Sunday, June 22

Bahasa

Tadi pagi, sewaktu saya sedang ampai baju di bilik belakang, anak saya yang berusia 3 tahun, datang menghampiri.

Dia ternampak anak patung "spongebob" di atas almari... tidak tercapai dek tangan, dia menyuruh saya,

"Umi tolong ambik spongebob sat, Umi kan tinggi....adik tak sampai"

Bagusnya ayat dia...tersenyum saya dibuatnya.

Saya teringat pada suatu sesi temubual di radio IKIM 2 hari lalu. Topik perbincangan mengenai anak-anak mengikut apa yang mak/ayah katakan @ buat.

Pakar motivasi tersebut menceritakan tentang seorang kanak-kanak sekolah rendah yang asyik menyebut "ba alif ba ya" sehingga guru sekolahnya merasa risau. Lalu dipanggilnya ibu ayah murid tersebut. Ibu ayah tersebut tidak pula menyebut perkataan itu di rumah. Cikgu kehairanan. Lalu di tanya kepada pakar motivasi, siasat punya siasat, memang ibu ayah tersebut tidak menyebutnya di rumah, TETAPI, sewaktu memandu, dalam keadaan marah dan tertekan dengan sikap pemandu, si ayah terlepas perkataan itu, dan tanpa disedari, si anak mendengar perkataan itu.

Kadang-kadang tanpa kita sedari, kita akan terungkap perkataan-perkataan yang mungkin memberi kesan kepada anak-anak. Sebaik-baiknya sewaktu kita marah, cubalah kita berdiam diri agar kita tidak mendatangkan mudarat kepada yang mendengarnya.

Saya juga mengingati diri sendiri agar berhati-hati di dalam menuturkan kata-kata. Luka di luar nampak di mata, terluka di hati, siapa yang tahu... mungkin akan menjadi luka seumur hidup.

5 comments:

  1. kadang2 kita tak sedar apa yang kita cakap... budak2 main ikut je, yang lagi satu haru cepat sungguh ikut dialog kat drama TV tu... isk isk isk

    ReplyDelete
  2. tula...bab2 tu mmg mcm recorder, cepat je dia tangkap, especially si kecik tu.

    ReplyDelete
  3. salam,

    betul, kita kena hati2 bila menggunakan perkataan ketika berdepan dngn anak2, mereka boleh ingat sampai bila2.

    oh ya, saya dah reply email tu. maaf ya..ilah cakap, baru saya check inbox tu..

    ReplyDelete
  4. lagi satu kalau berjanji..selagi kita tidak kotakan, selagi itulah akan dituntutnya.

    Ok..saya dah reply.

    ReplyDelete
  5. betul k.ila.mmg kena muhasabah diri sendiri. jauh di sudut hati tidak mahu anak2 mengikut salah diri. Itu adalah salah kita. Moga ALLAH mengampuni dosa kita dan mengurniakan anak2 yg soleh. aduss dgn cabaran media zaman kini. takut. dlm kesibukan kerjaya kekdg pantauan pd pengaruh TV pd anak2 tercicir jg.takutnya saya akak.

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin