Thursday, July 29

Sedihnya...

Tengahari, cikgu tadika adik telefon mengatakan yang adik terjatuh di tadika.  Katanya jatuh di luar bilik air.  Cikgu bimbang kerana adik tidak dapat mengangkat tangan kanannya.  Ketika tiba di tadika adik, cikgu sudah bersedia dengan beg adik.  Nampak saja uminya, tangisannya terus kedengaran.  Sakitnya tidak dapat saya gambarkan.  Saya memujuk adik supaya tidak menangis.  Katanya tangannya sakit dan tidak boleh diangkat -  saya bimbang terseliuh.  Saya terus membawa adik ke klinik panel.  Tiba  di klinik terhampir jam 12.30, doktor tiada kerana keluar makan.  Kata pembantu klinik, jam 1 doktor akan tiba.  Sudahnya saya ke klinik yang bukan panel yang berhampiran yang turut menyediakan x-ray.  

Setelah menerangkan serba sedikit masalahnya, doktor mencadangkan supaya dilakukan x-ray tangan adik. Masalah timbul apabila adik tidak mahu di x-ray tangannya.  Jenuh juga memujuk dengan berbagai cara, akhirnya adik bersetuju setelah saya menyatakan yang x-ray hanyalah seperti mengambil gambar biasa saja dan juga dijanjikan coklat!

Keputusannya agak mengejutkan, tidak menjangka yang tulangnya patah, bukan retak, tetapi patah!  Tergamam juga ketika doktor bertanya ke hospital mana hendak saya pergi, swasta atau kerajaan.  Buntu, tidak dapat berfikir!  Hanya yang ada di fikiran saya, berjumpa dengan 'bomoh patah' kerana sebelum ini ibu saudara pernah mengalami kemalangan yang dasyat sehingga tempurung lututnya pecah dan dengan izin Allah, dapat dipulihkan seperti sediakala.

 tulang bahu kanannya yang patah

Setelah berbincang dengan suami dan mak melalui telefon, akhirnya kami bersetuju ke 'bomoh patah' tersebut.  Balik semula ke pejabat dan batalkan kuliah.  Kasihan anak-anak murid saya. Tetapi, saya juga kasihankan anak saya.  Harap-harapnya mereka faham.

Pertama kali kejadian ini menimpa keluarga kecil saya dan pertama kali juga saya memandu sendiri sehingga ke Terat Batu (yang saya sendiri tidak tahu tempatnya), agak jauh dari Padang Serai, Kedah dengan ditemani mak dan ibu saudara.  Oh, senangnya mak cik yang berusia 75 tahun itu mengangkat tangan dan membalut kawasan patah bahu adik beserta ubat tradisional sehingga tidak perasan semuanya sudah selesai.  Hendak juga mengambil gambar dengan kamera telefon bimbit (blogger katanya), tetapi kehabisan bateri pula!

budak 'cekci' yang sakit...kasihan dia...

di bahagian balutan itu ada ubatnya (campuran daun pokok merapoh? + minyak)

ikatan kemas di bahagian belakang 

Selepas isya' tadi, cikgu tadikanya menelefon bertanya khabar adik.  Dia agak terkejut dengan berita ini.  Tak mengapa cikgu, kejadian seperti ini boleh berlaku di mana-mana, di rumah, hatta di depan mata sekalipun! 

Oh ya, menjelang malam, tangan yang tidak boleh diangkat pada awalnya sudah boleh diangkat sedikit.  Tetapi pesan mak cik itu, pergerakan mestilah beransur-ansur supaya proses penyembuhan dapat berlaku dengan cepat.

Tiga hari lagi, kami akan berkunjung lagi ke rumah mak cik tersebut untuk membuka balutan tersebut.  Harap-harapnya adik dapat menahan sakit yang sementara ini.  Bimbang juga dia lasak kerana tidak pernah mengalami 'kemalangan' yang serius seperti ini.

Map ke Kampung Terat Batu (boleh guna google map - Kampung Terat Batu, Padang Serai, Kedah - untuk map yang lebih jelas).  Waktu rawatan adalah 8.00 - 12.00 tghari, dan 3.00 - 6.30ptg.  Ditutup pada hari Jumaat.


Semoga sedikit maklumat ini dapat membantu sesiapa yang memerlukan.

(gambar-gambar diambil menggunakan kamera telefon bimbit)

Tuesday, July 27

Cara lain berfikir


Saya menggunakan beberapa video you tube yang didownload dari internet untuk kegunaan di dalam kelas, samada sebagai bahan pengajaran atau juga sebagai 'hiburan' ketika waktu take 5 (rehat) yang diberikan ketika kuliah 2 jam. 

Saya sentiasa teruja dengan video ini walaupun telah ditayangkan kepada pelajar beberapa kali untuk dua semester ini.  The other side of calculation yang kadang-kadang kita tidak pernah terfikir pun.


Semoga terhibur.

Saturday, July 24

Seronoknya mereka

Adik sering bertanya tentang begnya yang saya tempah dari kawan saya.  Semalam saya mendapat SMS dari kawan saya itu mengatakan yang bungkusan akan dipos pada malamnya.  Tengahari tadi, kedengaran motor posmen berhenti di hadapan rumah.  Saya memberitahu adik, agaknya beg itu sudah sampai.  Sambil berlari-lari, adik mengikut abahnya ke halaman rumah.  Kemudian adik terus berlari masuk sambil memegang bungkusan sambil menjerit "yeayyyyy".  Seronok benar dia.  Lihat saja gambarnya yang tersenyum lebar, puas!



"Cantik kawan umi buat beg kat adik", komen adik sambil menyambung, "beg kakak pun cantik!".  Hehehe.





Tidak sabar-sabar dia memasukkan barang-barang ke dalam beg barunya.  Harga begnya pun belum lagi dibayar!  Hehehe.  Beg-beg ini ditempah dari sini.

Thursday, July 22

My EOS 1000D

Saya sangat meminati fotografi.  Saya sangat mengagumi gambar-gambar indah yang diambil oleh jurugambar professional.  Saya baru memiliki DSLR lebih kurang sebulan lalu.  Inilah antara gambar-gambar sulung yang saya ambil setelah berjaya memiliki apa yang diimpikan selama ini.


'rumah' ikan

ikannya agak 'blur' - masih belum pandai menggunakan setting di kamera


sepatutnya ikan lebih menonjol dari daun

yum...

bihun goreng ditenggelami hiasan - sedap gorengan kakak saya (bodek...)

 Sebarang komen oleh yang pakar?

Monday, July 19

Family Day - 4 (Shopping)

Hari terakhir di Cameron Highlands adalah hari shopping.

keluarga besar jabatan

Tidak lengkap rasanya jika ke Cameron Highlands tanpa membeli buah yang amat sinonim dengan CH ini.


Walaupun sudah berkali-kali ke tempat ini, hati masih lagi teringin ke sana kerana kelembutan homemade ice-cream yang dihiasi dengan topping strawberi ditambah dengan lokasinya di dalam suasana kampung.


Dan juga ini... mesti cuba!

sepinggan RM12.  Puas makan kami empat beranak

gambar kenangan @ CH

sebahagian dari ahli keluarga jabatan

Di dalam perjalanan balik, sempat juga singgah ke Brinchang dan juga KEA Farm.  InsyaAllah, kami akan berkunjung lagi ke sana satu hari nanti kerana masih ada lagi tempat-tempat yang masih belum dilawati. Kemungkinan kunjungan yang akan datang, teringin merasa suasana Homestay di sana pula.

Sunday, July 18

Family Day - 3 (BBQ dinner)

Malamnya kemuncak bagi hari keluarga jabatan, majlis makan malam BBQ serta beberapa aktiviti permainan indoor dan cabutan bertuah.  Kali ini, banyak aktiviti/hadiahnya adalah misteri, sehinggalah ke saat diumumkan ketika itu (Gambar ehsan Mr. Hafiz).

 persediaan permainan

 makan malam, BBQ ayam, ikan dan air asam (sedap)

Acara untuk kanak-kanak 8 - 12 tahun - kerusi muzik yang amat unik, mengelilingi meja makan!

 acara tiup belon 3 - 7 tahun selama 30 saat

 ketika mengacarakan permainan

 terkial-kial mencucuk benang ke dalam jarum

 cincin hasil karangan manik suami sendiri

 menjadi ke ketupatnya?

 hadiah cabutan bertuah

Antara hadiah-hadiah misteri adalah hadiah keluarga ceria, kanak-kanak/bayi ceria/comel serta single pilihan.  Pemenang bagi kategori ini dipilih oleh 'juri-juri' istimewa.  Hadiah bagi kategori ini tidak diketahui oleh ahli jabatan sehinggalah diumumkan pada malam tersebut.  Ternyata ianya mengundang kejutan kepada pemenang bagi kategori-kategori yang ada. 

Saturday, July 17

Family Day - 2 ("Tea Time" : Cameron Valley)

Saya tidak minum pun.  Ramai kawan-kawan sempat menjamu selera dengan fresh tea dan juga scone di dataran Cameron valley ini.  Sedap ke?  Boleh cuba sendiri dengan harga secawan teh mencecah RM3 - RM4.  Dengan cuaca yang agak suram beserta hujan renyai-renyai, kami hanya menikmati kehijauan pokok-pokok teh dari pelantar saja.   


saujana mata memandang







Friday, July 16

Family Day - 1 (Mardi)

Cameron Highlands ketika cuti hujung minggu juga sesak dengan pengunjung.  Kami terperangkap di dalam kesesakan seawal dari Tringkap lagi sebelum dapat sampai ke Tanah Rata.  Ini gara-gara kenderaan banyak berhenti di sekitar Kea Farm.  Perjalanan dari Tringkap menuju ke Tanah Rata yang hanya berbelas km saja mengambil masa hampir 1 jam.  

Selepas mendaftar masuk ke Hotel The Cool Point yang sudah ditempah, destinasi pertama adalah Mardi.  Manusia hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan segala-galanya.  Sebaik mendaftar masuk saja ke hotel, hujan mula mencurah-curah turun.  Ketika bergerak ke Mardi, hujan masih lagi renyai-renyai.  Sebaik saja kami memulakan 'tour' dengan diiringi oleh pegawai Mardi, En. Yazed, hujan mula mencurah-curah turun.  Akibatnya, separuh ahli 'rombongan' terperangkap di bahagian hadapan pintu masuk Mardi dan sebahagian lagi berlari-larian mencari bahagian berbumbung di bahagian dalam untuk berteduh.  

En. Yazed (berbaju putih) sedang menerangkan tentang Taman Inggeris

hujan-hujan boleh lagi makan ais krim


ada bakat jadi jurufoto

dengan 'kakak-kakak' yang rajin melayan anak-anak saya

di bawah rimbunan bunga-bungaan

Koleksi bunga-bungaan di Taman Mardi.  Begitu banyak bunga-bungaan sehingga tidak dapat mengambil gambar kesemuanya.  Cantik-cantik!  Perempuan dengan bunga memang tidak boleh dipisahkan.  Oh...maafkan saya, tidak semua bunga yang diketahui namanya!



buah vanilla








bunga raya ini sangat besar, sebesar dua telapak tangan yang dicantumkan




Tidak sempat untuk melawat keseluruhan kawasan Mardi.  Nampaknya, terpaksa lagi ke Cameron Highlands di masa akan datang.  

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin