بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته
|
Jalan masuk |
Sahom Farm ini terletak di Kampar Perak, lebih kurang 17km dari tol Gopeng, 9.8km dari jalan besar Gopeng - Kampar.
|
klik untuk besarkan imej |
Pusat rekreasi ini sangat sesuai dikunjungi ketika negara dilanda musim panas yang melampau ini kerana persekitaran ladang kelapa sawitnya yang berada di tepian sungai dengan iringan angin sepoi-sepoi bahasa yang nyaman.
|
Pandangan dari cafe yang mengadap tasik ini (klik untuk besarkan imej) |
|
Rumah Buluh - penginapan kami untuk satu malam |
Sahom Farm menawarkan 4 pakej penginapan, 2 darinya adalah pakej berkumpulan (Warisan dan Tepian Sungai) serta 2 individu (Buluh dan D'Lake). Penginapan Buluh adalah RM150/malam untuk musim cuti sekolah. Penginapan ini sangat ringkas seperti penginapan rumah zaman dahulu, tiada tv dan peti ais.
|
bumbung rumah buluh |
|
rak serbaguna |
|
Tingkapnya di'tongkat' oleh sebatang buluh |
Ini sedikit thrill... bilik airnya berkonsepkan langit terbuka... berbumbungkan pelepah-pelepah kelapa sawit! :D :D Airnya sejuk dan nyaman...
|
bilik airnya |
Beberapa wakaf di sekitar Bamboo Village ini untuk ruang santai.
|
surau untuk kegunaan pengunjung |
Air sungai Dipang yang jernih... asyik memerhatikan air sungai yang tidak berhenti mengalir tanpa menghiraukan halangan di hadapannya.
|
sungai Dipang |
|
D' Lake |
|
Warisan |
|
ladang kambing |
Antara aktiviti kami...
Ada beberapa pakej aktiviti berkumpulan yang ditawarkan oleh Sahom Farm ini antaranya, berkayak, treasure hunt, paint ball, team building, jungle trekking dan lain-lain. Harga makanan di cafe Sahom Farm ini lebih kurang harga di gerai biasa di luar. Pengunjung juga boleh menikmati hidangan makan pagi di gerai-gerai kecil di kawasan kampung berhampiran.
Jika ingin menginap di rumah buluh, berhati-hatilah kerana terdapat ruang di antara anyaman yang boleh menembusi ke dalam rumah ;;) ;;)
Sahom Farm ini lebih kurang 16km dari Gua Tempurung bagi sesiapa yang inginkan
adventure seperti di bawah ini.
Sangat sesuai untuk mereka yang ingin menenangkan fikiran dari kesibukan sehari-hari. Selamat bercuti-cuti Malaysia :-h