Kita dengan sopan-santunnya menelefon dan memperkenalkan diri siapa dan dari mana, tapi, nada yg menjawab di hujung sana, seakan acuh tak acuh menjawab, pulak tu dengan nada macam tidak suka. Salahkah saya menelefon untuk bertanya? Oklah, mungkin dia sibuk agaknya dan saya pun memanggil di waktu yang salah. Tapi, tidak bolehkah jawab dengan nada yang menyenangkan hati pemanggil? Maaf ya kawan-kawan...tiba-tiba jadi sensitif pula. Saja nak melepaskan perasaan yang terbuku di hati. (telefon pun senget...macam faham je perasaan tuannya..hehehe...)Monday, June 30
Kenapa?
Kita dengan sopan-santunnya menelefon dan memperkenalkan diri siapa dan dari mana, tapi, nada yg menjawab di hujung sana, seakan acuh tak acuh menjawab, pulak tu dengan nada macam tidak suka. Salahkah saya menelefon untuk bertanya? Oklah, mungkin dia sibuk agaknya dan saya pun memanggil di waktu yang salah. Tapi, tidak bolehkah jawab dengan nada yang menyenangkan hati pemanggil? Maaf ya kawan-kawan...tiba-tiba jadi sensitif pula. Saja nak melepaskan perasaan yang terbuku di hati. (telefon pun senget...macam faham je perasaan tuannya..hehehe...)I Loved You Enough!
Sewaktu saya melihat-lihat semula artikel usrah semasa di ijazah pertama dulu, saya terjumpa artikel ini. Tidak pasti siapa penulisnya...
I Loved You Enough !
Someday when my children are old enough to understand the logic that motivates a mother, I Will Tell Them:
I loved you enough, to ASK you about where you were going, and what time you would get home
I loved you enough, to INSIST that you buy a bike that we could afford to give you, with your own money
I loved you enough, to be SILENT and let you discover that your hand-picked friend was a creep
I loved you enough, to make you return a .. Milky-Way.. with a bite out of it .. to a drugstore and confess: "I Stole This" (my note: Milky-Way is a chocolate)
I loved you enough, to STAND over you for 2 hours while you cleaned your room, a job that would have taken me 15 minutes to do
I loved you enough, to LET you see anger, disappointment, disgust and tears in my eyes
I loved you enough, to ADMIT I was wrong and asked for your forgiveness
I loved you enough, to LET you assume responsibility for your own actions at age 6, 10 or 16
But most of All, I loved you enough, to SAY no when you hated me for it. "That was the hardest part of All"

Dah OK!
Sabtu malam, dapat SMS dari kak long. SMSnya memberitahu, dia dah OK, tidak teringatkan rumah sangat. Dan dia sudah mendapat 2 orang kawan baru yang sama program dengan dia. Alhamdulillah. Beginilah anak harapan bangsa, tidak terlalu bersedih dengan suasana baru serta pandai menyesuaikan diri. Moga-moga kak long cemerlang di dalam pelajarannya serta cemerlang di sisi Allah.
Sunday, June 29
Permulaan Baru
Sabtu lepas, saya berpeluang menghantar anak saudara saya ke UiTM Merbok. Inilah pertama kali kak long berpisah dengan keluarga. Saya harap dia bersemangat untuk menimba ilmu di tempat baru, suasana baru, kawan-kawan baru serta pendidik baru. Gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya kerana masih ramai yang diluar sana tidak berkesempatan untuk memasuki IPTA. Nasihat juga dititipkan buat kak long supaya beliau tidak hanyut dengan suasana dan persekitaran baru. Moga-moga harapan mak dan abah dapat ditunaikan serta menjadi contoh yang baik bagi adik-adik yang lain.
Ini juga permulaan bagi anak-anak saya, Farzana (kakak) dan Farwiizah (adik). Selalu saya pulang ke rumah mak, kak long akan melayan si kecik bergurau. Mereka sangat rapat dengan kak long. Kesian adik! Permulaan baru bagi adik tanpa kehadiran kak long. Kakak macam biasa, kerana dia sudah faham akan erti perpisahan. Semasa hendak bertolak balik, adik bertanya, "mana k.long". Sepanjang perjalanan balik, adik tidur di dalam kereta. Semasa sampai di rumah, adik enggan masuk ke dalam rumah, berdiri di muka pintu, seakan-akan termenung sambil berlenangan air mata. Mula saya cuba memujuknya, tidak berjaya. Sayu hati saya melihatnya. Saya biarkan dia di situ. Agaknya hati kecilnya teringatkan kak long. Saya ingatkan sekejap saja. Rupanya, sepanjang malam, dia tidak ceria seperti selalu. Saya berpesan pada anak-anak saudara yang lain supaya tidak menyebut nama kak long kerana bimbang dia akan menangis lagi. Alhamdulillah, hari Ahad, macam biasa saja lagaknya, sekarang ini melekat dengan kak lang pula! he he he
Friday, June 27
Ku Terus Melangkah
Semalam berkesempatan menjejak kaki ke USM Minden setelah beberapa bulan tidak ke situ, tujuannya satu, untuk membayar yuran semester ini. Penyelia saya di USM Transkrian. Saya tidak akan sia-siakan pengorbanan masa, tenaga dan wang untuk mendapatkan Sarjana ini. Moga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan saya. Amin.
Thursday, June 26
Teman Lama
Sejak kebelakangan ini, hati teringatkan pada teman-teman lama. Teman-teman semasa sekolah rendah, sekolah menengah dan teman di Universiti. Kata orang, bila teringatkan kenangan lama, itu tandanya usia semakin bertambah. Betullah kot. Ketika pulang ke rumah mak, saya 'mengorek' semula album-album lama yang memuatkan gambar2 ketika zaman indah persekolahan. Banyak gambar yang tidak dapat dikesan, saya kecewa! Terjumpa juga gambar2 ketika di sekolah rendah dan menengah. Itupun, beberapa keping yang tinggal. Yang lain2 entah di mana.
Antara tujuan saya wujudkan blog ini juga adalah untuk berhubung semula dengan kawan-kawan lama. Rangkaian internet menjadikan dunia ini seolah-olah tanpa sempadan. Jika ada rakan-rakan yang masih mengenali diri ini, silalah muncul, marilah kita sambungkan silaturrahim yang terputus seketika itu.
Nota :
1.Saya juga telah bertemu dengan rakan sekolah saya di sini...semoga persahabatan kita yang terjalin dari sekolah rendah, menengah kekal selama-lamanya.
2.Buat rakan-rakan baru, saya juga amat menghargai anda. Berkawan biar seribu kan..
3. Nanti saya scankan gambar-gambar lama itu ye..

Wednesday, June 25
Legaaaaa...
Alhamdulillah, sudah boleh menarik nafas lega. Satu persatu beban yang menghempap kepala semakin hilang. Dan insyaAllah, lagi beberapa hari lagi, saya akan bercuti panjang...untuk menghabiskan disertasi saya.
Banyak cerita yang hendak dikongsi, tetapi tidak tahu yang mana hendak didahulukan. Nantilah, biarlah saya bernafas dulu. Nanti akan saya kongsikan cerita lagi.
Banyak cerita yang hendak dikongsi, tetapi tidak tahu yang mana hendak didahulukan. Nantilah, biarlah saya bernafas dulu. Nanti akan saya kongsikan cerita lagi.
Sunday, June 22
Bahasa
Tadi pagi, sewaktu saya sedang ampai baju di bilik belakang, anak saya yang berusia 3 tahun, datang menghampiri.
Dia ternampak anak patung "spongebob" di atas almari... tidak tercapai dek tangan, dia menyuruh saya,
"Umi tolong ambik spongebob sat, Umi kan tinggi....adik tak sampai"
Bagusnya ayat dia...tersenyum saya dibuatnya.
Saya teringat pada suatu sesi temubual di radio IKIM 2 hari lalu. Topik perbincangan mengenai anak-anak mengikut apa yang mak/ayah katakan @ buat.
Pakar motivasi tersebut menceritakan tentang seorang kanak-kanak sekolah rendah yang asyik menyebut "ba alif ba ya" sehingga guru sekolahnya merasa risau. Lalu dipanggilnya ibu ayah murid tersebut. Ibu ayah tersebut tidak pula menyebut perkataan itu di rumah. Cikgu kehairanan. Lalu di tanya kepada pakar motivasi, siasat punya siasat, memang ibu ayah tersebut tidak menyebutnya di rumah, TETAPI, sewaktu memandu, dalam keadaan marah dan tertekan dengan sikap pemandu, si ayah terlepas perkataan itu, dan tanpa disedari, si anak mendengar perkataan itu.
Kadang-kadang tanpa kita sedari, kita akan terungkap perkataan-perkataan yang mungkin memberi kesan kepada anak-anak. Sebaik-baiknya sewaktu kita marah, cubalah kita berdiam diri agar kita tidak mendatangkan mudarat kepada yang mendengarnya.
Saya juga mengingati diri sendiri agar berhati-hati di dalam menuturkan kata-kata. Luka di luar nampak di mata, terluka di hati, siapa yang tahu... mungkin akan menjadi luka seumur hidup.

Friday, June 20
Persoalan menarik...
Agaknya sudah seminggu saya membeli majalah Anis, tetapi masih belum berkesempatan membacanya. Ketika sedang menunggu pelajar-pelajar menjawab ujian mereka, sempat saya membelek-belek isi kandungannya.
Mata tertangkap pada ruangan soal-jawab agama yang dibimbing oleh Ust. Wan Akashah Wan Abdul Hamid. Pembaca bertanyakan tentang hukum seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat, contohnya: rambut, dan sebagainya di hadapan lelaki bukan mahramnya, dan apakah balasannya di akhirat kelak.
Antara petikan jawapannya adalah, suami itu berdosa kerana suami dikira pemimpin yang sewajibnya memberikan pimpinan dan nasihat yang baik kepada isterinya. Mengenai balasannya, suami tadi akan dimasukkan ke dalam api neraka melainkan jika dia bertaubat kepada Allah dan tidak berlaku cuai lagi dalam memimpin isterinya.
Beratkan tanggungjawab suami?
Untuk suami-suami, bakal-bakal suami : Didiklah dengan penuh tanggungjawab serta berhikmah akan amanah yg diberikan kepada kamu. Segala dosa-dosa isteri adalah di bawah tanggungan mu.
Untuk isteri-isteri, bakal-bakal isteri : Penuhilah tuntutan syariat, janganlah disebabkan anda, suami akan terjebak ke dalam api neraka. Berhiaslah hanya untuk pandangan suami mu sahaja.

"Ya Allah, Selamatkanlah aku, dan keluargaku dari fitnah dunia. Kurniakanlah kebahagiaan Dunia dan Akhirat kepada Kami". Amin.
Thursday, June 19
PhD
masih jauh dalam jangkauan. Sekarang ini pun masih terkedek-kedek mengejar Sarjana. InsyaAllah, setahun lagi untuk menghabiskan dissertasi.
Kedatangan Pengarah UiTM Johor untuk memberikan motivasi "PhD : Kecil tapi Signifikan" saya manfaatkan sepenuhnya. Ternyata, tidak sia-sia. Saya juga boleh aplikasikan apa yang Prof. berikan semalam itu di dalam mengejar Sarjana saya.
Untuk rakan-rakan yang akan dan sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana atau PhD, ini antara intipati yang dapat saya "cekup" semasa ceramah semalam. Saya masuk pun sekerat jalan kerana amanah mengajar di awal pagi.

- berkeyakinan : untuk melaksanakan penyelidikan/penulisan dengan niat dan perasaan ingin melakukannya secepat mungkin
- membudayakan: penyelidikan/penulisan adalah sebahagian kehidupan ahli akademik. Tidak perlu paksaan
- Perlu bersihkan hati dan niat untuk menjadi ahli akademik yang baik, bermoral dan beretika
Untuk melakukan penyelidikan:
- lakukan penyelidikan tentang bidang
- lakukan di dalam kepakaran bidang
- perlu banyak membaca, membaca, membaca (itu yg diulang oleh Prof!)
- perlu ada minat
- mesti luangkan masa
Untuk PhD, seseorang mestilah berhati BESAR dan berani.
Kejayaan PhD seseorang terletak di bahu sendiri.
Moga mendapat sedikit manfaat.

Wednesday, June 18
Tetamu Istimewa
Saya sangat teruja kerana seorang Prof. sudi bertamu ke UiTM Pulau Pinang. Saya tertarik dengan gaya penulisan Prof. Muhd Kamil, pengarah Johor ini yang santai dan mudah difahami. Berkali-kali membelek buku Travelog Haji, berkali-kali itu juga, air mata keinsafan mengalir ke pipi. Semalam berkesempatan bertemu beliau, terasa sudah lama mengenali Prof ini, masakan tidak, tiap-tiap hari saya tidak akan lupa ke sini.
ketika menandatangi buku beliau, Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
Semalam, beliau menceritakan kembali pengalaman semasa menunaikan haji. Kupasan ibadat haji itu yang menariknya. Jika hendak mengetahui ceritanya, bacalah bukunya.
Antara pesanannya : Cubalah bersolat berjemaah setiap waktu serta bersolat sunat Dhuha. Banyakkan berdo'a serta serahkan segala-galanya kepada Allah. Pergantungan sepenuhnya hanya padaNya.
Reporter tak Bertauliah
Pagi ahad lalu... selesai sarapan, tiba-tiba dengar bunyi siren bomba. Ada la 2, 3 siren kereta bomba yang kedengaran. Tiba-tiba suami saya bersuara, "mana kamera?" Ha? Nak buat apa? "Abang nak jadi reporter"... hehehe... kelakar pun ye juga. Dia pun berlalu dengan kamera dan camcorder.
Bila balik... tanya dia, di mana terbakar. Di Paya Keladi. Apa yang terbakar? "Nanti tengoklah".
Kalau tengok berita hari Ahad malam tu.. ada berita ini kan...Mesin kering padi Bernas terbakar di Paya Keladi.. inilah dia....
Kalau tengok berita hari Ahad malam tu.. ada berita ini kan...Mesin kering padi Bernas terbakar di Paya Keladi.. inilah dia....
Tuesday, June 17
Video
Video semasa singgah diMuka Head
Masjid Terapung, Tanjung Bungah
Masjid ini menjadi tempat persinggahan bagi musafir... semasa dalam perjalanan balik, singgah di situ, ada rombongan pelajar-pelajar sekolah menengah sedang berhenti di situ. Semasa air surut, tidak nampak sangat "keterapungan"nya...
Monday, June 16
Jalan-jalan Makan Angin ... Final Part
Sunday, June 15
Jalan-jalan Makan Angin ... Part 4
Jalan-jalan Makan Angin ... Part 3
Semalam berkesempatan melawat di bahagian lain Taman Negara. Kali ini destinasi ke Muka Head. Perjalanan menyusuri denai di pesisiran pantai amat mengasyikkan. Di perhujung perjalanan, berdirinya rumah api Pulau Pinang.
Subscribe to:
Posts (Atom)