Ahad lepas sewaktu membawa orang KL bersiar sekitar P.Pinang, singgah di Masjid untuk bersolat asar. Biasalah kanak-kanak, dengan aktiviti bermainnya tidak kira tempat dan masa. Ketika mengambil wudhuk, kedengaran adik meraung-raung. Rupa-rupanya, sudah "tergolek" di tangga masjid. Apa lagi, bertelurlah dahi dan kening. Ketika ditanya, jawabnya "adik lompat, lepas tu tergolek"... hehehe... benjolan di dahi sudah hilang, tinggal di mata, kelihatan seperti memakai eye shadow lagaknya.
Melukis
Semalam, ketika berehat-rehat sambil melipat baju, terpandang gambar yang dilukis. Wah.. adik dah pandai lukis, saya yang teruja. Sebelum ini, saya cuma melihat adik asyik melukis bulatan saja, tetapi semalam, dia sudah dapat melukis orang. Inilah perkembangan yang menyeronokkan ketika melihat anak membesar.
anak sulung saya terkenal dengan dahi jendulnya. selalu accident dekat dahi. yg no 3 pun sama. hero2 agaknya suka stunt menyetunt
ReplyDeletehehehe...adik dgn kakak sama je, selalu je "accident", main redah je...
ReplyDelete