dia sudah belajar dari kesilapannya dengan bertanyakan saya.  


(II)

Cubaan pertama bersama anak-anak.  Sakit pinggang menyediakan lapisan crustnya dan menunggu untuk membakarnya menggunakan oven yang kecik comel itu. Resepinya mudah dari blog Masam manis ini, tetapi untuk menempeknya mengambil masa. Tidak berapa kemas dan comot. Adik dan kakak teruja melakar bentuk smiley di atas adunan cream cheese. Tetapi apabila menyediakan sendiri, tidaklah pula bersemangat makan seperti yang disediakan oleh orang lain.  



Tuesday, May 8

Cup cakes comel

Ini namanya 'cup cake' malas!  tiada topping... hanya semata-mata cup cake.



Percubaan pertama tidak mengecewakan.  Misi pertama saya untuk membuat apam dot dot hujung minggu lepas ke laut!  Apamnya tidak gebu dan leper (adunan tidak cukup kembang).  Tetapi leper-leper pun, ada tukang makan... ok lah.  Dot-dot nya pun tidak menjadi, salah teknik rupanya!  Setelah menelek blog ini, oooo... begitu caranya!  Kena cuba lagilah nampaknya...  

Cuba tengok blog itu, comel-comel apam polkadot dia... geram!      

Berbalik kepada cup cake yang saya buat, saya layankan keinginan adik ingin meletakkan manik kecil ke dalam kek tersebut, kelihatan seperti bertampuk-tampuk sedikit atas kek apabila masak.  Tidak kisahlah, janji saya puaskan hati pembantu chef itu.  Cawan kertas yang digunakan kecil sedikit, jadinya, saya dapat 27 cup cakes.  Jika ingin letakkan topping, lebih elok jika adunan diletakkan 1/2 dari paras cawan.

Terima kasih kepada alma kerana berkongsi resepi ini.

Resepi asal : alma (myresepi)

Bahan-bahan ( 18 - 20 papercups medium size )

  • 300g tepung (saya gunakan 2 cawan - converter)
  • 350g gula (saya gunakan 1 3/4 cawan - converter)
  • ½ cawan serbuk koko
  • 1½ sdk soda bikarbonat
  • ½ cawan butter (lebih kurang 120gm butter.  Buttercup 250gm, saya gunakan hampir separuh)
  • 2 sdk esen vanilla
  • 1 ½ cwn susu segar
  • * 2 biji telur

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180C. Campurkan ke semua bahan (kecuali *) dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bg campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang selama 2minit. Lepas itu tambah telur dan pukul lg dgn kelajuan tinggi selama 2minit lagi.
  2. Sudukan adunan dalam papercups. Kalau nk cupcakes yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi cups. Yang saya buat ada yg tinggi, ada yg rendah. Bakar selama ±20min gitu atau hgga masak. Suhu oven terpulang pd oven masing2, saya guna 170C.
  3. Bila dah masak boleh diletak topping kalau suka. Topping saya tu: ¼ cwn susu pekat + ¼ cwn serbuk koko + ¼ buku butter. Masukkan smua dlm periuk, panaskn atas api & terus kacau, sekejap aje iaitu bila dah bercampur smua & beku sket trus angkat and sapukan atas cupcake yg telah sejuk. Hias ikut citarasa masing2.


Saya gunakan converter untuk menukarkan unit bahan-bahan yang digunakan.  Berlainan bahan, berlainan bilangan cawan yang digunakan.  

Mudah dan cepat disiapkan.  Selamat mencuba.  

Friday, September 3

Donut oh Donut

Kebiasaannya donut dibeli sahaja.  Ketika membeli barangan kering tempohari, ternampak instant yeast di rak pasaraya.  Hmm... tiba-tiba idea datang untuk membuat donut sendiri pula.  Yang paling teruja adalah anak-anak.  Secara jujurnya, saya sememangnya jarang membuat kuih di rumah, kerana kebiasaannya, kuih-muih akan dibekalkan oleh mak saya.  Kuih-muih mak sememangnya menjadi walaupun tanpa resepi.  Resepi mak cuma 'agak-agak' saja, tetapi, tetap sedap dimakan.  Itulah rahsia air tangan ibu.


Resepi donut ini saya ambil di sini.  Lembut dan gebu.  Pembantu peribadi sangat setia menanti sehingga donut selesai digoreng.  Itupun puas dikerah supaya menjauhi kuali minyak panas, bimbang jika terpercik minyak panas pula.  Dan ketika dicuba oleh 'pengkritik' terbaik - si adik - Alhamdulillah, menjadi juga donut saya. 


terlebih salutan gula

Update : 

Ada yang bertanyakan tentang resepi donut ini.  Saya copy dan paste ke sini untuk rakan-rakan.  Saya hanya buat separuh dari adunan dan kecil-kecil berbanding donut biasa.  Jadinya dapat banyak.

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut dengan icing semasa donut itu masih panas.

Thursday, September 2

Biskut Raya yang tidak sempat raya


Hujung minggu lepas, ketika singgah di Bakeri HPA, saya membeli kuih Arab Marble untuk kudapan selesai berbuka puasa.  Kakak dan adik puas 'merasa' kuih tersebut sehingga selapis dari tiga lapisan biskut yang ada sudah lenyap di dalam perut mereka.  Tiba-tiba kakak bersuara,

"Umi, boleh makan yang ini saja.  Yang lain-lain simpan untuk raya.", barangkali melihat hanya biskut itu saja yang ada di rumah.

"Makan je kalau nak makan, habis, beli lain", saya memberi lampu hijau.


Apalagi... sudahnya tinggal beberapa biji saja di dalam bekasnya.  Tidak mengapa, biskut ini sedia ada di bakeri itu dan boleh dibeli bila-bila masa saja.    

Baru-baru ini saya mendapat biskut raya percuma dari rakan yang saya buat tempahan biskut raya.  Sudah habis 20 keping biskut yang ada itu.  Sedap rasanya apabila masuk ke dalam mulut dengan rasa kacang badamnya.  Saya biarkan mereka merasa kerana kebiasaannya, pada hari raya, mereka jarang menyentuh biskut-biskut ini kecuali yang rangup seperti kerepek, maruku atau kacang.  Sudahnya, biskut-biskut itu akan dicari selepas hari raya juga. 


Beberapa jenis biskut raya yang sudah 'selamat' masuk ke perut adik dan kakak dan abah dan umi, tetapi masih berbaki untuk disimpan.  Biskut untuk mertua dan mak sudah diasingkan untuk mereka. 

Jejari Oat - disaluti susu tepung yang enak

balang biskut ini diangkut ke bilik tidur kakak dan adik

Friday, November 27

Dangai






Kuih dangai ini diperbuat dari tepung pulut, kelapa parut dan gula yang ditabur di tengah-tengahnya ketika dibakar.  Kuih tradisional ini masih kelihatan di beberapa gerai atau pasar malam. 



Sunday, September 21

Sepit oh Sepit

Nak buat apa ye?


Oh... kuih sepit....
Semalam saya tolong mak membuat kuih sepit dari awal pagi.


Ketika pertukaran 'syif' untuk menunaikan solat, Amin, anak saudara sangat rajin menolong untuk melipat kuih sepit yang sudah masak.


Sehingga petang semalam, baru sudah siap.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin