Saturday, February 28

Biasa-biasa Saja

Khamis lepas merupakan ulangtahun kelahiran saya yang ke-36. Hari yang biasa saja, cuma rasa bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk menghirup udara ini selama 36 tahun. Moga-moga nombor yang bertambah seiring dengan bekalan yang bertambah hendaknya. Semakin hari terasa semakin hampir dengan kematian.

Semalam sewaktu mengambil anak-anak dari tadika/transit, suami memberitahu ingin berjumpa kawannya. Saya sempat berbual-bual dengan cikgu kakak bertanyakan tentang kelakuannya seharian di transit sewaktu suami berurusan dengan "kawannya". Sebaik suami sampai,

"kawan abang kata ada barang tertinggal, ada kat bonet belakang"
"barang apa?" saya kehairanan

Saya membuka bonet belakang kereta... sebaik terbuka... terperanjat saya! Berjaya juga suami memperdayakan saya... hehehehe.

adik menyanyikan lagu "birthday" untuk umi


budak kecil yang terlebih teruja dengan kek hari lahir umi

Ini mungkin sebahagian kecil dari kehidupan, tetapi ianya signifikan! Terima kasih abang!

Friday, February 27

Cerita adik

Mata lebam

Ahad lepas sewaktu membawa orang KL bersiar sekitar P.Pinang, singgah di Masjid untuk bersolat asar. Biasalah kanak-kanak, dengan aktiviti bermainnya tidak kira tempat dan masa. Ketika mengambil wudhuk, kedengaran adik meraung-raung. Rupa-rupanya, sudah "tergolek" di tangga masjid. Apa lagi, bertelurlah dahi dan kening. Ketika ditanya, jawabnya "adik lompat, lepas tu tergolek"... hehehe... benjolan di dahi sudah hilang, tinggal di mata, kelihatan seperti memakai eye shadow lagaknya.



Melukis

Semalam, ketika berehat-rehat sambil melipat baju, terpandang gambar yang dilukis. Wah.. adik dah pandai lukis, saya yang teruja. Sebelum ini, saya cuma melihat adik asyik melukis bulatan saja, tetapi semalam, dia sudah dapat melukis orang. Inilah perkembangan yang menyeronokkan ketika melihat anak membesar.

Thursday, February 26

"Toy Museum"

Pernah dengar "toy museum"? Saya juga baru pertama kali mendengarnya beberapa hari lalu. Itupun ketika Yani dan Alin berkunjung ke sini. Suami mencadangkan kami berkunjung ke sana untuk menghiburkan anak-anak. Menurut katalog, muzium ini merupakan the largest toy museum in the world. Hmmm.....


Anak-anak teruja dengan replika-replika kecil dan besar watak-watak kartun serta siri televisyen dan filem yang terkenal. Terdapat replika watak kartun Walt Disney, Barbie, Doraemon serta watak Star Wars yang terkenal itu.




Bayaran masuknya RM10/dewasa dan RM6/kanak-kanak.

Wednesday, February 25

Kanak-kanak

Saya sering memerhatikan gelagat anak-anak ketika bermain. Mereka tidak kisah sesiapa tanpa tanpa prejudis tanpa mengira warna kulit ketika bermain, terus dibuat kawan. Ketika bercuti di Langkawi dahulu, ketika seronok mandi di kolam mandi, mereka berkawan dengan anak cina. Baru-baru ini, ketika Yani dan keluarga berkunjung ke sini, mereka seronok bermain bersama. Ternyata, di dalam waktu yang singkat mereka dapat menyesuaikan diri.


Sewaktu bersembang dengan Alin, kami bersetuju, anak-anak lebih mudah mendapat kawan kerana mereka tiada fokus lain kecuali main. Mereka berkongsi aktiviti yang sama, sedangkan orang dewasa, fokus mereka pelbagai, jadi, pemilihan kawan bergantung kepada fokus masing-masing. Seronoknya menjadi kanak-kanak, tiada masalah, di dalam fikiran mereka, hanya main, main dan main!

Tuesday, February 24

Kenangan Itu

Kami ditempatkan di dalam satu kelas ketika di PPP/ITM, Shah Alam, persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Permulaan perbualan dengan arwah Hifzana sangat menarik. Rupanya iras-iras junior ketika sekolah menengah, serta namanya hampir-hampir sama dengan junior saya itu. Bila ditanya, sahlah mereka bersaudara. Arwah Mas Ahza merupakan sahabat yang sedia membantu serta memberi kata-kata semangat ketika saya di dalam kebuntuan. Al-maklum, sewaktu mengikuti kelas Bahasa Inggeris, saya yang tidak begitu mahir, sentiasa berasa ketinggalan. Sehingga saya hampir-hampir membuat keputusan untuk berhenti dari PPP ketika itu. Semua ini menjadi lipatan sejarah dan sudah tentu tidak akan bertemu lagi dengan 2 insan yang pernah berkongsi suka-duka dahulu.

Allahyarhamah Mas Ahza (kotak)
l
Allahyarhamah Hifzana (kotak)

Sehingga kini wajah-wajah mereka masih tidak dapat saya padamkan dari ingatan ini. Hanya beberapa bulan dari tarikh kematian mereka, saya dapat bertemu dengan mereka yang berada di universiti lain. Ternyata pertemuan itu merupakan pertemuan akhir kami. Panggilan telefon dari teman di universiti mereka mengkhabarkan yang mereka telah meninggalkan kami untuk selama-lamanya di dalam sebuah kemalangan di Wyoming yang turut mengorbankan suami Mas serta seorang junior. Saya terkedu tidak terkata, masih terbayang kemesraan mereka ketika kami bertandang di rumah arwah Hifzana.

Setelah 14 tahun pemergian mereka, baru-baru ini, jika tidak kerana Alin yang pulang bercuti dari Dubai dan dengan izin Allah, kemungkinan saya masih tidak bertemu dengan keluarga arwah Mas. Mungkin ini takdirnya untuk menyambung kembali silaturrahim dengan keluarga sahabat saya. Perjalanan mencari keluarga sahabat saya bermula di Facebook, kebetulan juga teman mengenali kakak arwah Mas. Alhamdulillah. Hanya keluarga arwah Hifzana yang masih belum dapat dijejaki.

Suami saya, bapa arwah Mas, Muhammad (suami Yani), Yani, ibu arwah Mas, Alin serta ibu saudara arwah

Thursday, February 19

Tag oh Tag

Memandangkan saya telah di"tag" oleh kawan lama, kena lah jawab tag itu.. kalau tag balik boleh ke..hehehehe.


1. Do you think you're hot?
-- rasanya sejuk kot...

2. Upload your favourite picture of you!

















3. Why do you like that picture?

-- tengah saspen ketika dalam perjalanan turun kereta kabel. Rasanya lepas ini, saya tidak mahu naik lagi kereta kabel.


4. When is your last time you ate pizza?
-- bila ye? tak ingatlah..


5. The last song you listened to...
-- Selawat Syifa' oleh Hijjaz (lagu ke?) kes tengok cerita "anak betong" hehehe.

6. What are you doing right now beside this?
-- tengok tv

7. What name do you prefer besides yours?
-- Ermm... tak terfikir sekarang ini


People I tag :

1. Hafizah (jawab jangan tak jawab)

2. Hanafiah

3. Faridah

4. Alhan

5. Noni



8. Who is number one?
Kakak. Dia rajin masak kalau kami bertandang ke rumah.


9. Number three is having relationship with?
Hisham (orang Tasmania) - suami dia ye.


10. Say something about number 5.
Kawan sekerja dan mama kawan baik Farzana. Sekarang tengah buat PhD. Maaf Noni, kena jawab tag pula ye.


11. How about number 4?
Kawan sekerja juga... orang yang rajin menjengah blog saya... juga tengah buat PhD... hehehe... bertambah kerja pula ya nak jawab tag.


12. No 2
Abang. Baru pinjam kereta dia sebab kereta saya tersadai di bengkel.


Itu saja. Mujur juga tak banyak tag nak jawab... hehehe.

Tuesday, February 17

Berani!

Kakak merungut giginya sudah longgar. Hendak dicabut sendiri, saya pun tidak berani...hehehe. Gigi kekal semakin muncul di celah gigi susunya. Jadi, temujanji sudah dibuat pada 25 hb ini. Lama pula penantiannya. Kebetulan hari Ahad sewaktu melintasi klinik gigi di SP, terus membuat temujanji lain. Tidak perlu menunggu lama.


Kelakarnya, awal-awalnya, adik yang begitu teruja hendak ke klinik gigi. Bila di dalam bilik rawatan, dia tidak mahu pula doktor memeriksa giginya. Takut katanya.



2 batang gigi yang sudah dicabut. Inilah gigi yang pertama sekali tumbuh, dan pertama sekali dicabut! FIFO (First in first out) hehehehe.


Alhamdulillah, kakak begitu berani! Tahniah kakak... selepas ini, akan ke klinik lagi untuk dicuci giginya. Saya juga sempat menampal gigi yang sudah lama berlubang serta di'polish' gigi. Bayaran untuk mencabut dua batang gigi, RM35, untuk saya, tampal serta cuci, RM95. Mahal ke tidak, entahlah.... saya sudah lama tidak ke klinik gigi! Sepatutnya 6 bulan sekali kan....

Tuesday, February 10

Cubalah...

Sebelum ini, saya cuma menggoreng ayam menggunakan tepung Radix. Terkenangkan anak-anak yang turut menggemari "wedges", saya mencubanya dengan menggunakan kentang yang sudah dikukus terlebih dahulu dan dipotong mengikut bentuk seperti "wedges". Gaulkan dengan telur sebelum digaul di dalam tepung supaya tepung dapat melekat pada kentang tersebut dan goreng. Inilah hasilnya....sama seperti "wedges" di restoren!

jemput makan!

"A chapter in life"

Lin merupakan sahabat lama ketika dibangku sekolah rendah dan menengah. Hampir 5 tahun kami tidak bertemu muka, dan kami "diketemukan" semula melalui internet. Saling berutus berita melalui YM serta komen-komen di blog merapatkan kami semula.


Hari minggu lepas, ketika Lin pulang ke kampung, peluang diambil untuk bertemu semula, apatah lagi untuk menatap "anak buah" baru si kembar Awatif dan Athirah. Comel dan semangatnya adik dan kakak.

bersama Athirah @ adik

Semoga silaturrahim ini tidak terputus lagi. InsyaAllah.

Thursday, February 5

Kamera

Saya AMAT cemburu melihat gambar sebegini cantik....

atau ini


Saya suka mengambil gambar pemandangan atau bunga-bungaan. Kalaulah saya ada kamera DSLR... hmm...berangan saja lah. Yang sedia ada sekarang ini pun


cuma pandai pakai mode auto saja...hehehe.

Bukan apa, saya rasa terkilan kerana ada kursus fotografi yang ditawarkan di sini untuk kakitangan, tetapi tidak dapat mengikutinya kerana ada kursus lain yang "lebih" penting yang ingin saya hadiri (satu masa nanti, saya akan mereleasasikan juga hobi saya ini, InsyaAllah.)

Sejarah kamera saya bermula (kalau tidak silap saya) ketika saya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam Penilaian Darjah Lima (ketika itu). Apabila ditanya tentang hadiah, saya memberitahu saya inginkan sebuah kamera. Itulah kali pertama saya memiliki sebuah kamera. Seronoknya bukan kepalang. Habis sekitar rumah diambil gambar! Tetapi ketika itu, kamera harus diisi dengan filem dan untuk dilihat hasilnya, harus dihantar ke kedai untuk diproses. Ahhh...satu proses yang agak lama! Sekarang, ambil saja, boleh dilihat hasil dengan segera dan boleh dipilih untuk dicuci dengan kamera digital.

Ketika melanjutkan pelajaran, saya tidak lagi menggunakan kamera itu. Saya memiliki (buat pertama kali) sebuah kamera yang berjenama - Canon. Gambar-gambar yang diambil cukup cantik dengan kamera ini. Dengan kamera inilah saya mengambil gambar-gambar saya dan pemandangan dan dikirimkan kepada keluarga saya di kampung. Sesudah bekerja, saya masih lagi memakai kamera tersebut yang masih lagi menggunakan filem sehinggalah ianya rosak.

Kamera selanjutnya sudah berubah teknologi. Kamera digital Canon Powershot A450 menjadi pilihan kerana harganya agak berpatutan ketika itu. Jika tidak kerana insiden saya memecahkan skrin LCD nya, kemungkinan saya masih lagi memakai kamera tersebut...hehehe. Sekali sekala kakak akan mengambil gambar menggunakan kamera tersebut, tanpa melihat hasilnya di skrin, umpama mengambil gambar menggunakan kamera terdahulu.

Kenangan...kenangan...

Wednesday, February 4

Karangan

Saya menyelak-nyelak buku latihan Bahasa Melayu kakak. Tajuk "karangan"nya ialah

Kawan baik saya.

Nama kawan baik saya Alya (anak Noni)
Umur kawan baik saya tujuh tahun
Kawan baik saya suka bermain

.....

ada lagi..saya terlupa...hehehe. Saya tanyakan kakak,
"siapa kawan baik Alya?"
"Kakak"
"kawan baik Hajar?"
"Kakak"
"Nurin?"
"Kakak la"

hehehe...saya tergelak...

"Depa tak dak kawan baik lain ke? famous nya kakak...."

(Hajar dan Nurin merupakan teman semasa tadika, dan kebetulan berada di dalam satu kelas).

Tuesday, February 3

Hati-hati

Sebentar tadi, ketika menikmati hidangan tengahari di restoren, terdengar kekecohan berlaku. Rupa-rupanya kereta yang diparkir beberapa meter dari restoren tersebut dipecahkan cerminnya serta handbag nya diambil. Ada saksi mengatakan ternampak 2 orang bermotosikal yang melakukannya. Saya sendiri sudah menggigil bila mendengarnya.

Sudah banyak berita kedengaran mengenai kes pecah cermin kereta. Kawan saya juga hampir-hampir menjadi mangsa, tetapi, mereka tidak sempat melarikan beg yang ditinggalkan di dalam kereta kerana ada orang yang menjerit. Di hadapan tadika anak saya juga pernah berlaku. Si ibu berhenti sekejap untuk menghantar anak, pintu keretanya dibuka serta beg dilarikan bersama mereka.

Jadi, berhati-hatilah. Jangan ditinggalkan beg yang boleh mengundang penjenayah ini. Ketika memandu pun, pastikan beg tidak diletakkan di kerusi yang memudahkan mereka untuk melihat.

Cucu (2)

Inilah tambahan dua orang lagi di dalam senarai cucu mertua saya. Auni dilahirkan pada bulan November 2008, manakala Ajwa pula Januari 2009.

Auni (baju merah jambu) dan Ajwa

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin