Alhamdulillah, berakhirnya program kemasyarakatan jabatan kami di Rumah Anak-anak Yatim Bekas Perajurit di Kulim, Kedah. Lega - kesimpulan kami - melihat anak-anak yatim bekas perajurit ini terbela dan berterus-terusan mendapat sumbangan dari pelbagai agensi. Mereka juga memiliki bangunan sendiri yang merangkumi ruang pejabat, kantin, dapur, bilik mesyuarat, mini perpustakaan/bilik belajar dan asrama. Anak-anak yatim yang kami kunjungi adalah di dalam lingkungan Tahun 4 sehingga ke Tingkatan 5 '.
|
kehadiran kami disambut oleh anak-anak ini |
Di asrama tersebut, mereka telah diasuh untuk melakukan tugas-tugasan tertentu mengikut jadual yang telah ditetapkan kerana kekurangan tenaga kerja di pusat berkenaan. Kehadiran kami untuk menceriakan anak-anak yatim berkenaan serta memberi sedikit motivasi untuk mereka supaya meneruskan pencarian ilmu tanpa kehadiran ibu atau ayah di sisi. Ternyata, mereka agak bernasib baik berbanding dengan anak-anak yatim yang lain yang kelihatan lebih daif lagi.
|
ringan tulang membantu mengangkut barang |
|
Ketua program yang sangat sibuk memastikan program berjalan lancar |
Tugas saya, tukang menyebok di dapur serta merangkap 'jurukamera lantik sendiri'. Sudah lama tidak bergotong-royong begini. Meriah.
|
dapur - persiapan menyediakan juadah |
Inilah salah seorang 'master chef' - pensyarah matematik yang minat memasak.
|
padang - acara sukaneka |
|
belakang dapur - giat menyiang dan membersih ikan |
Kumpulan gotong-royong sibuk membersihkan kawasan. Para jejaka yang hanya beberapa orang itu sibuk bertukang di tingkat atas - bahagian asrama untuk membetulkan pintu-pintu almari yang telah terkopak/tanggal (tiada gambar).
|
gotong royong membersihkan kawasan - tu dia... sehingga tidak sedar seliparnya berlainan 'jantina' |
|
sabarnya melihat buah kuinin ini |
|
'Master chef' yang lain |
|
Menu tengahari |
Petangnya, majlis ringkas untuk penyampaian hadiah sukaneka serta sumbangan kepada anak-anak yatim ini.
|
Pertukaran cenderahati |
|
Untuk kenangan |
Alhamdulillah, kami mendapat sokongan dari staf-staf UiTM yang turut
menghulurkan sumbangan berupa wang ringgit dan juga barangan, orang
perseorangan selain UiTM serta agensi penerbitan seperti PTS dan Galeri
Ilmu.
Sumbangan ini hanyalah sebahagian dari tanggungjawab sosial kami kepada masyarakat.
Kerapkali saya mengingatkan anak-anak betapa bertuahnya mereka kerana masih mempunyai ummi dan abah dan rumah sendiri berbanding anak-anak yatim yang terpaksa tinggal di asrama. Namun, masih ada lagi golongan lain yang bukan yatim-piatu tetapi kehidupan mereka lebih daif berbanding anak-anak yatim ini. Semoga setiap dari kita mempunyai tanggungjawab sendiri untuk melihat dengan mata hati serta membantu golongan-golangan ini selagi kita masih bernafas kerana tiada bekalan lain yang akan dibawa ke Sana kecuali : ilmu yang bermanfaat, sadaqah jariah serta anak-anak yang soleh/solehah mendoakan untuk ibubapa.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?