Showing posts with label masyarakat. Show all posts
Showing posts with label masyarakat. Show all posts

Sunday, March 11

Mengembirakan mereka yang memerlukan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Di dalam rezeki kita ada hak mereka.

Kegembiraan memberi apabila melihat senyuman kelegaan di wajah mereka.  Ianya satu terapi jiwa yang tidak dapat diperolehi di mana-mana melainkan melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti sebegini.

Kemiskinan bukan hanya dapat dilihat di kampung-kampung.  Di bandar, dari segi luarannya mungkin kelihatan rumah-rumah mereka tidak melambangkan kemiskinan, namun hakikat yang dilalui penghuni di dalamnya tidak dapat diselami.  Makanan bercatu tiada siapa yang tahu. 

Flashback setahun yang lalu. 

11 Februari 2017 - Jalan-jalan Masuk Bandar anjuran NGO Wargakilang
Sumbangan dari pelbagai pihak

Sedikit tazkirah dari mantan YDP NGO Wargakilang

Simbolik penyerahan

19 Februari 2017 - Free Market anjuran Masjid Seksyen 24, Shah Alam yang turut disertai oleh pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Matematik.

Permainan yang menjadi tumpuan anak-anak

Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Matematik

 


Sumbangan bahan makanan terhad untuk keluarga yang terpilih


Pensyarah bersama AJK Masjid Seksyen 24

Sumbangan dari pelbagai pihak antaranya soft toys untuk anak-anak

Wednesday, November 23

[Khidmat Masyarakat] Pantai Robina, Butterworth

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

[1 Jun 2016]

Imej dari google map


Pantai Robina ini letaknya di dalam daerah Teluk Air Tawar, Butterworth berhampiran dengan Pengkalan Tentera Udara Butterworth.  Pantainya berbatu dan jelas kelihatan bangunan KOMTAR di bahagian pulau.  Dulu-dulu, pantai ini seperti pantai lain yang menjadi tempat perkelahan keluarga dan mandi laut.  Siput remis juga dapat dikutip di pantai ini.  Sekarang, tidak lagi.  Batu-batu diletakkan di pantai untuk mengelakkan hakisan menurut ceritanya.





Sakit mata memandang sampah berupa botol dan tin minuman, plastik pembungkus makanan di celahan batu di tepi pantai. Ish ish ishhhh /:) ... kebersihan pantai bukan hanya tanggungjawab pekerja majlis perbandaran sahaja, tetapi pengunjung juga berperanan untuk memastikan kebersihannya. Tidak susah pun untuk menjaga alam sekitar, cuma buanglah sampah di tempat yang disediakan...mudah bukan?

ini sebahagian saja
Sebagai memenuhi tanggungjawab sosial, jabatan kami telah menganjurkan program pembersihan pantai ini dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Jun lalu.  Segala peralatan pembersihan disediakan oleh pihak MPSP.  Sama pula warna tema baju yang dipakai dengan warna baju petugas MPSP B-)



Sebelum memulakan kerja, marilah kita berposing dahulu :D

untuk album

stretching dahulu

Kena happy sebelum mulakan kerja :D

kami sudah bersedia!

Mulakan operasi!

yang di sana...

Lihatlah... banyak kan sampahnya...

yang di sini..

Di celah-celah pokok ini pun ada!




Selesai... makan tengahari pula

Itu hasil sampah yang terkumpul separuh hari aktiviti dijalankan



Ayuhlah bersama-sama kita menjaga alam sekitar demi kelestarian masa hadapan.  Jika bukan kita siapa lagi?

Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh blog BC :D

Friday, April 3

اَلْعَقْلُ السَّلِيْمِ فِي الْجِسْمِ السَّلِيْم - Vision Park, Kepala Batas

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Pepatah arab menyebut - اَلْعَقْلُ السَّلِيْمِ فِي الْجِسْمِ السَّلِيْم  - Akal yang sihat dari tubuh yang sihat.  Sekali-sekala dapat meregangkan urat terasa ringan tubuh badan.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah   bersabda "Orang mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan suatu yang berguna (di dunia dan di akhirat), hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah yakni putus harapan atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu  janganlah berkata, “Andainya aku berbuat demikian tentu akan menjadi begini dan begitu.” Akan tetapi katakanlah, “Ini adalah takdir Allah SWT dan Allah sekehendaknya.” Sesungguhnya perkataan “andainya” (lau) hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.” - sumber

Aktiviti sampingan sambil beriadah di Vision Park, Kepala Batas ini...
Masjid Abdullah Fahim


Masjid, bulan dan layang-layang...

Terima kasih pihak yang bertanggungjawab merealisasikan taman rekreasi seperti ini untuk beriadah. Sedikit ulasan yang dapat diberikan setelah beberapa kali berkunjung ke sini :-


Kelebihan :

  • Kawasan riadah yang sesuai untuk seisi keluarga dengan pemandangan tasik, masjid dan pelbagai kemudahan seperti trek jogging, batu refleksologi kaki, taman permainan untuk anak-anak serta alatan senaman.  

Kelemahan/kekurangan :

  • Apa yang diperhatikan, kurangnya sikap keprihatinan pengunjung ke situ yang meninggalkan sampah seperti bekas minuman, plastik bungkusan minuman dan makanan. 
  • Tong sampah yang disediakan juga terhad
  • Sikap sesetengah pengguna yang menaiki motorsikal di trek jogging dan membawa motorsikal di kawasan wakaf yang dilihat sedikit mengganggu pengunjung taman yang ingin beriadah.

Penambahbaikan :

  • Lebih banyak tong sampah dapat disediakan untuk pengunjung
  • Lebih banyak kerusi atau wakaf untuk berehat

Tuesday, November 11

Perjuangan yang belum selesai... JJMK Jerantut/Kuala Lipis

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.


Kata Al-Fadzil Ustaz Fadli Yusof, seorang mubaligh yang giat berdakwah di pedalaman Sabah, "Berjuanglah untuk dapat taqwa, yakni berusaha buang perangai jahat seperti sombong, dengki, bakhil, tamak dan lain-lain.  Walaupun kerjanya berat, ia perlu ditempuh, inilah perjuangan awal.".

Atas perjuangan inilah, setiap kali kami sekeluarga cuba menyelitkan diri di dalam keterbatasan waktu untuk mengikuti Jalan-jalan Masuk Kampung (JJMK) anjuran NGO WARGAKILANG (WK) ini.  Kami 'tamakkan' pahala dan ehsanNya kerana inilah satu-satunya sumber matawang di akhiran kelak di saat RM, USD$$, Euro$$ dllnya tiada nilaiannya di sisi Allah.  Dengan RM sekarang inilah dapat membuat tabungan untuk di Sana nanti.  Walaupun tidak mewah dengan harta untuk memberi, cukuplah sekadar 'menumpang' barangan sumbangan yang dikirimkan oleh dermawan-dermawan di belakang tabir yang tidak dikenali dengan membawa sumbangan mereka ke merata ceruk kampung meredah beratus-ratus malah beribu-ribu kilometer untuk tiba ke destinasi.  Kata-kata ini, "kalau tak bawa (barang), tak sampai juga juga kat (pada) kami" masih terngiang-ngiang di telinga ini.  Ya, jika tiada siapa yang membawa ke kumpulan sasaran, tiada gunanya sumbangan menggunung yang ada.  Menghulurkan RM adalah mudah, tetapi untuk meluangkan masa, memerah keringat untuk membawanya adalah satu usaha yang tidak kurang penatnya.  Mudah-mudahan ada bahagiannya untuk kami ini, InshaaAllah.

perjalanan kami (lebih kurang) kerana laluan sebenarnya adalah sedikit berlainan dari yang ditanda oleh Google Map
almarhum berjaket putih
Cetusan inspirasi JJMK Jerantut/Kuala Lipis ini adalah dari almarhum saudara Abd Manan Abd Ghani, ketua WK Pahang yang dijemput kembali ke pangkuanNya beberapa hari sebelum berlangsungnya JJMK.  Namun, hasratnya ini telah direalisasikan oleh rakan-rakan WK yang lain.  Alhamdulillah.  Hanya mengenali sosok orangnya ketika program JJMK sebelum ini, kami amat kagum dengan semangat dan kegigihannya untuk membantu golongan yang ditakdirkan tidak bernasib baik seperti orang lain.  Ketika JJMK menyampaikan sumbangan persekolahan di Kemaman Terengganu Disember tahun lalu, almarhum yang baru selesai menjalani dialisis telah bergegas ke lokasi sumbangan kerana 'cemburu' melihat kami yang jauh dari utara dapat meluangkan masa di situ.  Dalam keterbatasan kesihatan beliau masih juga menghulurkan khidmat baktinya kepada orang lain.  Subhanallah, mudah-mudahan kerjabuat WK yang dipelopori oleh beliau menjadi penyumbang pahala yang berterusan buat almarhum.  Berpenat-lelah di dunia untuk kerehatan di Sana.  Al-Fatihah.  

Perjalanan kami menyelusuri perjalanan saujana mata memandang dengan kehijauan alam berbukit-bukau seperti roller coaster.  Subhanallah, sangat mengujakan kami.  Keindahan alam yang jarang-jarang dinikmati jika tidak mengembara keluar dari kepompong tempat sendiri.  Inilah kali pertama menjejakkan kaki di Jerantut, pertama kali melalui Ringlet - Sg. Koyan - Kuala Lipis - Jerantut!  :D  Saya sangat teruja dengan trip ini kerana pada asalnya perlu ke Jerantut untuk ke stesen meteorologi bersama penyelia yang dirancang pada bulan Jun yang kemudiannya ditunda ke Oktober yang tidak menjadi itu.  Allah telah merencanakan sesuatu untuk ke Jerantut atas 'tugasan' yang lebih istimewa Alhamdulillah.  Rezeki yang tidak disangka-sangka juga untuk perjalanan ini adalah rahmat dari Allah swt. Ianya menjadi trip yang mempunyai keistimewaan tersendiri secara peribadi.










Hotel Firdaus, hotel bajet dengan hanya RM90/semalam untuk 2 katil Queen.  Jika tidak silap, 2 katil single dengan harga RM50 serta single RM35.  Sangat berpatutan untuk penginapan bajet yang agak selesa. 

Pertemuan bersama peserta lain ditetapkan di Masjid Tengku Mahkota Abdullah. Sebagaimana kebiasaan, perjalanan konvoi 15 kereta ini didahului dengan bacaan doa, kali ini doa yang mendayu yang menusuk hati oleh saudara Sharuzi dari KL yang turut memanjatkan doa buat saudara wk kami yang telah mendahului kami :(  

Misi kali ini menyantuni golongan penoreh getah di Kg Damak (40 penerima), Kg Lada (40 penerima), Kg Aur Gading (47 penerima) dan Kg Chegar Perah (33 penerima).  Kisah yang sama dihidangkan kepada kami biarpun lokasi mereka berbeza.  Rata-rata terjejas dengan kemerosotan harga getah serta cuaca yang tidak menentu untuk meneruskan pekerjaan demi kelangsungan hidup.  Terputus bekalan beras adalah biasa, nasi berlaukkan garam adalah lumrah buat mereka :( Perkara yang lumrah bagi mereka adalah sesuatu yang tidak biasa bagi kita....maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan...


Center 1 : Kg Damak - 40 penerima


center 2 : Kg Lada - 40 keluarga
Harap ada rahmatnya buat penerima dan pemberi sumbangan
Center 3 : Kg Aur Gading - 47 penerima

Center 4 : Kg Chegar Perah - 33 penerima

Melihat anak-anak ini berebut-rebut menyusun barangan tanpa disuruh atau diarahkan menjadikan hati sedikit lega.  Mudah-mudahan di jiwa mereka meresap semangat untuk memberikan manfaat buat manusia lain di kemudian hari. 

Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni)

Laporan akhbar terkini bahawa sardin bukan lagi makanan orang miskin ada kebenarannya. Bagaimana mahu membeli setin yang berharga RM6 jika sekampit gula RM2.80 pun mereka tidak mampu beli! :(


Demikianlah kisah perjuangan yang belum selesai... selagi adanya si miskin, maka tugas si kaya untuk memberi kepada golongan ini.  Selamat berjuang wahai sahabat!

Untuk album penuh perjalanan kembara ini, sila berkunjung ke sini.  


Treat untuk anak-anak di atas penat-lelah mereka menyumbang tenaga di dalam jjmk ini... singgah santai satu malam di Cameron Highlands di dalam perjalanan balik :)



Tuesday, November 4

Ke NAKA kita...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Acapkali kami mengikuti program JJMK - Jalan-jalan Masuk Kg. bersama NGO wargakilang (wk), perasaannya tetap sama.  Di saat terasa seperti sudah lama tidak menyantuni golongan ini, seumpama bateri yang sudah di ambang merah indicatornya, ianya perlu direcharged semula, begitulah ibaratnya hati ini. Terasa seperti dunia ini lebih mengambil tempat di dalam hati ini, sudah tiba masanya untuk mendapat tazkirah secara langsung seperti dari program ini.  Ianya seakan self-reminder buat diri ini untuk lebih bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan yang kadang-kadang jarang disyukuri.

antara sumbangan untuk penoreh getah

Biarpun hanya menjadi posmen - memetik kata-kata orang kuat wk - membawa barangan sumbangan dari orang perseorangan mahupun berkumpulan, tetapi melihat keterujaan penerima sumbangan, menyoroti riak wajah mereka yang jelas terpancar kegembiraan adalah satu nikmat yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.  Kata-kata "kalau tak bawa (barang), tak sampai juga juga kat (pada) kami" masih terngiang-ngiang di telinga ini ketika saya beritahu mereka bahawa kami hanyalah tukang bawa barangan tersebut ketika bersalaman dengan kaum ibu ini.  Pelukan erat mereka menjadikan saya sebak, apatah lagi melihat mata yang merah beserta takungan air di tubir mata mereka.  Apalah sangat nilai barangan yang tidak memenuhi separuh troli pasaraya bagi kita, tetapi bagi mereka yang seumur hidup di dalam ruang lingkup kemiskinan, sangat besar maknanya buat mereka.  Inilah penguat semangat kami untuk 'membuang masa, tenaga dan duit' untuk bersama-sama meredah perjalanan tidak kira berapa jauh jaraknya untuk bersama-sama menyampaikan sumbangan - biarpun menumpang sumbangan orang lain :) Terima kasih kepada para penyumbang yang anonymous yang dapat memberikan peluang kepada kami yang tidak mewah dari harta ini untuk turut menyumbang khidmat walaupun hanya sebagai posmen :)


Perjalanan jauh tidak terasa dengan pemandangan sebesar-besar lebuhraya sehinggalah jalan-jalan kampung merentasi ladang getah dan sawah padi yang hijau mendamaikan.


Biarpun di dalam serba kekurangan, mereka sangat meraikan tetamu.  Di setiap perhentian untuk penyampaian sumbangan, kami dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan, sehingga terasa penuh perut dibuatnya.  


Du'a dari mereka ini yang antara lainnya menjadi pendorong kuat untuk terus istiqamah dengan apa yang dibuat.


  Kulihat hijau....



Apa ini?  Generasi muda mungkin tidak mengenalinya...



Sebahagian sumbangan yang dibawa



Sebahagian dari mereka yang dibelakang tabir bersama penerima sumbangan



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin