Monday, August 15

Berada di AS

Hujung minggu lepas, berbuka puasa di rumah mak saya.  Minggu ini berbuka pula di rumah mertua di Alor Setar.  Mertua baru saja kembali dari menunaikan umrah, jadi, ada ole-ole jubah yang dibawa balik untuk anak-anak dan menantu.  Jubah mak arab, bila saya sarung, labuhnya meleret ke lantai, terpaksalah dipotong bahagian bawahnya.  Nantilah bila berkesempatan.  

Model-model yang pasti menyuruh saya mengambil gambar jika saya balik.

adik melayan si kecil, Azzahra
kakak comel tidak mahu ketinggalan juga





geramnya si tembam ini

Kakak dan sepupunya yang lelaki leka bermain karom.  Mereka berdua ini melayan puzzle.



Ini disuruh oleh mereka untuk mengabadikan hasil kerja mereka.



Cerita Pekan Rabu

Puas juga menaiki tingkat demi tingkat untuk mencari baju raya suami.  Yang berkenan, tiada pula warna yang sesuai (ikut tema).  Sambil-sambil melihat, mata ligat memerhatikan pelbagai tudung yang digantung.  Saya masih mencari tudung kakak untuk dipadankan dengan baju raya nanti.   Akhirnya dapat juga sepasang tudung untuknya.

Di sebuah gerai, saya bertemu dengan seorang kakak bersama dua anak kecil, anggaran saya, si abang, 5 atau 6 tahun, dan adiknya yang perempuan mungkin 2-3 tahun.  Rupanya, mereka adalah cucunya yang memanggilnya dengan panggilan 'mak'.  Kakak itu berbisik kepada saya, mereka baru 20 hari kehilangan mak mereka.  Saya memandang si abang yang sedang meminta mainan dari opahnya dengan perasaan pilu.  Kecil-kecil lagi sudah kehilangan kasih-sayang seorang ibu.

Ketika tiba di bazar yang menjual pelbagai pakaian, suami mencuba sehelai 'Qurta' (baju labuh).  Warnanya sudah padan, cuma saiznya tiada.  Penjual berkenaan memberitahu stok akan sampai sejam lagi.  Tiba di gerai lain pula yang hanya menjual baju melayu, saya bertanya tentang Qurta, adik penjual itu mencadangkan supaya ke butik Ihram berhampiran.  Nampaknya, rezeki kami di situ, dan kami mendapat dengan harga yang jauh lebih murah dari di gerai berkenaan.  Hmm... nampaknya gerai bazar itu tidak juga murah harganya.  Lain kali, kami sudah tahu ke mana hendak dituju jika ingin mencari baju melayu atau Qurta.  

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin