Sunday, June 24

Pizza Marathon

Apabila en suami sibuk di kedai, kami tidak kemana-mana.  Saya juga sibuk melayan perut anak-anak.  2 hari ini saya menguli tepung untuk dibuat pizza.  Terasa otot-otot lengan apabila menguli 3 adunan doh.  Itu baru sedikit!  Terasa benar-benar puas hati apabila dapat menyediakan yang homemade kepada mereka.

Pizza kali pertama, kulitnya keras kerana tersilap menyangkakan pan yang dibeli itu 9', rupa-rupanya 10'.  Patutlah nipis benar untuk memuatkan loyang itu.  Resepi doh itu diperolehi dari myresepi.  Intinya seperti kuah spageti berintikan daging (resepi sendiri).  Keju yang digunakan semata-mata Cheddar. 






Licin selepas diangkat! 2 keping dibekalkan kepada mak yang berkunjung ke rumah.  Adik bertanya lagi tentang pizza, saya berjanji untuk membuatnya lagi malam itu.

Kali kedua menguli, saya letakkan bread softener seperti yang dicadangkan oleh Mat Gebu.  Doh dicanai tebal, dan hasilnya tidak menghampakan, lembut.  Kata orang kedai menjual alatan membuat kek, gunakan keju mozarella kerana semata-mata cheddar terasa sedikit pahit (iye ke?  entahlah, sudah selamat di dalam perut).


campuran cheddar dan mozarella



Kali ketiga, pizza berintikan tuna.  Saya tidak letakkan nenas kerana anak-anak tidak sukakan nenas di dalam pizza. 


Resepi asal diperolehi dari myresepi.  Saya gunakan 2 loyang 10' (sepatutnya 9') tetapi dohnya tidak memenuhi loyang itu.  

Bahan-bahan doh:

2 cawan tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh bread softener (resepi mat gebu - optional)
2 sudu besar minyak sayuran (resepi mat gebu - guna mentega)
1/2 cawan air suam

Cara-caranya:

Satukan kesemua bahan ke dalam bekas dan gaul rata.  Air dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga tepung tidak melekat di tangan.  Letakkan di dalam bekas dan ditutup dengan plastik cling.  Perap sehingga 1 jam sehingga doh mengembang sehingga 2 kali ganda.

Canai doh setebal lebih kurang 11/2 - 2cm, bergantung kepada ketebalan yang diingini.  Jika ingin menyimpan lama, bakar dahulu doh itu sekadar mengeringkan tepung.  Letakkan topping mengikut kesukaan dan bakar dengan suhu 200C selama 15 - 20min.

 

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin