Showing posts with label alor star. Show all posts
Showing posts with label alor star. Show all posts

Monday, August 15

Berada di AS

Hujung minggu lepas, berbuka puasa di rumah mak saya.  Minggu ini berbuka pula di rumah mertua di Alor Setar.  Mertua baru saja kembali dari menunaikan umrah, jadi, ada ole-ole jubah yang dibawa balik untuk anak-anak dan menantu.  Jubah mak arab, bila saya sarung, labuhnya meleret ke lantai, terpaksalah dipotong bahagian bawahnya.  Nantilah bila berkesempatan.  

Model-model yang pasti menyuruh saya mengambil gambar jika saya balik.

adik melayan si kecil, Azzahra
kakak comel tidak mahu ketinggalan juga





geramnya si tembam ini

Kakak dan sepupunya yang lelaki leka bermain karom.  Mereka berdua ini melayan puzzle.



Ini disuruh oleh mereka untuk mengabadikan hasil kerja mereka.



Cerita Pekan Rabu

Puas juga menaiki tingkat demi tingkat untuk mencari baju raya suami.  Yang berkenan, tiada pula warna yang sesuai (ikut tema).  Sambil-sambil melihat, mata ligat memerhatikan pelbagai tudung yang digantung.  Saya masih mencari tudung kakak untuk dipadankan dengan baju raya nanti.   Akhirnya dapat juga sepasang tudung untuknya.

Di sebuah gerai, saya bertemu dengan seorang kakak bersama dua anak kecil, anggaran saya, si abang, 5 atau 6 tahun, dan adiknya yang perempuan mungkin 2-3 tahun.  Rupanya, mereka adalah cucunya yang memanggilnya dengan panggilan 'mak'.  Kakak itu berbisik kepada saya, mereka baru 20 hari kehilangan mak mereka.  Saya memandang si abang yang sedang meminta mainan dari opahnya dengan perasaan pilu.  Kecil-kecil lagi sudah kehilangan kasih-sayang seorang ibu.

Ketika tiba di bazar yang menjual pelbagai pakaian, suami mencuba sehelai 'Qurta' (baju labuh).  Warnanya sudah padan, cuma saiznya tiada.  Penjual berkenaan memberitahu stok akan sampai sejam lagi.  Tiba di gerai lain pula yang hanya menjual baju melayu, saya bertanya tentang Qurta, adik penjual itu mencadangkan supaya ke butik Ihram berhampiran.  Nampaknya, rezeki kami di situ, dan kami mendapat dengan harga yang jauh lebih murah dari di gerai berkenaan.  Hmm... nampaknya gerai bazar itu tidak juga murah harganya.  Lain kali, kami sudah tahu ke mana hendak dituju jika ingin mencari baju melayu atau Qurta.  

Sunday, May 15

"New Edition"

(khas untuk adik-adik ipar di KL)

Cucu yang ke-11 untuk keluarga mertua.  Fatimah Azzahra selamat melihat dunia pada jam 4.20 pagi 23 April lalu.  Detik kelahirannya sangat mudah - menurut adik ipar.  Alhamdulillah.

Ketika lawatan baru-baru ini, si kakak kecil, Ajwa, sudah mencebik mukanya melihat saya memegang Azzahra (betul kot panggilannya), bimbang saya akan mengambil adiknya.  Hehehe.

Lihat jelingannya

Opps... tak suka Mak Long ke?

Ajwa dan Aufa


Sayang adik...

Sleeping like a baby...

dengan teknologi terkini



Monday, November 15

Melayan

Apabila adik menjadi kakak...

mula-mula adik

kemudian...datang pula kakak ingin sama

Wednesday, November 10

Banjir - Sabtu 6/10 (pasca)

Belum boleh dikatakan sebenar-benarnya 'pasca banjir' kerana airnya masih ada di sekeliling rumah.  Ketika kami tiba lewat petang itu, adik ipar dan suami serta mak dan ayah sedang mencuci lantai.  Tiba masanya untuk menyingsing lengan untuk turut serta 'bermain' air... hehehe.  Tidak dapat dibayangkan jika anak-anak turut serta, pasti kecoh dan lambat juga proses pencuciannya.  Gambar-gambar hanya diambil dari dalam rumah.  Tidak sanggup untuk meredah air banjir yang dipenuhi sampah-sarap beserta bauan yang 'enak' dihidu semata-mata untuk mengambil gambar rumah yang seperti pulau di tengah-tengah tasik.  

 paras tertinggi air di garisan merah

 kelihatan air mulai surut di halaman rumah


 paras air di dalam rumah di garisan merah

 sudut yang sedang dibersihkan

 kesan selut di lantai bilik


Ada di antara barang telah diangkat dan diletakkan di atas kerusi dan meja oleh mak ayah sebelum mereka berpindah ketika air banjir sedang naik. Air banjirnya juga hanya beberapa kaki dari lantai rumah,  tidaklah seberat tanggungan mereka yang tidak dapat menyelamatkan barangan rumah yang dilimpahi air separas kepala dan lebih. 

Thursday, November 4

Musibah... Ujian...

Setiap orang ada ujiannya masing-masing.  Berat atau ringannya ujian tersebut bergantung kepada setiap individu.  Baru-baru ini, saya dikejutkan dengan sms dari sahabat saya (sini dan sini) memberitahu suami yang baru dinikahinya tidak sampai setahun telah diserang angin ahmar.  Ya Allah, beratnya dugaan bagi sahabat saya ini.  Sebelum ini, ibunya juga telah diserang penyakit yang sama, dan beliau jugalah yang bersabar melayan kerenah ibunya selama 5 tahun.  Kini, ketika mengecapi saat manis berumahtangga serta mengandungkan anak yang pertama, dia ditimpa lagi dengan ujian ini.  Hanya perkataan "sabar" mengiringi balasan demi balasan sms yang dititipkan kepada beliau.  Mujurlah beliau kuat berpegang kepada ujian dan Rahmat di sebalik ujian itu.

Jiran-jiran terdekat Kedah dan Perlis ditimpa musibah banjir, begitu juga di Kelantan.  Keluarga mertua tidak terkecuali.  Kali ini lebih buruk dari banjir yang pernah berlaku pada Disember 2005.  Kali ini, terpaksa mereka berpindah ke tempat lain sementara menanti surutnya banjir sebelum dapat kembali semula ke rumah.  

Abang/kakak kami, UiTM Perlis juga terjejas dengan banjir ini dan misi bantuan oleh sukarelawan akan dihantar secepat mungkin untuk meringankan beban mereka.  Kasihan pelajar-pelajar yang masih lagi menduduki peperiksaan akhir di sana.  

Gambar-gambar sekitar banjir pada Disember 2005.


Hanya 4WD serta kenderaan berat dibenarkan melalui jalan ini




Ketika ini, tidak mengenali satu sama lain, tetapi saling bantu-membantu, suami menumpang pickup orang


rumah mertua yang ditenggelami air separas betis


kawasan jiran

Semoga mereka yang terlibat dapat bersabar dengan musibah @ ujian yang diterima serta moga Allah mengurniakan/menggantikan sesuatu yang lebih baik dari ujian ini.  

Sesuatu yang perlu kita renungi akan perlunya ada sistem perparitan yang lebih cekap supaya mangsa-mangsa ini tidak mengalami nasib yang sama di masa akan datang.  Kawasan ditebus guna untuk projek perumahan, bangunan, jalanraya dan sebagainya, akan tetapi, sistem perparitan masih di tahap lama, menjadikan air tidak dapat bergerak ke mana-mana melainkan melimpahi kawasan perumahan.

Wednesday, September 15

Indahnya air berwarna-warni

Perancangan hari raya ketiga yang tidak menjadi gara-gara adik demam.  Sepagian pusing sekitar bandar Alor Setar mencari klinik.  Kebanyakan klinik yang ditemui, tutup.  Akhirnya, hanya dapat Kool Fever di farmasi, untuk ditepek di dahi bagi menurunkan suhu badan. 

Aktiviti mereka,

bermain kucing

batu seremban

Dan sewaktu pusing sekitar Alor Setar itu jugalah kami terpandang banner pemberitahuan air pancut berirama.  Apa lagi, memandangkan seharian tiada aktiviti apa-apa, malam itu selesai solat maghrib, kami bergerak dengan 3 kereta menuju ke Taman Jubli Emas.  Pertunjukan ini dari 10 - 16 September, jadi, bagi warga sekitar Alor Setar, masih berkesempatan untuk berkunjung ke sana.  Ianya bermula jam 8.30 malam.










Menghiburkan. 

Mahabbah d Alor Setar

Pagi-pagi raya kedua sudah bersiap-siap untuk pulang ke kampung (lebih kepada pinggiran bandar sebenarnya) suami. Sepetang berehat di rumah sambil-sambil makan kuih raya yang ada.  Kunjungan pertama ke rumah mak long.  Menu kami pada petang itu, mee goreng basah. 



sedap

model kecil Auni yang petah

Selesai menghabiskan mee (tidak pula sampai habis sedulang mee), kami bergerak ke rumah mak su.  Hai.. di KL sana sudah lengang, di sini pula yang jem nya.  Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa sekitar 15 - 20 minit berlarutan selama berpuluh-puluh minit.  Sabar sajalah.

dua pupu Auni dan Amira bermain

bakal model iklan ubat gigi - Adam - sentiasa ketawa riang di hadapan kamera

model yang hanya jadi penonton

'lone ranger' Husna - membawa diri di tepi kabinet

Ini yang ditunggu-tunggu.  Tiada lilin, tiada pelita, lighter pun jadilah.  Biras menjadi sponsor bunga api kepada budak-budak ini.  Itupun jenuh menghidupkan api kerana angin sepoi malam yang tidak berapa sepoi itu.  Nyaman juga berada di luar pada malam hari, sejuk dan dingin.  Saya masih lagi terkial-kial mencuba kamera baru saya itu.  Susah juga nak jadi photographer, berkeping-keping yang diambil, baru ada sekeping dua yang menjadi (bagi saya yang baru belajar ini).  Kalau auto main petik-petik saja punatnya... hehehe.





Budak-budak sedang mengerumuni supplier nya...

Malamnya suhu badan adik naik sedikit.  Hmm... alamatnya kita tidak berjalan ke manalah keesokkannya...

Wednesday, September 8

Bila bersama...

Anak-anak ketika pulang ke kampung sentiasa 'berkepit' dengan sepupu mereka.  Sehinggakan waktu tidur juga ingin tidur bersama.  Teringat ketika saya masih kecil dahulu.  Sangat teruja jika berkumpul bersama sepupu.  Jika hendak tidur, maka berbarislah tilam dan bantal untuk kami tidur bersama.  Yang paling seronoknya, ada sesi bercerita sebelum tidur.  Kebiasaannya, masuk tidur awal, tetapi sudahnya tidur lewat kerana asyik bercerita.


Begitu juga dengan anak-anak saya ketika pulang ke kampung sebelum raya baru-baru ini.  Kedengaran mereka 'bercot-cet' sambil bergelak-ketawa.  Jenuh memberi 'amaran' kepada mereka supaya tidur awal,  tetapi tidak juga tidur.  Hehehe....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin