Wednesday, October 26

Editor video pula...

Bukan photographer saja, sekarang menjadi editor untuk klip video pula (berangan).  Baru menghadiri kursus pengajaran menggunakan Movie Maker yang boleh dimuatturun secara percuma dari internet,  layakkah bergelar editor movie?  Jauh sekali.  

saya di hadapan skrin

Sebelum ini saya melihat saja en. suami mencuba (kaedah cubajaya) menghasilkan klip video ringkas.  Walaupun tempohnya hanya untuk beberapa minit, tetapi usaha untuk menghasilkannya, berhari-hari.  Perlukan ketekunan dan kesabaran untuk mendapat hasil yang memuaskan hati.

Apabila mencuba sendiri di dalam kursus menghasilkan bahan pengajaran menggunakan perisian ini, barulah saya merasai sendiri kepayahannya untuk menyiapkan satu-satu klip video.  Mungkin bagi yang sudah pro, masa yang diambil hanyalah sekejap saja, tetapi bagi beginner @ amateur ini, sudah tentulah lama untuk menghasilkan klip yang hanya seminit dua.  

perbincangan kumpulan

Ada perisian lain lagi yang boleh digunakan untuk menghasilkan video yang mungkin lebih mesra pengguna dan saya tidaklah arif di dalam bab ini.  




Percubaan selepas menghadiri kursus itu dengan menggabungkan 3 video pendek yang dirakamkan ketika percutian ke Sungkai dahulu.  Video ini telah diedit dan digabungkan sekali di dalam 1 video.  Ini adalah video ringkas yang tidak memuatkan elemen lain seperti audio (lagu) atau tulisan (tajuk).  Itu memerlukan masa yang lebih untuk menghasilkannya.




Gambar-gambar  statik juga boleh digabungkan untuk menghasilkan klip video.  Selamat mengedit video bagi sesiapa yang ingin mencubanya.  

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin