Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, November 5

Berkorban apa saja...


“Daging-daging korban dan darahnya itu, sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, akan tetapi (keikhlasan) yang lahir dari ketaqwaan darimulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah memudahkan bagimu (binatang korban itu) untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah lantaran petunjukNya kepadamu dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang melakukan kebaikan.” - Surah al-Haj : ayat 37

Gambar-gambar di sekitar penyembelihan korban.

melompat!

nama-nama orang yang berkorban disebut pada lembu sembelihan

terkulai

cekap!


potong dan timbang

tinggal tulang sahaja

pengagihan

segar dari ladang!

Tuesday, September 4

Jejak Kasih Raya

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Syawal kali ini lebih meriah kerana dapat meraikannya bersama-sama kawan-kawan lama yang sudah bertahun-tahun (malah berpuluh tahun) tidak berjumpa itu.  Bukan tidak bertegur sapa melalui Facebook, tetapi dapat bersua muka itu lebih indah!  Pelbagai cerita lama dan baru dikongsi.  Zaman kanak-kanak kami sudah berlalu, bertemu semula setelah anak-anak kami mencecah usia sewaktu kami berpisah dahulu.

Dua lokasi dan tarikh yang berlainan.

rakan seuniversiti

rakan sekolah rendah

rakan sekolah rendah yang hampir 3 dekad tidak bertemu!

Ketika rancak bersembang bersama kawan-kawan ini, adik dan kakak datang berbisik mengajak balik.  Selepas beberapa ketika, adik mengambil hand bag saya dan menggalasnya.  Hahaha... ianya adalah hint 'sudah-sudahlah ummi bersembang tu... adik nak balik ni...".  Begitulah apabila sudah lama tidak bertemu, ada-ada saja isu yang disembangkan.  InsyaAllah, semoga akan ada lagi pertemuan selepas ini dengan rakan-rakan yang lebih ramai (reunion).  

Thursday, August 30

Berkumpul adik-beradik

Seronok apabila dapat berkumpul dengan adik-beradik.  Di kesempatan hari raya, inilah aktiviti yang dirancangkan apabila semua sekali dapat bersama.  

antara menunya

Apabila gas dapur kehabisan, penyelamatnya - dapur arang!  Merasa juga menikmati nasi goreng dan sotong goreng tepung dari dapur arang ini.  Sambil memasak di atas dapur itu, saya dan adik ipar mengimbau kenangan masak menggunakan dapur tanah liat.   

aktiviti mereka di hadapan - sanggup main bola sepak menggunakan kain?

aktiviti masak dan makan

Sunday, August 26

Syawal yang dinanti...

Syawal yang dinanti
masa untuk berkunjung dan dikunjungi
bertemu sanak-saudara serta famili
semoga tiada lagi sengketa di hati
kembali ke fitrah seumpama bayi

Selamat Hari Raya 'AidilFitri
Minal 'Aidin wal Faizin
TaqabbalaLLahu minna wa minkum
taqabbal ya Kareem

Koleksi gambar bersama sanak-saudara di Penang.


  

Saturday, September 17

Berkongsi Kasih

Alhamdulillah, dengan izinNya, kami sejabatan dapat meraikan keluarga Darul Hanan sempena AidilFitri.  Wajah mereka ceria menerima kunjungan kami. Pelbagai cerita yang diceritakan kepada kami., ada yang dengan linangan airmata. Berbeza dengan pengalaman bersama anak-anak yatim, ibu-ibu dan ayah-ayah ini agak sensitif jiwa mereka dan inginkan perhatian supaya kita mendengar kisah mereka.  Apapun cerita yang disampaikan, saya mendengar dengan fikiran yang terbuka dan tidak ingin menyebelahi mana-mana pihak.

Pictures speak thousand words.








protaz

doa dipanjat untuk kesejahteraan hidup

pengurus Darul Hanan menerima cenderahati dari koordinator jabatan


sedikit sebanyak dapat mengubat hati ibu ini

ayah ini mengalami masalah penglihatan


terkenangnya allayarham bapak sendiri



kegembiraan terpancar di wajah mereka





kami bersama pengurusan Darul Hanan

Tiga jejaka jabatan (tengah)

Biarpun prasarana yang disediakan untuk mereka ini lengkap, tetapi, sokongan moral perlu untuk warga emas ini supaya mereka tidak merasa terpinggir dari kasih sayang.  Pengurus Darul Hanan yang berusia awal 30an amat berharap kami dapat membuat kunjungan balas ke sana untuk mengembirakan hati penghuni di situ.  Besar pahalanya bagi mereka yang menguruskan warga emas dan O.K.U di sana.  Doa saya agar mereka dilimpahi Rahmat dan Kekuatan untuk berbakti kepada ibu ayah yang menumpang kasih di rumah Darul Hanan itu.

Monday, September 5

Ziarah dan diziarahi

Hari kedua bertolak balik ke rumah mak saya.  Itu yang telah dipersetujui kami suami isteri.  Jika raya pertama di rumah mak, raya kedua sudah berada di rumah mertua, begitulah sebaliknya.

Anak-anak sudah kebah demam mereka.  Alhamdulillah.  Bimbang berlarutan juga, tambahan pula kedengaran di sana-sini anak-anak yang demam panas.  Awal-awal lagi sudah bersedia dengan ubat demam dan kebetulan, ketika berada di rumah mak long, ada pula kelapa muda.  Airnya itulah yang diberikan kepada mereka untuk diminum dan mereka sememangnya gemarkan air kelapa muda.  Sepanjang Ramadhan lalu, kakak sentiasa meminta air kelapa muda sebagai minuman untuk berbuka.

kumpulan nasyid

si tembun

Aktiviti berziarah di petang raya kedua sangat padat.  Ada enam buah rumah yang kami singgah pada petang itu.  Kesemuanya di sekitar rumah mak, hanya berjalan kaki saja.  

Petangnya, kawan sekolah menengah yang bekerja di KL yang sudah 13 tahun tidak berjumpa berkunjung ke rumah mak.  Mereka di dalam rangka lawatan berziarah kawan-kawan di utara (kawan saya menulis di dalam facebooknya, "Raya Rayau").  

bersama K dan keluarga dan Roslina T

Hari seterusnya, kami berjalan lagi ke 4 buah rumah mak/bapa saudara yang tinggal agak jauh dari rumah mak.  

mereka bersepupu

Hari berikutnya, rumah mak menjadi tumpuan kunjungan oleh sepupu mak dan juga kawan-kawan anak saudara saya.  Berkali-kali menggoreng bihun singapore, juadah yang paling ringkas untuk disediakan dan juga kuew teow goreng.  Setiap kali gorengan, setiap kali itulah juga anak-anak makan dan makan lagi.  Sudahnya, seharian tidak menjamah nasi.


bersama Azmir (ome) sekeluarga

Sabtu pula saya menerima kunjungan dari rakan semasa di PPP/ITM dahulu yang juga agak lama tidak berjumpa.    Hampir seminggu bercuti, padat dengan acara kunjungan saja.  Ahad pula menerima jemputan kenduri nikah serta rumah terbuka.  Hari bekerja mulakan puasa, dan hari minggu sudah diisi dengan acara rumah terbuka serta kenduri.  Harap-harap tidak melangkaui berat yang turun semasa Ramadhan tempohari hehehe.

Sunday, September 4

Warna -warni 1 Syawal 1432H

Sambutan Aidilfitri saban tahun semakin terasa kurang kemeriahannya berbanding dahulu sewaktu saya masih kecil.  Dulu, di merata-rata jalan dan kampung, kanak-kanak beramai-ramai 'berkonvoi' dari rumah ke rumah beraya.  Pemandangan ini, saya perhatikan semakin berkurangan ketika di dalam perjalanan untuk menziarahi saudara-mara.

Aktiviti wajib pada hari raya... sesi bergambar!


sebahagian dari cucu tok ki


Ajwa dan Auni, sebaya

setiap kali bertemu sepupu kecil, adik rajin melayan

Azzahra yang semakin tembam, cucu terkini (buat masa sekarang)


mak dan anak bongsu

kami

anak-anak

menantu

10 dari 11 cucu
keluarga Cikgu Nan / Pauziah





Anak-anak saya pula demam menjelang raya.  Yang paling teruknya, kakak, seharian hanya sedikit makanan yang dijamahnya.  Ketika ziarah, dia hanya terjelepok di sofa saja.  Jika tidak, dia yang paling seronok bermain dengan kucing ketika bertandang ke rumah mak long.  

Malamnya, BBQ part 2 kerana BBQ part 1 ayam sudah kehabisan ditempah oleh orang lain.  Merata ceruk kami menjelajah mencari ayam proses tetapi semuanya kehabisan.




Kebiasaannya, jika berBBQ, kakak dan adiklah yang asyik mengambil makanan sebaik saja selesai dibakar, tetapi tidak pada malam itu.  Pengalaman demam di hari raya yang lepas, di mana klinik kebanyakannya ditutup, kami sudah bersedia dengan ubat demam dan Cool Fever.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin