Showing posts with label anugerah. Show all posts
Showing posts with label anugerah. Show all posts

Monday, December 9

Anugerah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.


Mendapat anugerah dan penghargaan dari manusia saja sudah cukup untuk melebarkan senyuman di bibir :D .  Bagaimanalah agaknya jika anugerah dari Allah ketika di Sana nanti....pastinya anugerah itu anugerah yang kekal abadi.

Anugerah ini tidak dapat dibawa ke kubur.  


Di sisi Allah, bukan deretan anugerah ini yang dinilai, tetapi tahap keimanan dan ketakwaan seseorang itu yang dipandang olehNya.  Seringkali, anugerah dunia itu dikejar dan mengkesampingkan anugerah sebenar dari Allah.  Termasuklah yang menulis ini :(  Acapkali.... terlupa akan tujuan bermusafir di atas muka bumi ini... tidak lain dan tidak bukan sebagai hamba dan khalifah Allah yang sudah digariskan peranan dan tanggungjawabnya.  Oh... itulah insan - gelaran kepada manusia - yang berasal daripada perkataan "nasiya" yang bererti lupa!

Bercerita tentang anugerah di atas tadi, walaupun ianya bukan bekalan ke alam Sana, tetapi ianya bernilai bagi seorang ahli akademik.  Cumanya, betulkan nawaitu sebenar yang hasil rekaan atau ciptaan itu untuk maslahat umum dan masyarakat, bukan sekadar mengejar anugerah. Jika anugerah yang ditagih, kecewalah jika tidak berjaya diraih, jika nawaitunya untuk kegunaan masyarakat sejagat, maka anugerah itu akan menjadi bertambah hebat!

Walau bagaimanapun, anugerah di atas tidaklah sehebat anugerah yang diterima oleh sahabat saya ini :D


Tahniah sahabat! =D>

Saturday, December 24

Berganda-ganda

Jika saya masih dapat meneruskan kandungan itu, jangkaannya pertengahan Disember ini kami telah menerima anugerah baru itu.  Saya redha dengan ketentuanNya, dan Allah menggantikannya dengan anugerah lain pula pada waktu yang sama.  Alhamdulillah.  

(kiri menurun) Gambar 1 - Anugerah Pengajaran Cemerlang dari Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik
Gambar 2 - Anugerah Penulisan (gangsa) dari Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar
Gambar 3 - Anugerah Khidmat Cemerlang dari Rektor UiTM Caw. P.Pinang
(kredit gambar 1 - 3 : UTPP UiTM Caw. P.Pinang)

bersama rakan sejabatan yang turut menerima anugerah

Pemberi semangat untuk mengajar dengan lebih cemerlang

Saya pasti ramai lagi pensyarah yang cemerlang pengajarannya, namun tidak dicalonkan agaknya.  Sebenarnya, ada kisah di sebalik anugerah pengajaran cemerlang yang saya perolehi ini.  Tarikh tutup penghantaran borang pencalonan sudah lama berlalu, dan AJK masih lagi membuka peluang untuk pencalonan.  Senior dan koordinator saya mencadangkan saya supaya mengisi borang ini.  Saya tidak memberikan perhatian serius kerana saya beranggapan, sudah tentu ramai lagi pensyarah lain yang lebih berkelayakan.  Atas desakan dan sokongan dari mereka, saya menghantar borang pencalonan di saat akhir. Nampaknya, sudah tertulis rezeki saya di situ.  Alhamdulillah.

Saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri supaya bekerja kerana Allah, bukannya kerana pengiktirafan manusia.  Pengiktirafan manusia adalah sebagai 'bonus' dan bukanlah sesuatu yang perlu dikejar.  InsyaAllah, jika kita tidak mengejarnya, ianya akan datang dengan sendiri.  Jika dikejar, dan seandainya tidak mendapat apa yang dikejar, kita akan kecewa. 

Saya memetik kata-kata sahabat saya - N, "Sesungguhnya dugaan yang Allah berikan untuk menguji kesabaran hambaNya, rupanya ada kemanisan yang menanti, kejayaan bertimpa-timpa.  Bermohonlah pada Allah agar hati terpelihara dari segala perasaan kurang elok, agar kejayaan bukan kejayaan semata-mata, tetapi kejayaan yang lebih mendekatkan diri pada Allah yang Maha Esa".  Terima kasih N di atas nasihat ini.  

Apabila saya mengirimkan SMS memberitahu kakak saya tentang anugerah penulisan, katanya, saya tulis novel kah?  Saya menjawab dengan nada bergurau, saya menulis blog!

Sememangnya saya tidak menjangkakan anugerah berganda ini.  Saya ingatkan satu saja, rupanya tiga!  Alhamdulillah.

(Nota: Anugerah penulisan itu adalah untuk penulisan atau terbitan akademik saja, bukannya kerana blog ini)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin