Semalam di dalam perjalanan balik, adik dan kakak berebut-rebut ingin bercerita tentang apa yang berlaku di sekolah masing-masing. Adik seperti biasa, ceritanya sentiasa ada. Kakak, kadang-kadang perlu ditanya, baru ada ceritanya. Jika kedua-duanya ingin bercakap, yang mana satu hendak didengar... riuh-rendah di dalam kereta yang kecil itu.
"Kakak diam... kakak diam... adik nak cerita ni...", yang si kakak pula, meneruskan ceritanya.
Sabar sajalah.
Saya terpaksa menyuruh mereka mengikut giliran untuk bercakap.
Kakak, dengan nada terujanya memberitahu yang dia dipilih untuk menyertai kadet sekolah untuk aktiviti ko-kurikulum.
"Kadet? Kenapa tak Bulan Sabit Merah (PBSM)?". Setahu saya, ketika dia mengisi borang dulu, dia menyenaraikan PBSM.
"Cikgu pilih..."
"Amal (kawan baik kakak) dapat apa?"
"Tunas Puteri"
"Manalah ummi tahu...kakak sanggup ke berkawad tengah panas di padang?"
"Kakak tak tahanlah ummi. Tak palah, esok kakak cuba tanya cikgu, boleh tak tukar ke Bulan Sabit Merah. Nanti kakak boleh belajar pertolongan cemas. Ummi, Bulan Sabit Merah tu, kena tengok darah tak ummi?"
"Kalau orang jatuh-jatuh, luka-luka, ada darah lah..."
"Kakak geli tengok darahlah ummi..". Pulak dah!
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?