Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Monday, July 8

Cergaskan diri... Sukan sekolah

Sekitar gambar pada hari Sukan sekolah adik dan kakak (edisi malas bercerita :D )

tolong-menolong

perarakan bendera kejohanan

rumah kuning, maskot - batman

rumah biru, maskot - masked rider?

rumah merah, maskot - spiderman

Opps, hijau tak sempat ambil :)

tabik hormat pengakap

TKRS

Tunas Puteri

Puteri Islam

PBSM

Ikrar kejohanan

yang menjadi rebutan

hiapppp! (alamak! tak menjadi :) )

Hiappp... pas!

adik dengan terompah tempurung peringkat pertama

peringkat kedua, baling beg kacang

Gangsa

Tahniah...acara pegawai lelaki

Tahniah, acara pegawai wanita

Perbarisan rumah terbaik

Kakak mewakili PBSM - saguhati perbarisan

Kecil-kecil cili padi, anugerah olahragawan - 3 emas 1 perak

Anugerah Olahragawati - 2 emas 1 perak

Johan keseluruhan - rumah biru... Tahniah!

Wednesday, May 15

Hari Guru 2013

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik.  Jasamu mendidik dari mengenal huruf A, B, C serta nombor 1, 2, 3,... tidak pernah dilupakan.  Tidak mudah menjadi pendidik dengan pelbagai kerenah anak murid, tetapi dengan kesabaran mereka mendidik dapat membentuk negarawan, jurutera, doktor, guru, ahli di dalam bidang masing-masing dan lain-lain lagi.  Terima kasih cikgu!

Ini adalah hasil DIY yang dibuat dengan kos yang sangat minima untuk guru anak-anak.  Gambar-gambar yang comel ini, saya perolehi dari laman web ini.  Gambar comel ini dilaminate sebelum digunting. 

sudah siap di laminate

Bahan lain yang diperlukan hanyalah klip kertas bersaiz jumbo serta gam panas.

sudah siap dilekat

siap dilekatkan klip

Siap...

Selamat mencuba...

Saturday, June 30

Karnival sukan

Beberapa menjak ini agak Mim Alif Lam Sin (M.A.L.A.S) untuk mengemaskini blog ini. 

Menemani anak-anak untuk sukan sekolah mereka pada pagi Sabtu.  Layan gambar saja.












Tuesday, January 10

"Adjustment period"

Lamanya tidak mengemaskinikan rumah ini, hampir-hampir bersawang.  

Sepanjang dua minggu di tahun baru ini saya banyak berfikir dan bermuhasabah diri.  Secara kebetulan (atau tidak?) Ust Zaharuddin di dalam status FB nya menulis tentang manfaatnya status yang diletakkan di dalam FB kepada orang lain, sedikit sebanyak tempiasnya juga terkena di batang hidung saya kerana saya menulis blog.  Lama otak berfikir, bermanfaatkah blog saya ini kepada orang lain atau sekadar SS (syok sendiri) saja.  Tujuan saya sebenarnya untuk meninggalkan kenangan tentang anak-anak dan keluarga  untuk tatapan di kemudian hari.  Atau mungkin patut diprivatekan saja, kemungkinan besar, kehilangan atau terlupa password juga ada.  

Saya tidak mengemaskinikan blog ini di dalam waktu pejabat, kebiasaannya, saya akan mengarang pada waktu malam dan auto publish keesokan harinya.  Sejak bermulanya rutin baru di dalam keluarga kami, susunan jadual saya dan suami masih lagi 'tunggang langgang'.  Semakin umur mencecah 4 series, kepenatan bergerak kesana kemari kian terasa.  Suplemen yang diambil (kadang-kadang lupa) harap-harap dapat mengekalkan kecergasan saya.  Tiadalah daya kekuatanku melainkan dari kekuatanNya juga, La haulawala Quwata IllabilLah...

Saya kagum dengan ibu yang bekerjaya (termasuklah pengurus rumahtangga) yang tidak mempunyai pembantu (maid) yang dapat mengimbangkan masa mereka.  Apalagi yang mempunyai anak ramai dan kecil-kecil belaka.  Respek sungguh... saya yang mempunyai dua orang yang semakin membesar ini pun sudah kacau-bilau jadinya hehehe.  Sebelum ini mereka berada di nursery/transit, jadi tugas saya hanya menghantar pada waktu pagi dan menjemput mereka pada waktu petang.  Sekarang ini, sesudah mereka dipindahkan sekolah berdekatan rumah, rutin bertukar 360 darjah.  InsyaAllah, alah bisa tegal biasa orang kata, cuma sementara hendak menyesuaikan diri dengan rutin baru saja.

Saya menguatkan diri dengan ingatan ini, "Jika kita dapat bersedekah masa, tenaga, wang ringgit kepada orang lain, kenapa tidak kita 'bersedekah' masa kita untuk anak-anak pula.  Mereka adalah harapan kita untuk mendoakan kita kelak".  


Adik bersolat @7 tahun

Sebelum ini, adik sudah biasa belajar solat di tadikanya dan kadang-kadang, dia akan turut bersolat di rumah - ikut mood.  Saya memberitahunya, sekarang adik sudah 7 tahun, adik sudah perlu bersolat.  Ketika ingin memulakan solat, adik selalu bertanya berapa rakaat yang akan ditunaikan.  Dia hanya memilih rakaat yang sedikit, selalunya maghrib dan subuh!  Perlu juga dipujuk untuk solat waktu lain, insyaAllah, lama-kelamaan melekat juga untuk bersolat 5 waktu.  Kadang-kadang dia mengikut saya bersolat, kadang-kadang dia ingin bersolat sendiri.  Saya akan duduk di sebelahnya sambil memasang telinga mendengar bacaannya di dalam solat.

Alhamdulillah, kakak tidak sesusah dahulu untuk disuruh bersolat.  Dan sekarang kakak berada di fasa jika tidak mahu bersolat, boleh dipukul (tetapi ada caranya).  Kerana itulah, syariat memberi tempoh dari 7 - 10 tahun untuk mengajar anak bersolat supaya mereka secara perlahan dapat merutinkan apa yang diwajibkan ke atas seluruh umat.



Bergilir menjemput anak-anak 

Kami bergilir-gilir menjemput anak balik dari sekolah kerana kakak balik agak lewat berbanding adik.  Jika seorang yang perlu menjemput pada dua waktu yang lain, rasanya 'pancit' juga dibuatnya. 

Ketika pendaftaran anak-anak di KAFA, en suami pula mengambil giliran melakukannya kerana ketika hari pertama persekolahan tempohari, saya sudah berkorban 4 jam kuliah saya (yang masih tidak berganti lagi) untuk bersama mereka.  



Adik teruja ke KAFA dengan baju peachnya kerana rakan sekelasnya juga turut belajar di KAFA.

Kakak dan adik diajar untuk berdikari dari usia sekecil ini berbanding saya kerana emak saya seorang surirumah, lain suasananya. Saya percaya, sedikit sebanyak, ianya akan mematangkan kakak untuk bertanggungjawab menjaga adiknya ketika kami tiada di sisi.  InsyaAllah.


Kerja sekolah (Homework)

Adik sedang menulis senarai 19 binatang di dalam Bahasa Malaysia dengan nama Inggerisnya.  Ketika tiba di nombor 4, saya lihat, adik sudah terbaring.  Cuba lihat bantalnya apa?  Selepas ini otak adik dapat meresap ilmu dari kamus itu lah nampaknya.



kasihan, keletihan...

Saya bukanlah ibu yang sempurna, jauh sekali 'supermak' yang dapat melakukan banyak kerja pada satu masa.  Tetapi, insyaAllah, saya masih mencuba menjadi memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik.  

Saya sedang di dalam proses mencuba teknik ini yang diilhamkan oleh pasukan sifu PTS, Puan Ainon Mohd.  Mungkin pembaca boleh juga mendapat manfaat dari blog Puan Khairulaniza ini.

Thursday, January 5

Keterujaan hari pertama

Hari pertama, masing-masing teruja.  Adik teruja begitu juga kakak yang baru ditukarkan ke sekolah baru.



Setelah menghantar beg adik ke kelasnya dan adik turun ke perhimpunan, saya menunggu di pejabat untuk urusan kelas kakak pula.  Ramai lagi ibubapa lain yang anak mereka bertukar sekolah menanti di hadapan pejabat untuk berjumpa dengan PK Hem untuk menentukan kelas berdasarkan prestasi tahun lepas.



Selesai urusan kakak, saya bersama jiran menunggu di kantin untuk waktu rehat murid tahun 1.  Pelbagai cerita tentang kerenah anak masing-masing dikongsi. 

(Gambar berikut menggunakan kamera telefon saja)

Dari kejauhan saya lihat adik seperti meninjau-ninjau keliling.  Agaknya mencari saya.



Ketika saya menghampiri adik, dia tersenyum.


adik bersama Intan

tangan kiri ke adik?

Ketika menemani adik di kantin, dia bertanya kenapa saya tidak menjengoknya ketika dia masuk ke kelas.  Saya katakan saya menguruskan kelas kakak.  Saya katakan,  saya menjengoknya di sebalik dinding tangga saja selepas itu.  "Iya ka?", dengan muka tidak percayanya.

"Iya... ummi jengok adik sekejap, lepas itu, ummi turun bawah tunggu dekat kantin".

"Esok ummi tak tunggu adik masa rehat tau, ummi kerja.", adik mengangguk-angguk.  

Selesai rehat, mereka berkeliaran di sekitar dewan sekolah untuk beratur semula masuk ke kelas.


berbaris untuk memasuki kelas semula




Balik adik puas bercerita tentang sekolahnya.  Berebut-rebut dengan kakak ingin bercerita, sabar sajalah!


letih hari pertama!

menyiapkan kerja sekolah yang tidak habis ketika di kelas

Kakak juga sudah dapat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan barunya.  Alhamdulillah.

Adik bercerita, "ummi jangan gelak tau.."

"Kenapa?"

"Ummi nak tau, tadi adik dengan kawan adik silap masuk tandas lelaki.... "

Apalagi, saya dan kakak ketawa besarlah...

"Adik tak tengok ke tandas perempuan ke lelaki?"

"Tandas di bawah tak ada tulis.  Hari tu cikgu tunjuk tandas di atas tak siap lagi"

"Tapi lepas tu adik masuk tandas perempuan lah.  Adik teman kawan adik."

Selepas ini saya akan biarkan adik berdikari dengan bantuan dari kakaknya.  Puas dipesan supaya menunggu kakaknya (kelasnya habis lewat sedikit) di dewan sebelum kami menjemput balik.  Begitu juga jika ada orang yang tidak dikenali menegurnya kerana adik ini agak 'peramah' sedikit.  Walaupun rumah berdekatan dengan sekolah, tetapi buat masa sekarang ini, kami tidak benarkan mereka berjalan kaki, biarlah kami menghantar dan menjemput mereka saja.  Keselamatan mereka lebih utama!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin