Showing posts with label farzana. Show all posts
Showing posts with label farzana. Show all posts

Sunday, June 23

Memanah

Nabi SAW melalui satu kawasan ketika sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)

Memanah itu adalah antara sunnah Nabi sallallahu'alayhi wasallam..makanya, kakak digalakkan untuk mengambil bahagian di dalam sukan ini di sekolahnya. Sukan yang memerlukan tumpuan, konsentrasi serta ilmu trajektori dengan melihat arah angin.  Biarpun baru beberapa bulan berlatih, kakak terpilih ke kejohanan kebangsaan sekolah berprestasi tinggi di Besut Trengganu kerana mereka masih kekurangan pemanah.  Kami sekeluarga mengikut kakak ke sana kerana inilah tugas 'luar kawasan' yang terjauh yang perlu kakak hadiri (umminya masih tidak harap anaknya menempuh perjalanan selama 5 jam itu dengan gurunya :D )

Sebenarnya, saya masih 'buta' dengan sukan memanah ini, cara permainannya dan cara kiraannya. Penatlah gurunya menerangkan kepada saya ;) , tetapi ianya tidaklah sesukar mana untuk memahaminya.  Acara yang dipertandingkan ialah jarak 40meter, 30meter dan 20meter.   Sebagaimana dijangka, prestasi kakak tidaklah begitu memuaskan berbanding pemanah-pemanah lain yang jauh lebih berpengalaman serta bertahun-tahun menjalani latihan.  Tidak mengapa, dengan latihan intensif dan semangat yang tinggi, saya yakin, kakak juga boleh mencapai tahap seperti rakan-rakan pemanah yang lain Inshaa Allah :)

sesi latihan bersama seorang dari rakan pasukan

gelap!

40meter lelaki

kakak bersama pemanah yang terhebat di dalam kejohanan

40meter perempuan 

mengira mata
fokus.. fokus... 
persembahan gamelan di upacara penutup

guru besar  sekolah penganjur
cenderahati untuk penyertaan sekolah kakak

pasukan terbaik lelaki - SK Setiawangsa
pasukan terbaik perempuan - SK Zainab 2

Individu lelaki terbaik - SK Setiawangsa
Johan sekolah - SK Setiawangsa

Naib Johan sekolah - SK Sultan Ibrahim

Mengambil aura pemanah hebat...

Di kiri sekali adalah individu terbaik kategori perempuan

Tuesday, July 3

Raikan kakak...




1 Julai 2012, ulangtahun kelahiran kakak yang ke-10.  Kami ke restoren pilihan keluarga kami untuk meraikan hari lahir kakak.  

kek hari lahir kakak - orange cheese cake

Kek yang sepotong itu pun jenuh hendak dihabiskan.  



fish piccata - abah

Texas Chicken - Ummi

Oriental Chicken Chop - Kakak dan Adik

Selamat Hari Lahir Kakak...

Saturday, October 22

Saya tidak tahu...

Sebenarnya, saya baru saja mengetahui dari rakan sepejabat yang kita boleh menyemak keputusan peperiksaan anak-anak secara online.  Jika pengunjung blog BC sekelian sudah mengetahuinya, maafkanlah saya yang 'perak' atau 'jakun' ini. 

klik untuk pautan

Selepas memasukkan no sijil lahir atau kad pengenalan anak, inilah skrin yang terpapar.



Keputusan ujian dan peperiksaan kakak yang menyenaraikan hanya 5 matapelajaran wajib.



Mudahlah sekarang ini untuk mengikuti perkembangan atau kemerosotan pelajaran mereka.

Thursday, October 20

Pensel warna

Minggu ini, minggu peperiksaan kakak di sekolah.  Beberapa minggu sebelum, kakak sudah bising tentang pensel warna.  Kakak meminjam pensel warna adik untuk kegunaannya di sekolah, dan dia inginkan pensel warnanya sendiri.  Geram juga dibuatnya, kerana pensel warna yang dihadiahkan kepadanya setahun lalu  tidak kelihatan langsung!  Apabila ditanya, kakak tidak menjawab kemana hilangnya pensel-pensel warnanya.  

Malam sebelum peperiksaan, abahnya (dengan semangat rajinnya) mengutip pensel-pensel warna yang pelbagai jenis dari kotak pensel yang adik simpan dan diasah satu persatu.  Sambil tangannya mengasah, mulut juga tidak henti-henti bercakap.  Dicuba juga satu-persatu batang pensel yang pelbagai warna itu di atas sehelai kertas.

"Itu pendeklah abah... mana boleh pegang!", kakak mengomel.

"Abah pun boleh pegang... takkan kakak tak boleh?  Tangan siapa lebih besar? Abah ke kakak?", sambil menghulurkan tapak tangannya untuk dibuat perbandingan dengan tangan kakak.

"Tangan abahlah...", jawab kakak yang meletakkan tangannya pada tangan abahnya.

Saya melihat sambil tersenyum...father daughter bonding... hahahaha...

Saya mendengar dan kemudian menyampuk.   

"Ummi dulu, pensel pendek, letak dalam gelendong benang yang kosong untuk bagi pensel panjang" (contoh seperti gambar - abaikan benang itu kerana saya tiada gelendong kosong).





"Kakak cubalah belajar menghargai barang.  Ummi dulu susah, berapa tahun pakai colour yang sama saja. Kakak... setahun berkotak-kotak pensel warna."

Ketika saya masih kecil, memandangkan mak saya mengambil upah menjahit baju, maka banyak juga lah gelendong benang kosong yang ada.  Gelendong-gelendong inilah disambungkan kepada pensel yang pendek untuk kegunaan harian.  

Anak saya, pensel masih lagi boleh dipegang, sudah inginkan yang baru!  Bukan tidak mampu, tetapi tidak ingin memanjakan mereka selalu.  

Inilah hasil kutipan malam itu.  Pelbagai warna, saiz dan juga jenama.  Ada yang dibeli dan ada juga yang mereka mendapat hadiah.  (En suami yang menyusun dan juga mengambil gambar ini).

Tuesday, September 20

Bersama keluarga adalah terbaik...

Kenduri

Sabtu lalu, kami melapangkan masa untuk menghadiri jemputan kenduri teman sepejabat dan juga rumah terbuka rakan suami.  Kata orang, ketika anak-anak masih kecil inilah kita dapat mengusung ke sana-sini untuk menghadiri apa-apa majlis pun.  Jika mereka sudah besar, mungkin malu untuk menghadiri majlis rakan-rakan ibu dan ayah masing-masing.  


ole-ole yang dinanti oleh anak-anak jika menghadiri kenduri kahwin

Kakak semakin hari semakin camera shy.  Payah benar saya dapat mengambil gambarnya kecuali dia betul-betul inginkan.  Kerana itulah, banyak gambar adik yang terakam, kerana sememangnya dia suka bergambar!


ketupat kegemaran saya

Folio

Kemajuan teknologi... itu yang dapat saya simpulkan ketika melihat kakak menggunakan komputer dan carian google untuk mencari lirik lagu patriotik untuk menyiapkan folionya.  Jika saya dahulu, puas juga menulis atau mencari di dalam akhbar gambar-gambar yang diingini untuk ditepek ke dalam sketch book.  Kakak meletakkan senikata yang diingini bersama tulisan lain.  Saya membantunya memasukkan gambar-gambar yang kami ambil sendiri yang bersesuaian dengan tema senikata tersebut serta melakukan touch up untuk folio tersebut.  Wah... kakak teruja sekali melihat hasilnya (sayangnya hasilnya saya tidak ambil gambarnya)  dengan comb binding lagi... mentang-mentanglah abahnya tauke kedai alatulis!  


gambar 'curi' tanpa disedari

Saturday, July 16

Anugerah

Kakak sangat teruja untuk menghadiri hari anugerah cemerlang sekolahnya.  Awal-awal lagi sudah disediakan kelengkapan baju sekolahnya. 

Genetik siapa agaknya terlentok ketika diambil gambar
Alhamdulillah, kakak berjaya mendapat tempat di dalam senarai 25 teratas untuk keseluruhan kelas.  Dengan 4A 1B yang diperolehinya meletakkan kakak di tempat yang ke-18 keseluruhan.  Pihak sekolah menyediakan anugerah untuk 25 pelajar terbaik beserta anugerah matapelajaran sebagai galakan kepada pelajar untuk berusaha dengan lebih tekun.  Semoga murid-murid ini bermotivasi untuk berusaha bersungguh-sungguh. 

lengkap berjubah

Hebat murid-murid sekarang ini.  Ketika mengambil anugerah telah merasa memakai jubah.  Ketika zaman saya dahulu, jubah hanya disarung ketika majlis konvokesyen ijazah pertama sahaja.  Sangat teruja ketika itu.



budak yang hanya beraksi dengan piala kakaknya

kakak bersama rakan karibnya


Kata kakak, dia akan berusaha lebih lagi untuk mendapat nombor yang lebih baik.  Tahniah kakak.  Semoga kecemerlangan sentiasa mewarnai hidup kakak, dunia dan akhirat. 

Sunday, July 3

Minggu Aktiviti

Sabtu lepas, sekolah kakak menganjurkan program larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang juga berlangsung di kesemua sekolah di seluruh Malaysia.  Jika tidak kerana adik juga teruja untuk berlari bersama kakaknya, saya tidak juga menyertainya memandangkan abahnya demam.  Kebiasaannya,  jika tiada halangan, kami sekeluarga akan terlibat jika ada aktiviti yang melibatkan ibubapa.

Adik yang terlebih semangat
Senaman dulu sebelum larian
Mulakan larian....atau berjalan?


antara ibubapa yang turut serta... meriah
gambar ihsan NHAR2

Kakak dilepaskan dahulu bersama murid-murid lain dan disusuli oleh ibubapa sebelum diakhiri oleh murid-murid sekolah menengah.  Perjalanan 1.5 kilometer tidak terasa kerana ada kawan untuk bersembang sambil berjalan santai saja, bukan berlari seperti sepatutnya.  Saya sudah kurang bersenam dan ini sudah semestinya tidak baik untuk kesihatan.  Hanya berharapkan berjalan di sekitar kampus untuk ke kuliah serta naik turun tangga satu tingkat yang boleh dikira dengan jari saja di dalam seminggu.

Friday, July 1

Selamat Hari Lahir Kakak

Hari ini umur kakak genap 9 tahun.  Sudah besar anak sulungku.  Sembilan tahun yang lalu, kakak lahir hanya dengan berat 2.3kg saja.  Sekarang ini hampir 30kg beratnya.  


kakak bersama rakan-rakan dan ustazah transit
Kek ini saya hantarkan sebagai kejutan kepada kakak di transitnya.

Kakak sudah besar, maka, tanggungjawab juga turut bertambah.  Semoga kakak sentiasa mentaati perintah Allah dan Rasul serta ummi dan abah dan menjadi contoh yang baik kepada adik.

Selamat Hari Lahir Kakak.  

Tuesday, February 22

Sembang-sembang

Semalam di dalam perjalanan balik, adik dan kakak berebut-rebut ingin bercerita tentang apa yang berlaku di sekolah masing-masing.  Adik seperti biasa, ceritanya sentiasa ada.  Kakak, kadang-kadang perlu ditanya, baru ada ceritanya.  Jika kedua-duanya ingin bercakap, yang mana satu hendak didengar... riuh-rendah di dalam kereta yang kecil itu.  

"Kakak diam... kakak diam... adik nak cerita ni...", yang si kakak pula, meneruskan ceritanya.
Sabar sajalah.  

Saya terpaksa menyuruh mereka mengikut giliran untuk bercakap.

Kakak, dengan nada terujanya memberitahu yang dia dipilih untuk menyertai kadet sekolah untuk aktiviti ko-kurikulum.

"Kadet?  Kenapa tak Bulan Sabit Merah (PBSM)?".  Setahu saya, ketika dia mengisi borang dulu, dia menyenaraikan PBSM. 

"Cikgu pilih..."

"Amal (kawan baik kakak) dapat apa?"

"Tunas Puteri"

"Ummi nak kakak masuk apa?"

"Manalah ummi tahu...kakak sanggup ke berkawad tengah panas di padang?"

"Kakak tak tahanlah ummi.  Tak palah, esok kakak cuba tanya cikgu, boleh tak tukar ke Bulan Sabit Merah.  Nanti kakak boleh belajar pertolongan cemas.  Ummi, Bulan Sabit Merah tu, kena tengok darah tak ummi?"

"Kalau orang jatuh-jatuh, luka-luka, ada darah lah..."

"Kakak geli tengok darahlah ummi..".  Pulak dah!

Sunday, January 23

Latihan


Baru-baru ini, saya bertanyakan rakan-rakan yang mempunyai anak remaja, pada usia berapakah, anak boleh diajar untuk menyerika baju sendiri.  Kebanyakan memberikan pandangan umur yang sesuai adalah di peringkat darjah 4, walaupun ada juga senior saya yang sudah membenarkan anaknya membuat sendiri ketika di dalam darjah 2.  Saya sendiri?  Saya tidak ingat bilakah saya mula membuatnya sendiri.

Pada hari ini, saya telah memulakan latihan kakak yang pertama untuk menyerika bajunya pada umur 9 tahun.  Belum benar-benar 9 tahun lagi sehinggalah bulan Julai nanti.  Saya berikan baju kurung biasa yang akan dipakai ketika sesi fardu ain di Transitnya.  Saya belum lagi berkeyakinan untuk memberikan baju kurung sekolah.  Setelah latihan demi latihan, akan sampai masanya kakak akan diberikan tanggungjawab untuk menyerika baju sekolahnya sendiri.

 
Adik teruja melihat kakaknya menyerika baju.  Adik bertanya, "nanti bila adik dah besar, adik pun boleh iron baju sendiri?" sambil saya mengiyakannya.  Adik tersenyum (teringin lah tu).

Thursday, December 23

Ziarah


Baru-baru ini saya mendapat perkhabaran, sahabat saya telah selamat melahirkan anak perempuan seberat 3kg dan diberi nama Nurul Aimy Azzalea.  Ketika menziarahi sahabat saya itu, saya bertanyakan adik jika dia inginkan baby tersebut untuk dibawa balik.  Adik hanya tersengih dan menggeleng.  Hehehe.



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin