Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Tuesday, May 11

Kakak Demam ++

Pada hari Sabtu, maghrib, kakak mula muntah-muntah.  Katanya kepalanya pening.  Kami dalam perjalanan ke Sg. Petani.  Ada barangan yang hendak dibeli sambil ingin menikmati RFC.  Selalunya makanan kegemaran kakak, mashed potato bersaiz besar dapat dihabiskan olehnya seorang, tetapi tidak pada malam itu.  Dalam perjalanan balik, kami singgah di klinik untuk mengambil ubat kakak yang muntah + cirit-birit + demam.  Kami suspek makanan yang dimakan kakak dicemari kuman ketika bermain ketika sukan adik berlangsung memandangkan kami sekeluarga yang lain tidak pula mengalami simptom tersebut.

Seharian Ahad kakak cuma terbaring keletihan akibat cirit-birit dan muntah.  Isnin juga begitu tetapi sudah sedikit berkurangan.  Pengalaman menunggu giliran selama 2 jam di klinik untuk mengambil surat cuti sakit kakak paling tidak dapat dilupakan.  Sewaktu nombor giliran cuma berganjak dua nombor setelah 1/2 jam menanti, kami mengambil keputusan untuk "ronda-ronda" sekitar pusat bandar Kepala Batas sambil mencongak-congak tempoh yang akan diambil untuk melepasi 22 orang lagi.  Sewaktu sampai, hanya berbaki 4 orang lagi untuk sampai ke nombor giliran kakak.  Perlu lagi menunggu sehingga 45 minit.  Hmm..... sabar sajalah.  

budak yang sakit

budak yang kebosanan menanti

Pada malamnya, kakak kelihatan segar seperti sediakala.  Cirit-birit dan muntah tiada lagi.  Tetapi pagi ini lain pula ceritanya setelah dihantar ke transit.  Hampir jam 11, cikgu transit kakak menelefon memberitahu kakak muntah lagi di transit.  Terpaksa pula membawanya ke klinik panel lain untuk mendapatkan surat cuti sakit lagi.  Dapat 2 hari lagi.  Harap-harapnya kakak sembuh seperti sediakala esok. 

Ketika saya mengalami gejala cirit-birit dulu, doktor menyarankan saya supaya minum 100 Plus atau sebarang minuman isotonik yang lain.  Ternyata ianya dapat mengurangkan masalah dehydration yang dialami ketika muntah dan cirit-birit.  Kakak juga diberi minuman ini bagi menggantikan "garam" yang perlu dicampur dengan air yang dibekalkan doktor kerana rasanya yang  kurang enak.

 

Tuesday, May 4

Seksanya...


Itu baru sakit gigi!  Sudah dua hari saya merana kerana gigi geraham bawah kanan yang sudah ditampal  beberapa bulan lalu itu sakit.  Sakitnya bukan sedikit.  Terasa denyutannya sehingga ke kepala.  Seluruh sistem badan merana dibuatnya.  Ketika sakit hendak bersalin saya masih mampu menahan air mata, tetapi tidak dengan sakit yang satu ini.  

Adik kehairanan melihat keadaan saya.  Selama ini saya tidak pernah menangis di depannya.  Kakak yang perihatin berpesan pada adik supaya tidak mengganggu saya yang sakit gigi! Hehehe... (hanya kerana sebatang gigi).

Saya sudah letakkan ubat gigi ke bahagian yang sakit.  Tidak berkesan!  Suami menyuruh saya letakkan bunga cengkih di gigi... bagaimana agaknya?  Kawan memberi petuanya, bunga cengkih ditumbuk dan diletakkan pada gigi yang sakit.  Oh...begitu rupanya.

Ya Allah, semoga sakit yang sedikit ini boleh menghapuskan dosa-dosaku yang menggunung tinggi.  Ini baru azab dunia sudah tidak tertanggung, inikan pula azab di akhirat kelak.  Ampunkan dosaku ya Allah...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin