Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Wednesday, November 23

[Khidmat Masyarakat] Pantai Robina, Butterworth

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

[1 Jun 2016]

Imej dari google map


Pantai Robina ini letaknya di dalam daerah Teluk Air Tawar, Butterworth berhampiran dengan Pengkalan Tentera Udara Butterworth.  Pantainya berbatu dan jelas kelihatan bangunan KOMTAR di bahagian pulau.  Dulu-dulu, pantai ini seperti pantai lain yang menjadi tempat perkelahan keluarga dan mandi laut.  Siput remis juga dapat dikutip di pantai ini.  Sekarang, tidak lagi.  Batu-batu diletakkan di pantai untuk mengelakkan hakisan menurut ceritanya.





Sakit mata memandang sampah berupa botol dan tin minuman, plastik pembungkus makanan di celahan batu di tepi pantai. Ish ish ishhhh /:) ... kebersihan pantai bukan hanya tanggungjawab pekerja majlis perbandaran sahaja, tetapi pengunjung juga berperanan untuk memastikan kebersihannya. Tidak susah pun untuk menjaga alam sekitar, cuma buanglah sampah di tempat yang disediakan...mudah bukan?

ini sebahagian saja
Sebagai memenuhi tanggungjawab sosial, jabatan kami telah menganjurkan program pembersihan pantai ini dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Jun lalu.  Segala peralatan pembersihan disediakan oleh pihak MPSP.  Sama pula warna tema baju yang dipakai dengan warna baju petugas MPSP B-)



Sebelum memulakan kerja, marilah kita berposing dahulu :D

untuk album

stretching dahulu

Kena happy sebelum mulakan kerja :D

kami sudah bersedia!

Mulakan operasi!

yang di sana...

Lihatlah... banyak kan sampahnya...

yang di sini..

Di celah-celah pokok ini pun ada!




Selesai... makan tengahari pula

Itu hasil sampah yang terkumpul separuh hari aktiviti dijalankan



Ayuhlah bersama-sama kita menjaga alam sekitar demi kelestarian masa hadapan.  Jika bukan kita siapa lagi?

Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh blog BC :D

Monday, December 9

Anugerah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.


Mendapat anugerah dan penghargaan dari manusia saja sudah cukup untuk melebarkan senyuman di bibir :D .  Bagaimanalah agaknya jika anugerah dari Allah ketika di Sana nanti....pastinya anugerah itu anugerah yang kekal abadi.

Anugerah ini tidak dapat dibawa ke kubur.  


Di sisi Allah, bukan deretan anugerah ini yang dinilai, tetapi tahap keimanan dan ketakwaan seseorang itu yang dipandang olehNya.  Seringkali, anugerah dunia itu dikejar dan mengkesampingkan anugerah sebenar dari Allah.  Termasuklah yang menulis ini :(  Acapkali.... terlupa akan tujuan bermusafir di atas muka bumi ini... tidak lain dan tidak bukan sebagai hamba dan khalifah Allah yang sudah digariskan peranan dan tanggungjawabnya.  Oh... itulah insan - gelaran kepada manusia - yang berasal daripada perkataan "nasiya" yang bererti lupa!

Bercerita tentang anugerah di atas tadi, walaupun ianya bukan bekalan ke alam Sana, tetapi ianya bernilai bagi seorang ahli akademik.  Cumanya, betulkan nawaitu sebenar yang hasil rekaan atau ciptaan itu untuk maslahat umum dan masyarakat, bukan sekadar mengejar anugerah. Jika anugerah yang ditagih, kecewalah jika tidak berjaya diraih, jika nawaitunya untuk kegunaan masyarakat sejagat, maka anugerah itu akan menjadi bertambah hebat!

Walau bagaimanapun, anugerah di atas tidaklah sehebat anugerah yang diterima oleh sahabat saya ini :D


Tahniah sahabat! =D>

Friday, August 24

9 minggu sahaja...

Itulah tempoh saya bersama dengan mereka, tempoh yang lebih singkat dari satu semester (14 minggu).  Walaupun hanya tempoh yang singkat, kemesraan jelas terasa bersama mereka.  15 Ogos adalah kuliah terakhir bersama mereka.  Baki 4 minggu selepas cuti hari raya mereka akan meneruskannya bersama rakan sekerja saya.

EM1101I - kredit Asyhrafuddin


hadiah dari EM1101I - terima kasih

EC1101H - kredit Eyas Norman

coklat dari EC1101H - terima kasih

EM1101A

Duhai anak-anak generasi Z
andai pelajaran itu susah, jadikanlah ia mudah
lihat ia dari sudut aplikasi kehidupan
bukan hanya untuk peperiksaan

Hiasi peribadi dengan akhlak mulia
jadikan dirimu contoh buat semua
tetapkan hati kekal istiqamah 
kerana jalan ilmu bukan jalan yang mudah.
usahlah cepat mengalah
kepadaNya dirimu berserah

Selamat maju jaya
buat anak-anak semua...

Monday, August 13

Kuliah terakhir...

Selepas hari raya, saya akan bercuti dari mengajar.  InsyaAllah.  "Girls of EC1103G1", anak-anak murid dari kuliah Calculus for Engineers telah menghadiahkan saya dengan tudung ini.  Terima kasih.  



bergambar kenangan selepas kuliah

Terima kasih Hanna, Nadia Farhana, Mira, Mimi, Nur Shahirah, Siti Shahirah, Diane dan Halijah.



Saturday, May 26

"R"

R-language.   Apa itu R?

R is a system for statistical computation and graphics. It provides, among other things,a programming language, high level graphics, interfaces to other languages and debugging facilities. (rujukan).

Selama 2 1/2 hari mempelajari ilmu baru ini, sarat dengan ilmu programming yang memeningkan kepala. 



Mungkin ada kegunaannya nanti di dalam bidang saya nanti.

Thursday, May 24

Meraikan rakan

Gambar sekitar jamuan di Puncak Mutiara, Kg Pelet meraikan rakan sejabatan yang akan berpindah ke kampus Perlis.  Setelah beberapa tahun bersama, terpaksalah kami mengucapkan selamat tinggal kepada rakan yang akan memulakan tugasnya 1 Jun nanti.   Semoga beliau dapat menyesuaikan diri dengan suasana, persekitaran dan rakan-rakan yang baru.  

Tiba-tiba teringatkan lagu tuai padi ini.  Ini hasil carian saya..  Tidaklah perlu saya taipkan semula.

GURINDAM JIWA – NYANYIAN DZUL HANAFIAH ISMAIL DAN NORAZLINA MOHAMED
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak Cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

* Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga

** Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

*** Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
Ulang * hingga ***

Lagu: Abdullah Sumardi
Lirik: Wan Chik

dicopy dari sini


Gambar menggunakan EOS1000D.

pinggan kawan

teh tarik 'terbaik'... 2 gelas!


Protaz kami (al-hafiz dan juga tenaga pengajar Matematik) membacakan doa




Kambing Grill

Nasi goreng cina

kek coklat

cheese kek

tanda ingatan dari kami di PP






Yang paling meriah!  Gambar diambil oleh seorang staf Puncak Mutiara.

kenangan bersamamu

Selamat bertugas di tempat yang baru!

Thursday, May 3

Bersatu dengan alam @Kg Kuala Boh, Cameron Highlands

Berada nun jauh di pedalaman perkampungan orang asli, melihat kanak-kanak yang bebas merayau berkaki ayam ke sana-sini tanpa rasa takut dan gentar akan kejadian jenayah culik seperti imbasan kaca televisyen yang mengulang tayang zaman kanak-kanak saya!  Mereka masih lagi bebas dari cengkaman perasaan takut.. alangkah bahagianya hidup mereka yang tidak terkurung oleh pagar besi di keliling rumah sendiri!


Mereka masih mengekalkan hidup bermasyarakat yang kian hari makin terhakis di kalangan masyarakat moden hari ini.  Seisi kampung dikenali dan hubungan kekeluarga erat sekali dengan wujudnya rumah-rumah sampingan di sisi rumah induk untuk anak-anak yang sudah berumahtangga.  Inilah sisi positif kehidupan masyarakat orang asli Kuala Boh, Cameron Highlands yang saya kunjungi selama 3 hari 2 malam itu.

demonstrasi masakan
Udara pagi yang segar di lembah antara dua bukit itu saya hirup dalam-dalam terutamanya di hari terakhir kami di situ.  Tenang ketika mendengar deruan air sungai Mensun yang tidak putus-putus mengalir yang jelas kedengaran ketika suasana sunyi biarpun airnya tidak lagi jernih yang mampu menggamit hati untuk terjun ke dalam isi perutnya.  Juga burung yang berkicau di sana-sini... ianya seakan berirama memecah keheningan pagi, aman dan damai. 

Mendengar cerita dari orang asli sendiri, keadaan di situ tidak lagi sama ketika 10 atau 20 tahun lalu di mana keadaannya lebih segar dan air sungainya lebih jernih berbanding hari ini.  Mungkin generasi mereka akan datang tidak lagi dapat menikmati khazanah alam yang semakin hari semakin terhakis.



demonstrasi masakan 




2 malam di khemah ini

deretan khemah yang didirikan (di atas sana juga ada)

perasmian - ucapan oleh tok penghulu

makan berjamaah

sedap tak dik?


ziarah rumah ke rumah untuk menyampaikan barang sumbangan berupa Quran, Iqra' dan Yaasin





salah sebuah rumah yang kami kunjungi (rumah induk)

rumah baru yang dibina untuk menampung keluarga anak yang sudah berkahwin


sungai Mensun yang sudah keruh airnya

deruan airnya, damai...

kelas fardu ain di surau lama




sukaneka wanita

bawa guli menggunakan chopstick

tepung sudah menjadi bedak!

naik turun naik turun tak pa saja...

mampu mengupas kulit limau menjadi panjang?

tadika lama yang sudah tidak digunakan
chalet

uniknya - dahannya bersudut tegak







Walaupun mereka sudah kembali kepada fitrah menjadi seorang muslim, tetapi masih banyak yang tidak mereka ketahui.  Bacaan solat mereka sekadar hafalan semata-mata, huruf-huruf Al-Quran tidak mereka kenali.  Anak-anak yang bersekolah tidak menjadi masalah kerana mereka dapat mempelajarinya di sekolah, tetapi ibu-ibu mereka, agak jauh ketinggalan.  Menjadi tanggungjawab seorang muslim yang lebih mengetahui untuk mengajar mereka, tetapi sudah tentu tidak dapat dilaksanakan di dalam masa yang singkat sekadar 2, 3 hari di sana.  Hanya setelah kita diterima oleh masyarakat mereka, ketika itulah pelajaran dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin