Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Thursday, April 19

Alahai anak Ummi...



Umminya mengajar Matematik, tetapi anaknya tidak juga mahir matapelajaran ini.  Kasihan mereka!  Ketika mencari-cari jurnal untuk menghasilkan kertas kerja, terjumpa juga dengan laman web ini.  Sebenarnya, saya pernah menggunakan laman web ini untuk aktiviti Matematik di kampus, tetapi tidak pula menggunakannya untuk anak-anak.

Rasanya selepas ini, saya akan menggunakan sepenuhnya untuk pembelajaran Matematik anak-anak.  Pelbagai aktiviti dan permainan Matematik untuk mereka cuba.  Semoga mereka lebih berminat dengan subjek ini selepas ini.


Cara mudah untuk kaedah tolak menggunakan pembaris!

Subjek lain pun ada juga...



Apa lagi?  Gunakanlah sumber yang ada untuk pembelajaran yang lebih menarik dan seronok.

Iklan ini tidak berbayar!  Saya hanya ingin berkongsi sesuatu yang saya rasa boleh dimanfaatkan oleh semua.    Opps... hampir terlupa, boleh klik ke sini.

Thursday, November 17

HIRAC

Bengkel HIRAC - Hazard Identification, Risk Assessment and Control.

Bengkel dua hari (sepatutnya) hanya dapat diikuti 1 1/2 hari.  Demam.

Sesi pertama pada hari pertama, sesi praktikal berkaitan dengan CPR - cardiopulmonary resuscitation dan pertolongan cemas.  Saya berjaya di dalam cubaan melakukan compression (sebahagian dari CPR) tetapi tidak berani mencuba breathing ke atas patung yang disediakan.  Tiada gambar.  Tiba-tiba mamarazi menjadi malu untuk mengambil gambar apabila melihat ramai peserta yang melihat.  

Antara kecemasan yang boleh meragut nyawa: ventricular fibrillation, accidental electrical shock, drowning, drug overdose, suffocation, severe allergic reaction, trauma & stroke.


Tujuan CPR?  
  • membekalkan oksigen kepada otak, jantung dan lain-lain organ utama sehingga rawatan perubatan yang tepat diberikan bagi memulihkan fungsi jantung dan pernafasan
  • mengelakkan kematian sel-sel/minimakan cell death
  • menghentikan proses kematian biologikal
Clinikal death = 4 - 6 min selepas jantung berhenti 
  • no breathing & heat beat but brain cells are still alive
  • reversible condition because brain cells are still alive
Biological death = selepas 4 - 6 min
  • no breathing & heat beat and brain cells are dead
  • permanent & irreversible condition because brain cells are dead.




Menurut Dr. unit kesihatan UiTM, lesen pentauliahan untuk melakukan CPR perlu diperbaharui setiap 2 tahun.  Panduan CPR 2010 mengikut turutan berikut :  

D : Danger (situasi kecemasan) - periksa nadi
R : Response (tindakbalas mangsa) - tidak sedar, minta bantuan atau panggil nombor kecemasan.  Periksa nadi, jika tiada,
C : Chess Compression (30 kali chest compression pada kadar 100/min untuk pengaliran darah)
A : Airway (saluran pernafasan - periksa jika saluran tersumbat)
B : Breathing (pernafasan - 2 kali)



CPR perlu dilakukan oleh orang yang berpengetahuan saja kerana ianya melibatkan nyawa seseorang.  Saya rasa elok juga bagi orang awam untuk mempelajari teknik CPR kerana ianya mungkin boleh diaplikasikan keatas keluarga sendiri jika berlaku kecemasan.  

Video dari youtube tentang teknik CPR.  



Sedikit perkongsian ilmu dari apa yang saya perolehi di bengkel baru-baru ini.  Ada lagi tentang panduan pertolongan cemas dan juga ergonomik.  InsyaAllah, akan saya kongsikan juga.

Nota : Saya hanya berkongsi ilmu dan saya bukanlah orang yang pakar di dalam bidang keselamatan dan perubatan.  Rujukan yang saya perolehi ini adalah dari lampiran yang diperolehi semasa bengkel kecuali video itu.

Saturday, November 12

Perkongsian tentang etnomatematik

Bukan etnik kreatif ya, tetapi etnomatematik... apa itu?

Inilah yang dihuraikan oleh Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail dari Institut Penyelidikan Matematik, UPM, penyampai ucaptama pada seminar baru-baru ini.

Tajuk "Epistemologi, falsafah dan etnomatematik : ke arah kesepaduan kuantitatif dan kualitatif" ini mengupas etnomatematik dari sudut sejarah dan epistemologi falsafah.  

Katanya, ilmu falsafah silam boleh digambarkan secara hierarki berikut.


Dr. Mat Rofa Ismail (2011)

Menurut epistemologi falsafah, matlamat kajian sains adalah tauhid dan iman.  Ketertiban dan keindahan aturan dan hukum perjalanan alam yang dikaji menggunakan hujah mantik dan matematik menunjukkan bahawa alam ini ditadbir oleh Pencipta yang Maha Sempurna.  Teknologi adalah hasil sampingan, dan bukannya yang utama yang terhasil dari kajian tersebut.

Tetapi berlainan dengan falsafah sains moden yang melihat sains sebagai ilmu objektif, emperikal, bebas nilai, berkaitan data statistik atau model matematik, analisis, penghujahan dan kesimpulan.  Tiada unsur kualitatif yang terlibat dengan kegiatan sains.  Metodologi sains mengkaji hukum alam secara objektif, logik dan matematik.  Persoalan akal, roh, perasaan, akhirat dan ketuhanan bukan domain sains dan ramai pendokong sains moden menolak semua aspek metafizik tersebut.

Katanya, ini adalah bersongsangan dengan falsafah silam seperti berikut yang melihat teknologi sebagai yang utama.



Aritmetik ialah ilmu berkaitan nombor.  Alam semesta dijadikan Tuhan dalam nisbah yang terbaik.  Kejadian manusia tercipta dalam ukuran yang indah bagi seluruh anggotanya yang boleh dikaji secara aritmetik.

Aljabar diasaskan oleh Al-Khawarizmi untuk menyelesaikan masalah zakat, faraid dan urusan perniagaan.  Ilmu trigonometri pula diasaskan oleh rangkaian al-Tusi, Abu'l-Wafa al-Buzajani dan al-Kashi yang berkaitan dengan kajian falak syar'i yang mengkaji tentang takwim solat, kalendar, gerhana dan pentarikhan.

Setiap tajuk penting Matematik dikembangkan daripada keperluan ummah.  Fakta sejarah yang berkaitan dengan umat Islam telah diselindung di dalam teks sejarah yang ditulis oleh barat.

Menurut beliau, kerana itulah wujudnya kajian baru yang dinamakan etnomatematik untuk mengkaji falsafah kelahiran sesuatu ilmu di dalam sesuatu pemikiran ummah atau etnik supaya ummah itu dapat mengenali kekuatan budaya mereka di dalam penciptaan bidang matematik yang baru.

---------------------------------------
Nota saya : Sedikit perkongsian tentang etnomatematik yang lebih menjurus kepada penggalian sejarah dan falsafah matematik itu sendiri.  Saya sendiri tidak arif di dalam bidang ini kerana saya lebih menjurus kepada aplikasi statistik.

Tuesday, November 1

Hujan lagi...

semasa dan selepas hujan

Doa ketika hujan
(HR. Al-Bukhari) - sumber imej



Janganlah berkeluh-kesah kerana hujan.  Kerana ianya juga mengikut aturan Allah untuk turun membasahi bumi.  Hujan juga merupakan Rahmat sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :


Dari ‘Atha’ bin Abu Rabah r.a katanya, dia mendengar Aisyah isteri Rasulullah saw. bercerita:”Bila angin bertiup kencang dan langit mendung berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah Rasulullah saw sehingga baginda maju mundur (berjalan mundar-mandir). Apabila hujan telah turun wajah baginda berubah menjadi gembira dan hilang kegelisahannya. Berkata Aisyah:”Aku bertanya kepada baginda, apa yang menyebabkan baginda gelisah sebegitu rupa.” Jawab baginda,:”Aku khuatir kalau-kalau angin dan mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan kepada umatku. Tetapi bila hujan telah turun maka hal itu adalah rahmat.”
 
(Muslim)


Rasulullah s.a.w juga mengibaratkan ilmu itu seperti hujan yang turun.


Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:”Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya.”
 
(Bukhari) - sumber

Thursday, October 13

Antara Anak dan Bapa




NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM PADA ANAKNYA

Hai anakku! Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan ini dengan sampan bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.

Orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan Allah.

Hai anakku! Orang yang merasa dirinya hina dan rendah di dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia tawadhuk kepadanya, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepadaNya.

Hai anakku! Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu), maka marahnya orang tua itu adalah bagai baja bagi tanam-tanaman.

Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

Selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu untuk tidak menderhakai Allah, takutlah Allah dengan sebenar-benar takut.

Hai anakku! Seorang pendusta akan segera hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang. Orang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar.

Hai anakku! Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada itu semua bilamana engkau mempunyai tetangga yang jahat.

Hai anakku! Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan seorang yang mencari kayu api, setelah banyak terkumpul ia tidak kuat memikulnya padahal ia masih terus menambahnya.

Hai anakku! Bila engkau ingin menemukan kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura sehingga membuat dia marah. Bila mana dalam kemarahannya itu dia masih berusaha menginsafkan atau menyedarkan kamu, maka bolehlah dia engkau ambil sebagai kawan. Bila tidak demikian, berhati-hatilah engkau terhadapnya.

Hai anakku! Bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Sebaliknya dia yang mengharapkan sesuatu daripadamu.

Hai anakku! Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk, kotor serta kasar kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara usahakanlah agar bicaramu mendatangkan kemanfaatan bagi orang lain.

Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi. Orang yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun.

Hai anakku! Bergaul rapatlah dengan orang alim dan orang berilmu. Perhatikanlah kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya hati menjadi sejuk apabila mendengar nasihatnya, hiduplah hati dengan cahaya hikmah bagaikan tanah yang subur disirami air hujan.

Hai anakku! Ambillah harta dunia sekadar keperluan dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekal akhiratmu. Jangan engkau menolak dunia kerana nanti engkau menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya jangan engkau peluk dunia dan meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.


DIALOG BERHARGA LUQMAN DENGAN ANAKNYA

Bertanya anak Luqmanul Hakim kepada ayahnya : “Wahai ayah ! apakah perangai yang paling baik dari seorang manusia?”. 

Jawab Luqman : “Agama”. 

Bertanya lagi si anak : “kalau perangai itu dua?” 

Jawab Luqman : “Agama dan harta”. 

Tanya si anak lagi : “kalau tiga?”. 

Jawab Luqman : “Agama, harta dan malu”. 

Tanya si anak lagi : “kalau empat?”. 

Jawab Luqman : “Agama, harta, malu dan budi pekerti yang baik”. 

Tanya si anak lagi : “kalau perangai itu lima?” 

Jawab Luqman : “Agama, harta, malu, budi pekerti yang baik dan pemurah”. 

Tanya si anak lagi : “kalau enam?”

Jawab Luqmanul hakim : “Wahai anak kesayanganku kalau lima perangai itu terkumpul pada seseorang, maka ia adalah orang yang suci, terpelihara atau takwa kepada Allah, dilindungi oleh Tuhan dan bebas dari syaitan.”


sumber : emel dari Al-Fadhil Ust. Muhammad Che Saad, Pegawai Hal Ehwal Islam, CITU, UiTMPP

Friday, July 22

Persoalan

Sebelum ini, Yang Tertulis, Yang Terpilih pernah mengutarakan persoalan ini.  Saya cuba merujuk kepada yang 'arif tentang persoalan ini, dan ini jawapan yang telah diberikan oleh Ustazah Asni.

Berkenaan dengan VE perlu mandi hadas, jawapannya tidak.  Hanya perlu apabila 'kepala bertemu kepala' sahaja.

Tentang solat ketika labor, solat boleh dijamakkan dan dibolehkan berbaring.  Jika tidak boleh mengambil wuduk sendiri, boleh minta tolong orang ambilkan wuduk. 

Semoga jawapan ringkas ini dapat memberi kemudahan kepada sesiapa yang memerlukan.

Saturday, May 21

Alkisahnya...

Ketika balik dari sekolah, tiba-tiba kakak bertanya saya,

"Ummi pernah mandi wajib?".  Soalan apakah ini...saya ketawa.

"Ok...apa yang kakak faham tentang mandi wajib.  Bila kena mandi wajib?"

"Mandi wajib sebab hadas besar..."

"Ok...hadas besar itu apa?", tanya saya lagi.

"Hadas besar tu bila haid, wiladah, nifas", jawab kakak.

"Wiladah tu apa?  Nifas?"

"Wiladah tu beranak.  Lepas beranak, keluar nifas."

"Habis tu, ummi kan beranakkan kakak dan adik.  Orang perempuan kan datang haid."

"Ha'a.  Kakak tak pernah tengok ummi mandi wajib pun..."

"Laaaa... mandi wajib tu takkan nak tunjuk.  Apa beza mandi wajib dengan mandi biasa?"

"Mandi wajib tu ada niat.  Mandi biasa tu untuk bersihkan kotoran pada badan.", jawabnya

"Kakak boleh nampak ka kalau ummi niat mandi wajib?"

"Niat tu dalam hati saja, lepas tu ratakan air ke seluruh badan."

"Sama sajalah dengan mandi biasa.  Beza dia ada niat saja.  Mandi macam biasa juga, bersihkan semua kotoran dari badan dan celah-celah badan.", terang saya.

"Nanti bila kakak sudah haid, nanti ummi tunjuk macammana mandi wajib"

"......", kakak tersipu-sipu.

"Dan nanti, bila kakak sudah haid, sembahyang tidak boleh saja-saja tinggal.", pesan saya.

Begitulah kisahnya...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin