Sebentar tadi, ketika menikmati hidangan tengahari di restoren, terdengar kekecohan berlaku. Rupa-rupanya kereta yang diparkir beberapa meter dari restoren tersebut dipecahkan cerminnya serta handbag nya diambil. Ada saksi mengatakan ternampak 2 orang bermotosikal yang melakukannya. Saya sendiri sudah menggigil bila mendengarnya.
Sudah banyak berita kedengaran mengenai kes pecah cermin kereta. Kawan saya juga hampir-hampir menjadi mangsa, tetapi, mereka tidak sempat melarikan beg yang ditinggalkan di dalam kereta kerana ada orang yang menjerit. Di hadapan tadika anak saya juga pernah berlaku. Si ibu berhenti sekejap untuk menghantar anak, pintu keretanya dibuka serta beg dilarikan bersama mereka.
Jadi, berhati-hatilah. Jangan ditinggalkan beg yang boleh mengundang penjenayah ini. Ketika memandu pun, pastikan beg tidak diletakkan di kerusi yang memudahkan mereka untuk melihat.

kat mana akak? saya la ni selalu sendirian sejak belajar ni. takut saya nak keluar makan tengahari di kawasan perda tu sorang2. kena banyak2 berdoa mohon perlindungan dari ALLAH. Saya kdg letakkan beg di bawah kerusi saya ketika memandu. takut nak bawa beg tgn..
ReplyDeletekat restoren Faiz alhan... kena berhati2. Akak dulu selalu jalan sorang2, baca ayat Qursi byk2, InsyaAllah, Allah lindung. Tapi mata tetap juga la melilau melihat kelibat yang mencurigakan..hehehe.
ReplyDeletedepan sikit dari restoran faiz, rumah sepupu saya, yang warna oren banyak pokok2 ditanam tu. saya sebelum ini selalu juga parking di depan rumah sepupu tu(tepi jalan) then cross jalan tu beli nasi dna kuih dekat mak cik n pakcik ni. sedap nasi dia. Lepas tu sepupu cerita ada kes di depan rumah dia tu, orang kena pecah tingkap cermin juga. perempuan ni, tinggalkan beg tgn di dlm kereta then dia cross beli mknn pd makcik tu dgn hanya membawa duit kecil. saya pun dah tak berani singgah nak beli nasi pada makcik tu dah. hatta pokok sepupu letak atas pagar pun kena curi.bahayanya sekarang. betul kena banyak baca ayat kursi
ReplyDeleteoooo, mmg banyak kes sekarang ni kan... byk2 berdoa agar kita terpelihara.
ReplyDelete