Showing posts with label kampus. Show all posts
Showing posts with label kampus. Show all posts

Thursday, August 18

Memasyarakatkan Universiti

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Kisah 21 Mei 2016 yang lalu.

Kebiasaannya, aktiviti JJMK - Jalan-Jalan Masuk Kampung dilakukan bersama-sama aktivis ngo Wargakilang.  Berbekalkan pengalaman memerhatikan perjalanan program yang dianjurkan itu, maka, sahabat sejabatan mengusulkan kami melakukannya di peringkat UiTM Pulau Pinang.  

Alhamdulillah, ianya pengalaman pertama mengendalikan program ini di peringkat jabatan dengan kerjasama dari Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni UiTM Pulau Pinang dan ngo Wargakilang.  Proses saringan penerima sumbangan diserahkan kepada wakil ngo mengikut kriteria yang mereka tetapkan. 

antara sumbangan untuk keluarga penerima

Antara matlamat program adalah untuk memupuk budaya ‘mengambil peduli’ di kalangan warga kampus dengan keadaan masyarakat yang dihimpit kesusahan terutamanya menjelang ramadhan dan syawal serta meningkatkan kerjasama dan jaringan warga UiTM bersama masyarakat dan aktivitis masyarakat.

doa agar dipermudahkan perjalanan

Konvoi JJMK ini disertai oleh hampir 40 warga UiTM bersama ahli keluarga masing-masing dengan sebuah bas dan lebih 15 buah kenderaan persendirian.





Semangat kerjasama semasa jjmk boleh diibaratkan seperti berada di dalam saf solat.  Saf solat yang tidak mengira pangkat, kedudukan dan status.  Masing-masing sama-sama menghulurkan tangan mengangkat barang sumbangan untuk diagihkan kepada keluarga asnaf.

JJMK ini adalah lambang kasih-sayang, keprihatinan dan kerendahan diri dari para peserta untuk menyantuni asnaf. Asnaf rata-ratanya adalah penoreh getah orang, ibu-ibu tunggal serta ada ketua keluarga yang diuji dengan penyakit lumpuh separuh badan, sakit saraf dan sebagainya.

sama-sama menapak ke rumah asnaf

menanti pengagihan

up close to nature

Anak-anak 'bandar' dapat merasai sendiri suasana kampung.

antara kediaman asnaf yang dikunjungi

group photo
Seeing is believing.  

Tidak perlu menuding jari kepada orang itu dan ini kerana tidak melaksanakan tugas mereka dengan masih adanya orang-orang miskin.  Tanyalah kepada diri sendiri, apakah sumbangan yang telah diberikan.  Let's be the doer.  Adanya fakir miskin ini adalah 'ujian' kepada yang berada untuk menginfaqkan harta kepada mereka yang memerlukan.  Di celah-celah harta kita itu ada hak mereka. Lihatlah di sekeliling, jadilah insan yang perihatin.

Monday, December 9

Anugerah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.


Mendapat anugerah dan penghargaan dari manusia saja sudah cukup untuk melebarkan senyuman di bibir :D .  Bagaimanalah agaknya jika anugerah dari Allah ketika di Sana nanti....pastinya anugerah itu anugerah yang kekal abadi.

Anugerah ini tidak dapat dibawa ke kubur.  


Di sisi Allah, bukan deretan anugerah ini yang dinilai, tetapi tahap keimanan dan ketakwaan seseorang itu yang dipandang olehNya.  Seringkali, anugerah dunia itu dikejar dan mengkesampingkan anugerah sebenar dari Allah.  Termasuklah yang menulis ini :(  Acapkali.... terlupa akan tujuan bermusafir di atas muka bumi ini... tidak lain dan tidak bukan sebagai hamba dan khalifah Allah yang sudah digariskan peranan dan tanggungjawabnya.  Oh... itulah insan - gelaran kepada manusia - yang berasal daripada perkataan "nasiya" yang bererti lupa!

Bercerita tentang anugerah di atas tadi, walaupun ianya bukan bekalan ke alam Sana, tetapi ianya bernilai bagi seorang ahli akademik.  Cumanya, betulkan nawaitu sebenar yang hasil rekaan atau ciptaan itu untuk maslahat umum dan masyarakat, bukan sekadar mengejar anugerah. Jika anugerah yang ditagih, kecewalah jika tidak berjaya diraih, jika nawaitunya untuk kegunaan masyarakat sejagat, maka anugerah itu akan menjadi bertambah hebat!

Walau bagaimanapun, anugerah di atas tidaklah sehebat anugerah yang diterima oleh sahabat saya ini :D


Tahniah sahabat! =D>

Thursday, June 21

Kualiti Udara



Tahap kualiti udara di sekitar Seberang Perai semakin buruk.  Perbandingan yang saya perolehi dari dua gambar ini, sangat jelas.  Pada 17hb, kelibat Bukit Mertajam masih dapat dilihat, tetapi pada 21hb, bayang bukitnya sudah tidak kelihatan.  

Hidung saya sudah mula terasa pedih serta tekak sudah mula terasa gatal-gatal.  Jaga kesihatan masing-masing ya.

p/s : Gambar asal yang tidak diedit

Friday, April 20

Menarik minat mereka

Jumaat dan Sabtu yang lalu, rakan-rakan dari Akademi Pengajian Bahasa dan Fakulti Sains Komputer dan Matematik bertungkus-lumus menjayakan program khidmat masyarakat untuk pelajar-pelajar sekolah rendah.  Tujuannya supaya mereka melihat dari sudut lain akan keseronokan belajar Bahasa Inggeris dan Matematik serta menarik minat mereka untuk tidak takut dan fobia dengan dua matapelajaran penting ini.

pendaftaran

peserta program

telefon karat versi Matematik!
 
dam gergasi
Tidak banyak yang dapat saya kongsikan perjalanan program ini kerana saya tiada pada hari yang melibatkan Matematik kerana ada urusan lain.

Jika mana-mana sekolah sekitar Pulau Pinang/Kedah ini berminat untuk mengadakan program sebegini di sini, kami sangat-sangat mengalukannya.


Kredit gambar-gambar ini untuk Ilqam UiTM PP (kecuali gambar no. 2).

Friday, March 2

Kenangan bersama mereka

Selesai sudah tanggungjawab yang diamanahkan untuk semester ini.  
Di dalam debaran menanti, 
apakah hasilnya nanti

Ilmu yang dicurah adakah terpahat kemas di dada?
berjayakah mereka atau sebaliknya?
atau akukah yang seronok sendiri tidak terkata?
merasakan yang kusampaikan cukup belaka?

Anak-anak muridku yang elok paras rupa
ilmu yang dicurah bukan sekadar suka-suka
bukan juga semata hanya untuk lulus periksa
gunakan ia untuk di masa akan datang juga
untuk dimanfaatkan kepada agama
juga bangsa dan negara

Anak-anak muridku yang indah pekertinya
jagalah diri agar tidak terpedaya
dengan bisikan syaitan durjana
yang sentiasa berusaha mengajak manusia
mengikut jalan pilihannya
jalan yang dimurkai Allah Taala

Selamat maju jaya
buat kalian semua
semoga tidak bertemu lagi untuk sekian kalinya
di dalam subjek yang sama...

HS1132B

HS1132A

Juga untuk EM1104M dan EH1105A

Jumaat, 9 Rabi'ul Akhir, 2 Mac 2012
Kampus Permatang Pauh

- ketika hujan turun lebat di luar sana



Friday, February 24

Dari tingkap...

Pemandangan dari tingkap bilik di Kampus Bertam.  Di hadapan sana masih lagi tanah kosong.  Nun di sebelah kanan sana, bangunan biru oren adalah bangunan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM.  

#Hasil cantuman dari 3 foto


Sunday, January 15

Selesa

Selesanya... terasa seperti hendak tidur di kerusi ini.



@dewan kuliah UiTM Kampus Bertam

Friday, December 9

Kebakaran @kampus Bertam

Ianya adalah kebakaran 'olok-olok'.  Latihan fire drill ini dilakukan untuk memastikan prosedur keselamatan ketika berlakunya kecemasan dapat dipatuhi oleh warga kampus. 

Tiga 'mangsa' berjaya diselamatkan oleh anggota bomba di dalam latihan ini.  Kebakaran berpunca dari aras 1 blok akademik.  

Ada yang 'pengsan' terpaksa diangkat menggunakan pengusung

warga kampus Bertam yang tidak ramai

taklimat oleh anggota bomba

Demonstrasi memadam api menggunakan alat pemadam api juga ditunjukkan.  

Alahai... mood menulis blog semakin berkurangan sejak bermula semester ini, begitu juga mood mengambil gambar.  Fuhhhh... tolonglah hembus 'mentera' supaya mood penulis kembali seperti biasa hehehe.  

Wednesday, November 23

Ehem..ehem...

Inilah pejabat sementara saya di kampus Bertam (jika tetap lagi saya suka).

masih kosong

Sekarang ini saya berkongsi dengan seorang lagi rakan pensyarah dari jabatan saya.

Pemandangan dari tingkap bilik saya.



pos pengawal - nun dihadapan sana adalah kampus perubatan USM yang baru

Alhamdulillah, masa dan kos di jalanraya berkurangan dari segi bayaran tol dan minyak walaupun hanya dua hari seminggu saya berada di kampus ini.

Update : Dengarnya ada lagi program baru bidang saya akan diadakan di sini.  Menanti dengan penuh harapan untuk kekal di sini... hehehe.... 

Maka, yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 

Sunday, November 20

Tempat baru, bilik baru...

Tiba-tiba mood untuk menulis di sini berkurangan.  Saya sedang mengemaskinikan bahan-bahan pengajaran dengan memasukkan teknik yang saya pelajari tempohari untuk kuliah yang akan bermula isnin ini.

Mulai semester ini, saya akan ada dua pejabat, satu pejabat tetap di Permatang Pauh dan satu lagi pejabat sementara di Bertam.  Lama kelamaan, mungkin pejabat tetap di Bertam agaknya... bergantung kepada di mana saya diperlukan.  Jika di Bertam, Alhamdulillah, dekat juga dengan rumah, lebih kurang 6km dari rumah serta masa perjalanan kurang dari 10min.  Leganya... dapat menjimatkan tol RM3.20 sehari.

Wajah kampus baru yang masih belum rancak dipenuhi bangunan berbanding kampus Permatang Pauh.  Kampus Bertam ini dikhususkan kepada kursus yang berkaitan dengan Sains dan Teknologi.  


blog pensyarah

perpustakaan

blok pentadbiran

pintu masuk

Update : Bangunan di Bertam 'renek' belaka, tidak setinggi bangunan di Permatang Pauh.  Kena exercise naik turun tangga lah nampaknya.

Friday, November 11

Tamat sudah seminar (11-11-11)

Alhamdulillah, walaupun berada di belakang tabir seminar kebangsaan Sains Matematik ini, saya tetap bersyukur semuanya sudah selesai.  

Minggu hadapan juga padat dengan aktiviti bengkel dan mesyuarat akademik bersama pengurusan tertinggi sebelum bermulanya kuliah diploma 21 November ini.  Tiada lagi cuti-cuti Malaysia, harap maklum!  hehehe...

Cerita bergambar.

rakan-rakan yang bertungkus-lumus di meja pendaftaran



al-fadzil ustaz merangkap orang penting seminar

pengerusi sesi pembentangan saya


bla..bla...bla... apa lah yang dibebelkan oleh dia tu? (bukan orang lain, saya lah tu)

kami berposing sebelum tetamu lain sampai di majlis makan malam

tidak sedar 'mamarazi' tengah usha

saya yang menurut perintah

nombor yang bertuah... selepas ini, bolehlah saya belajar biologi pula
Penat....

Friday, July 1

Pakat Mai...


Bagi sesiapa yang berada berhampiran UiTM Pulau Pinang, mai lah meriahkan Foods and Fruits Festival ini dari hari ini, 1 - 3 Julai, jam 10pagi - 10.30 malam.  Bagi yang 'hantu' durian, anda boleh makan sebanyak mana yang anda mahu dengan bayaran RM15 seorang sahaja.  

Mai jangan tak mai noooo...

Monday, May 23

Alumni Homecoming 2011 : Sempena 15 Tahun UiTMPP


UITM PULAU PINANG
PENGENALAN


UiTM Pulau Pinang yang mula beroperasi pada Jun 1996 di Permatang Pasir, kini telah menjangkau umur 15 tahun. Dalam pada masa itu, terdapat pelbagai peruba-han yang telah dikecapi, perubahan dari segi bilangan pelajar, pensyarah dan kaki-tangan, kemudahan-kemudahan yang disediakan, bilangan kursus serta program dan sebagainya. Satu perkara penting daripada perubahan ini dan motif utama wujudnya sesuatu universiti ialah pertambahan bilangan graduan yang mampu dikeluarkan oleh sesuatu universiti berkenaan. Dari tahun ke tahun jumlah graduan yang berjaya dikeluarkan oleh UiTMPP semakin bertambah, yang kini melebihi 10,000 graduan. Atas dasar inilah program ini dicadangkan untuk mengumpulkan kembali graduan UITMPP sebanyak mungkin untuk menjadi ahli Alumni UiTMPP. Selain itu, jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh bekas kakitangan kampus ini juga perlu diberikan penghormatan dan penghargaan yang sewajarnya walaupun mereka ini ti-dak lagi berkhidmat di kampus ini. Diharap-kan dengan adanya program seperti ini akan dapat meningkatkan lagi imej UiTMPP sebagai kampus yang terunggul bagi mendidik anak bangsa.

Objektif

1. Mengalu-alukan kedatangan semula bekas pelajar dan bekas kakitangan UiTMPP ke kampus.
2. Mengeratkan kembali silaturrahim antara alumni dan warga UiTMPP.
3. Menyediakan satu ruang kepada para alumni dan warga UiTMPP untuk berke-nalan dan bertukar-tukar pendapat teruta-manya di kalangan bekas pelajar.
4. Mengemaskini dan mengenalpasti para alumni yang telah berjaya dan bekerjaya dalam usaha mewujudkan hubungan erat antara UiTMPP dengan industri.
5. Menyediakan permulaan bagi mengenal-pasti ahli Kelab Alumni UiTMPP dalam usaha memperbanyakkan aktiviti Kelab Alumni di masa akan datang.
sasaran
Program ini mensasarkan kehadiran alumni UiTM Pulau Pinang dari tahun penubuhan UiTMPP(Jun 1996) hingga sekarang.



Aturcara program


HARI PERTAMA (18 Jun 2011)
9.00 pagi Pendaftaran
10.00 pagi Perasmian Homecoming (oleh: Rektor Kampus)
12.00 tgh. Makan Tengahari
2.00 petang Bicara Tokoh
4.00 petang Alumni Sports - Futsal Match/ Bola Jaring
6.00 petang Alumni 'Flashbacks' Tour
8.30 malam Homecoming Dinner + Anugerah tokoh Alumni UiTMPP 2011



Web:
http://www.alumni-uitmpp.blogspot.com or
http://www.facebook.com/alumni-uitmpp or


Email:
alumni_uitmpp@mail.com or alumni.uitmpp@gmail.com


Friday, May 20

Selesai sudah

Alhamdulillah, berakhirnya program kemasyarakatan jabatan kami di Rumah Anak-anak Yatim Bekas Perajurit di Kulim, Kedah.  Lega - kesimpulan kami - melihat anak-anak yatim bekas perajurit ini terbela dan berterus-terusan mendapat sumbangan dari pelbagai agensi.  Mereka juga memiliki bangunan sendiri yang  merangkumi ruang pejabat, kantin, dapur, bilik mesyuarat, mini perpustakaan/bilik belajar dan asrama.  Anak-anak yatim yang kami kunjungi adalah di dalam lingkungan Tahun 4 sehingga ke Tingkatan 5 '.

kehadiran kami disambut oleh anak-anak ini
Di asrama tersebut, mereka telah diasuh untuk melakukan tugas-tugasan tertentu mengikut jadual yang telah ditetapkan kerana kekurangan tenaga kerja di pusat berkenaan.  Kehadiran kami untuk menceriakan anak-anak yatim berkenaan serta memberi sedikit motivasi untuk mereka supaya meneruskan pencarian ilmu tanpa kehadiran ibu atau ayah di sisi.  Ternyata, mereka agak bernasib baik berbanding dengan anak-anak yatim yang lain yang kelihatan lebih daif lagi.


ringan tulang membantu mengangkut barang

Ketua program yang sangat sibuk memastikan program berjalan lancar



Tugas saya, tukang menyebok di dapur serta merangkap 'jurukamera lantik sendiri'.  Sudah lama tidak bergotong-royong begini.  Meriah. 

dapur - persiapan menyediakan juadah

Inilah salah seorang 'master chef' - pensyarah matematik yang minat memasak.


padang - acara sukaneka

belakang dapur - giat menyiang dan membersih ikan
Kumpulan gotong-royong sibuk membersihkan kawasan.  Para jejaka yang hanya beberapa orang itu sibuk bertukang di tingkat atas - bahagian asrama untuk membetulkan pintu-pintu almari yang telah terkopak/tanggal (tiada gambar).

gotong royong membersihkan kawasan - tu dia... sehingga tidak sedar seliparnya berlainan 'jantina'

sabarnya melihat buah kuinin ini

'Master chef' yang lain

Menu tengahari
Petangnya, majlis ringkas untuk penyampaian hadiah sukaneka serta sumbangan kepada anak-anak yatim ini.   


Pertukaran cenderahati

Untuk kenangan
Alhamdulillah, kami mendapat sokongan dari staf-staf UiTM yang turut menghulurkan sumbangan berupa wang ringgit dan juga barangan, orang perseorangan selain UiTM serta agensi penerbitan seperti PTS dan Galeri Ilmu.

Sumbangan ini hanyalah sebahagian dari tanggungjawab sosial kami kepada masyarakat.

Kerapkali saya mengingatkan anak-anak betapa bertuahnya mereka kerana masih mempunyai ummi dan abah dan rumah sendiri berbanding anak-anak yatim yang terpaksa tinggal di asrama.  Namun, masih ada lagi golongan lain yang bukan yatim-piatu tetapi kehidupan mereka lebih daif berbanding anak-anak yatim ini.  Semoga setiap dari kita mempunyai tanggungjawab sendiri untuk melihat dengan mata hati serta membantu  golongan-golangan ini selagi kita masih bernafas kerana tiada bekalan lain yang akan dibawa ke Sana kecuali : ilmu yang bermanfaat, sadaqah jariah serta anak-anak yang soleh/solehah mendoakan untuk ibubapa.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin