Selesai majlis anugerah kecemerlangan sekolah kakak, perjalanan diteruskan pula ke Pulau Pangkor (Teluk Dalam) untuk hari keluarga jabatan saya. Nampak gayanya memang kami akan terlewat sampai berbanding yang lain yang sudah berangkat awal pagi untuk menaiki feri tengahari.
Setelah melewati tol changkat jering (dari arah utara keluar di sini), perjalanan melintasi ladang kelapa sawit dan getah. Rumah-rumah tradisional Perak (agaknya) masih kelihatan di beberapa kawasan di sepanjang jalan. Kadang-kadang jika masa terluang, suami lebih suka mengambil jalan lama untuk ke satu destinasi kerana sambil itu dapat melihat suasana kampung di tempat orang berbanding perjalanan lurus lebuhraya.
|
lega setelah melihat papan tanda ini |
Memandangkan kami sepatutnya pergi secara berkumpulan, tiket feri untuk ke Teluk Dalam telah disediakan untuk saya dan keluarga di kaunter khas resort. Harga tiket pergi/balik adalah RM19/dewasa dan RM13/kanak-kanak (3 - 11 tahun). Kereta kami pula diletakkan di dalam kawasan masjid lumut dengan bayaran RM8 sehari.
|
terminal feri lumut |
|
di dalam feri ke p.pangkor |
Perjalanan feri dari jeti Lumut ke Teluk Dalam mengambil masa 20 minit sahaja. Setibanya di sana, sudah ada van / bas kecil menanti untuk ke resort. Kami disambut oleh beberapa orang penyambut tetamu bersama iringan gitar dan lagu oleh mereka serta disediakan juga welcome drink untuk tetamu.
|
chalet kami berhampiran laut. Buka pintu dan tingkap nampak laut dan juga dapat mendengar deruan ombak | | | | | | |
|
Kami tiba setelah permainan ketiga dimainkan. Kakak sempat juga bermain belon beracun untuk kanak-kanak. Adik tidak berminat langsung untuk bermain. Peraduan mewarna juga tidak dipandangnya. Yang dia inginkan hanyalah berendam di dalam kolam mandi!
|
3-legged race |
Kesemua permainan diuruskan oleh pihak resort.
|
permainan saham |
|
keluarga besar kami (tetapi ramai yang tidak dapat hadir) |
|
aktiviti kolam mandi - gambar oleh en. suami dari menara memerhati |
|
aktiviti di tepi laut pula |
Pantainya agak curam, jadi saya tidak menggalakkan anak-anak untuk mandi di situ. Perlu diawasi juga keberadaan mereka di situ. Tetapi, anak-anak sangat teruja mengorek dan memungut remis.
- bersambung -
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?