Cameron Highlands ketika cuti hujung minggu juga sesak dengan pengunjung. Kami terperangkap di dalam kesesakan seawal dari Tringkap lagi sebelum dapat sampai ke Tanah Rata. Ini gara-gara kenderaan banyak berhenti di sekitar Kea Farm. Perjalanan dari Tringkap menuju ke Tanah Rata yang hanya berbelas km saja mengambil masa hampir 1 jam.
Selepas mendaftar masuk ke Hotel The Cool Point yang sudah ditempah, destinasi pertama adalah Mardi. Manusia hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan segala-galanya. Sebaik mendaftar masuk saja ke hotel, hujan mula mencurah-curah turun. Ketika bergerak ke Mardi, hujan masih lagi renyai-renyai. Sebaik saja kami memulakan 'tour' dengan diiringi oleh pegawai Mardi, En. Yazed, hujan mula mencurah-curah turun. Akibatnya, separuh ahli 'rombongan' terperangkap di bahagian hadapan pintu masuk Mardi dan sebahagian lagi berlari-larian mencari bahagian berbumbung di bahagian dalam untuk berteduh.
En. Yazed (berbaju putih) sedang menerangkan tentang Taman Inggeris
hujan-hujan boleh lagi makan ais krim
ada bakat jadi jurufoto
dengan 'kakak-kakak' yang rajin melayan anak-anak saya
di bawah rimbunan bunga-bungaan
Koleksi bunga-bungaan di Taman Mardi. Begitu banyak bunga-bungaan sehingga tidak dapat mengambil gambar kesemuanya. Cantik-cantik! Perempuan dengan bunga memang tidak boleh dipisahkan. Oh...maafkan saya, tidak semua bunga yang diketahui namanya!
buah vanilla
bunga raya ini sangat besar, sebesar dua telapak tangan yang dicantumkan
Tidak sempat untuk melawat keseluruhan kawasan Mardi. Nampaknya, terpaksa lagi ke Cameron Highlands di masa akan datang.