Tengahari, cikgu tadika adik telefon mengatakan yang adik terjatuh di tadika. Katanya jatuh di luar bilik air. Cikgu bimbang kerana adik tidak dapat mengangkat tangan kanannya. Ketika tiba di tadika adik, cikgu sudah bersedia dengan beg adik. Nampak saja uminya, tangisannya terus kedengaran. Sakitnya tidak dapat saya gambarkan. Saya memujuk adik supaya tidak menangis. Katanya tangannya sakit dan tidak boleh diangkat - saya bimbang terseliuh. Saya terus membawa adik ke klinik panel. Tiba di klinik terhampir jam 12.30, doktor tiada kerana keluar makan. Kata pembantu klinik, jam 1 doktor akan tiba. Sudahnya saya ke klinik yang bukan panel yang berhampiran yang turut menyediakan x-ray.
Setelah menerangkan serba sedikit masalahnya, doktor mencadangkan supaya dilakukan x-ray tangan adik. Masalah timbul apabila adik tidak mahu di x-ray tangannya. Jenuh juga memujuk dengan berbagai cara, akhirnya adik bersetuju setelah saya menyatakan yang x-ray hanyalah seperti mengambil gambar biasa saja dan juga dijanjikan coklat!
Keputusannya agak mengejutkan, tidak menjangka yang tulangnya patah, bukan retak, tetapi patah! Tergamam juga ketika doktor bertanya ke hospital mana hendak saya pergi, swasta atau kerajaan. Buntu, tidak dapat berfikir! Hanya yang ada di fikiran saya, berjumpa dengan 'bomoh patah' kerana sebelum ini ibu saudara pernah mengalami kemalangan yang dasyat sehingga tempurung lututnya pecah dan dengan izin Allah, dapat dipulihkan seperti sediakala.
tulang bahu kanannya yang patah
Setelah berbincang dengan suami dan mak melalui telefon, akhirnya kami bersetuju ke 'bomoh patah' tersebut. Balik semula ke pejabat dan batalkan kuliah. Kasihan anak-anak murid saya. Tetapi, saya juga kasihankan anak saya. Harap-harapnya mereka faham.
Pertama kali kejadian ini menimpa keluarga kecil saya dan pertama kali juga saya memandu sendiri sehingga ke Terat Batu (yang saya sendiri tidak tahu tempatnya), agak jauh dari Padang Serai, Kedah dengan ditemani mak dan ibu saudara. Oh, senangnya mak cik yang berusia 75 tahun itu mengangkat tangan dan membalut kawasan patah bahu adik beserta ubat tradisional sehingga tidak perasan semuanya sudah selesai. Hendak juga mengambil gambar dengan kamera telefon bimbit (blogger katanya), tetapi kehabisan bateri pula!
budak 'cekci' yang sakit...kasihan dia...
di bahagian balutan itu ada ubatnya (campuran daun pokok merapoh? + minyak)
ikatan kemas di bahagian belakang
Selepas isya' tadi, cikgu tadikanya menelefon bertanya khabar adik. Dia agak terkejut dengan berita ini. Tak mengapa cikgu, kejadian seperti ini boleh berlaku di mana-mana, di rumah, hatta di depan mata sekalipun!
Oh ya, menjelang malam, tangan yang tidak boleh diangkat pada awalnya sudah boleh diangkat sedikit. Tetapi pesan mak cik itu, pergerakan mestilah beransur-ansur supaya proses penyembuhan dapat berlaku dengan cepat.
Tiga hari lagi, kami akan berkunjung lagi ke rumah mak cik tersebut untuk membuka balutan tersebut. Harap-harapnya adik dapat menahan sakit yang sementara ini. Bimbang juga dia lasak kerana tidak pernah mengalami 'kemalangan' yang serius seperti ini.
Map ke Kampung Terat Batu (boleh guna google map - Kampung Terat Batu, Padang Serai, Kedah - untuk map yang lebih jelas). Waktu rawatan adalah 8.00 - 12.00 tghari, dan 3.00 - 6.30ptg. Ditutup pada hari Jumaat.
(gambar-gambar diambil menggunakan kamera telefon bimbit)
kesiannya adik...
ReplyDeleteI hope tulang tu cantum elok.
nasib baik adik suka coklat :-)
get well soon adik!
insyaAllah, hari rabu ni dah boleh buka balutan tu, dan terus 'putus ubat'. TQ
ReplyDeletemakcik tersebut telah meninggal dunia. kini diambil alih oleh menantunya. rumah mereka di sidam kanan rasanya. atas sikit dari simpang tiga padang sidam..ambil jalan ke arah sungai petani kalau dari padang serai. hadapan jln ke rumah belia ada dijual kayu second hand.
ReplyDeleteHey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413
ReplyDeleteŚwietna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.
ReplyDelete