Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

Sunday, September 15

Cuba-cuba

Ianya dihasilkan pada waktu senggang ketika tidak mengadap bahan akademik.  Bahan yang digunakan adalah dari soft leather untuk sarung laptop. Pertama kali menghasilkan sesuatu dengan kulit.  Ianya akan diposkan ke tuannya sehari dua lagi.  




Cubaan kedua menggunakan baldu hitam.  Sangat mencabar kerana ianya sangat lembut.  Juga sarung untuk laptop.

 

 Tote bag merangkap henbeg.  Designnya diambil dari sini, tetapi ada sedikit pengubahsuaian yang dibuat.




Wednesday, May 15

Hari Guru 2013

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik.  Jasamu mendidik dari mengenal huruf A, B, C serta nombor 1, 2, 3,... tidak pernah dilupakan.  Tidak mudah menjadi pendidik dengan pelbagai kerenah anak murid, tetapi dengan kesabaran mereka mendidik dapat membentuk negarawan, jurutera, doktor, guru, ahli di dalam bidang masing-masing dan lain-lain lagi.  Terima kasih cikgu!

Ini adalah hasil DIY yang dibuat dengan kos yang sangat minima untuk guru anak-anak.  Gambar-gambar yang comel ini, saya perolehi dari laman web ini.  Gambar comel ini dilaminate sebelum digunting. 

sudah siap di laminate

Bahan lain yang diperlukan hanyalah klip kertas bersaiz jumbo serta gam panas.

sudah siap dilekat

siap dilekatkan klip

Siap...

Selamat mencuba...

Wednesday, February 20

DIY

Cara mudah, anak-anak juga boleh membuatnya sendiri dengan sedikit pengawasan, jika menggunakan gam panas.  Tempohari saya lekatkan kayu aiskrim di atas kertas keras sebelum membentuknya, kali ini saya mendapat idea mudah dengan menggunakan botol air mineral.  

Botol air mineral 500ml dipotong dua dan ambil bahagian bawahnya saja.  Gamkan kayu aiskrim di sisi botol air itu hingga menutupi semuanya (saya gunakan 23 batang pelbagai warna).

Lebih kemas berbanding sebelum ini dan lebih cepat!  Hiasannya... apa saja yang ada.




Multipurpose...



Saya masih mencari kotak bersegi yang sesuai untuk ditempek dengan kayu aiskrim ini, tidak perlu lagi membentuknya...selamat mencuba!

Saturday, February 2

Mudah dan murah...

Lama juga meninggalkan aktiviti kerastangan.  Apabila mood datang semula, inilah hasilnya.




Sekarang ini, butang boleh didapati dengan pelbagai bentuk dan corak.  Memandangkan anak-anak dara di rumah juga berkongsi brooch untuk dikenakan di tudung, apakata, kita buat sendiri saja.  Ada juga butang yang terlerai dari kemeja, apalagi, menjadi mangsalah juga.  Saya menggunakan hot glue (gam panas) untuk melekatkan butang ke pin atau aktiviti kraf yang lain.


tempat pen/pensel

Jika rajin mengumpul kayu ais krim, boleh diwarnakan untuk aktiviti kraf.  Batang aiskrim ini dibeli di kedai peralatan gubahan/jahitan.  Masih lagi memikirkan aktiviti kraf yang lain menggunakan kayu ini.




Ketika saya mencari-cari aktiviti kraf di internet, saya bertemu dengan travel kit yang dibuat menggunakan tuala kecil untuk mengisi berus serta ubat gigi.  Saya menggunakan beg woven terpakai yang banyak di dalam simpanan untuk menukarkan ke bentuk ini.  Dengan tangkai beg itu, bolehlah menyangkutnya nanti.

Tuesday, July 10

Remang Jingga, Biru dan Kelabu



Pabila alam berbicara
melahirkan gabungan warna
penyeri suasana
sangat indah
SubhanaLlah...


Sunday, March 11

Titisan air

Titisan air menggunakan lens baru.

- f/5.6 - 1/125 sec - ISO 800
- f/5.6 - 1/100 sec - ISO 800

- f/5.6 - 1/100 sec - ISO 800

- f/5.6 - 1/100 sec - ISO 800

- f/5.6 - 1/15 sec - ISO 200

- f/5.6 - 1/60 sec - ISO 800

Monday, November 7

Kraf - buku

Hasil kali ini agak remeh berbanding keronsang bunga yang dibuat.  Buku nota @ diari atau panggil apa saja, tetapi, bukulah. 

Bahannya, kertas kosong.  Kertas A4 ini saya lipat 4 dan saya menggunakan 10 helai kertas --> 10 x 4 = 40 helai kertas untuk buku nota ini.  Staple dibahagian tepi menggunakan stapler besar.  Boleh juga kurangkan bilangan kertas.



Gunakan kertas keras / board untuk kulit buku.  Lebihkan sikit ukuran dari kertas putih.  Lipat kertas untuk bahagian spine (tulang buku) mengikut ketebalan kertas.  Untuk 40 helai = 0.5cm (lebih kurang).




Saya lekatkan velcro untuk menjadi penutup buku.




Gamkan di bahagian spine dan lekatkan tepi kertas yang telah distaple.




Klip atau letak pemberat supaya gam yang dilekatkan pada kertas lebih kuat.



Siap...



Sesuai untuk dihadiahkan kepada sesiapa, personal touch itu yang lebih menarik.

Friday, November 4

Terkini...

Nampaknya blog saya sudah menjadi blog kraftangan.  Tempohari, blog fotografi.  Yang mana satu agaknya bidang yang betul-betul saya minati?

Projek terkini...



Nanti saya buatkan entri penuh untuk projek yang belum siap sepenuhnya ini.  Projek ini mengambil masa yang agak panjang berbanding projek keronsang yang boleh disiapkan banyak di dalam satu malam.

Saya banyak mencari teknik-teknik kraf dari internet dan diubahsuai mengikut citarasa.  Adik sudah 'menempah' projek yang saya sedang siapkan ini.

Thursday, November 3

Projek baru

Projek ini bermula secara tidak sengaja ketika menemankan sahabat ke sebuah gedung hiasan/bungaan/perkahwinan baru-baru ini.  Ketika meninjau tanpa tujuan, saya terpandang kain felt berbentuk bunga yang tersusun pelbagai saiz dan warna.  Idea mula timbul untuk menghasilkan sesuatu dari material itu.  Dan inilah hasilnya - keronsang pelbagai kombinasi warna.




Anak-anak teruja memadankan warna dengan manik kristal yang terhad dan kakak sudah bercadang ingin  menjual kepada rakan-rakan.

keronsang saiz besar menggunakan manik kristal





keronsang bersaiz kecil

belakang keronsang bersaiz besar

keronsang bersaiz besar

Update : Saya menggunakan teknik jahitan untuk mencantumkan kelopak bunga dan gam panas (hot glue) untuk melekatkan manik dan pin tersebut.

Perancangan saya, mungkin keronsang-keronsang ini akan diletakkan di kedai suami sebagai tambahan barangan kedainya.

Sunday, October 23

Hadiah kecil (mood : kraftangan)

Adik semakin hampir menamatkan persekolahan tadikanya.  Mulai tahun hadapan, insyaAllah, kakak juga akan berpindah ke sekolah berhampiran rumah dan tidak akan transit di pusat jagaan itu lagi.  Saya sudah menyediakan hadiah kecil yang tidak begitu mahal untuk cikgu-cikgu mereka (harap-harap mereka sudi menerimanya) sebagai hadiah kerana mereka telah mendidik dan mengasuh anak-anak saya seharian sewaktu saya bekerja.
  



pin/brooch comel untuk cikgu adik dan kakak

Saya mencuba untuk membuat kotak kecil sendiri dengan bahan-bahan yang tersedia dengan panduan yang diberikan oleh carian google (saya google "how to make paper box").  Ada beberapa cara untuk membuat kotak, antaranya lipatan kertas (origami) atau secara teknik lipat, gunting dan lekat.  Saya mencuba secara origami, untuk kertas yang nipis, tidak menjadi masalah, tetapi apabila melibatkan kertas tebal, hasilnya tidak kemas.

Hasil yang saya buat ini menggunakan kertas special  yang berkilat 230gm secara gunting lekat.  Walaupun tidak berapa kemas seperti yang dibeli, tetapi, memadailah untuk pertama kali mencuba.  Saya mencuba juga dengan kertas 200gm, hasilnya tidak berapa memuaskan hati.  Untuk membuat kotak, jika boleh, gunakan kertas tebal atau 'mounting board' yang lebih keras.  Cumanya, akan menghadapi masalah untuk melipat jika ianya terlalu tebal.

kotak yang dibuat sendiri

Ada juga template yang sedia ada yang lebih mudah.  Kita hanya perlu gunting mengikut garis panduan yang diberi.


beli vs buat


Yang ini paper tray yang menggunakan template yang sedia ada.  Yang ini juga menggunakan kertas 230gm untuk kelihatan lebih kemas.  Saiz tapak paper tray ini hanyalah 4cm x 4cm saja.




Mood kraftangan ini... jika datang, layankan sajalah...

Wednesday, May 18

Door decoration

Mood di hari cuti.  Projek menyediakan door decoration untuk bilik anak-anak.  Mereka sangat teruja sesudah hiasan tersebut siap.  

Bahan asasnya kertas keras yang dikitar semula.  Hiasan yang saya gunakan adalah kain felt.  


Apabila melihat saya memegang kamera, adik cepat-cepat menyiapkan dirinya untuk berposing juga.  Kakak juga begitu.


Adik menyuruh saya menyiapkan door decoration untuk bilik ummi dan abahnya pula.  Itu tunggu mood yang lain pula.

Tuesday, May 17

Koleksi

Tiba-tiba datangnya idea untuk membuat time frame gambar anak-anak sejak mereka lahir.  Koleksi gambar kakak di dalam bentuk hard copy ketika dia masih kecil kerana waktu itu kami masih menggunakan kamera berfilem yang perlu dicuci.  Gambar-gambar tertentu sudah discan masuk ke dalam komputer.  Gambar adik pula bermulanya era digital.  Adik tidak mempunyai album khusus kerana kesemua gambarnya - sejak lahir - hanyalah di dalam bentuk soft copy sehinggalah sekarang.  Ada perancangan untuk mencuci gambar-gambar tertentu, tetapi, masih juga tidak berbuat begitu.

Kakak dan adik sangat teruja dengan perancangan saya.  Adik meminta saya supaya meletakkan lebih banyak gambar ketika bayi kerana "comel" katanya... hehehe.  Gambar-gambar mereka, saya print dan laminate supaya ianya dapat bertahan lama.  

Bahan asasnya adalah kepingan kadbod yang dikitar semula saja.  Hiasan yang lain-lain hanyalah yang terdapat di dalam beg barangan kraftangan saya.  Riben adalah pilihan mereka sendiri.






LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin