بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته
[Kisah 5 bulan lalu]
The most unprepared trip! :D Edisi terjah tanpa membuat tempahan awal untuk penginapan selepas menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Ipoh. Perancangannya gamble saja sampai di Pulau Pangkor dan mencari chalet-chalet yang masih kosong :D :D Jangan bimbang, di jeti Lumut ada agen yang boleh menguruskan penempahan chalet penginapan di Pulau Pangkor dengan sedikit caj perkhidmatan.
Pemandangan matahari terbenam di Pantai Teluk Nipah |
Tambang feri Lumut - P. Pangkor adalah RM10/dewasa dan RM5/kanak-kanak dua hala. Destinasi kami kali ini adalah ke Pantai Teluk Nipah. Di hentian pertama feri - Jeti Sg Pinang Kecil, kami hanya meninjau-ninjau perkampungan nelayan dari atas feri. Untuk ke Pantai Teluk Nipah, hentian feri adalah di Jeti Pangkor.
Sg Pinang Kecil |
Dari jeti Pangkor ke Pantai Teluk Nipah, kami menaiki teksi pink ini (lupa pula berapa bayarannya :D )
teksi merah jambu - pemandangan biasa di Pulau Pangkor |
Bilik triple kami berharga RM130 benar-benar menghadap pantai. Ketika mendaftar masuk, staf bertugas menghantarkan tambahan tilam bujang tanpa diminta dan tanpa bayaran. Wah, bagusnya!
Dari bilik penginapan kami - Horizon Inn |
Terdapat deretan chalet dan gerai-gerai makanan di pesisir pantai ini. Buatlah pilihan yang bijak kerana ada gerai makanan yang mengenakan caj yang agak mahal untuk makanan yang biasa-biasa sahaja. Banyakkan bertanya jika anda mempunyai bajet yang terhad, lainlah jika anda tidak kisah :) Aktiviti air dan island hopping adalah aktiviti utama di pantai ini. Tetapi untuk mandi laut, awas, keadaan ombaknya agak besar dan pantai yang agak curam dan dalam. Bermain dan mandilah di gigi air sahaja bagi keluarga yang mempunyai anak-anak kecil.
Aktiviti kami sepanjang 2 hari 1 malam di sana:
Island Hopping |
Batu Paus |
Batu Buaya |
Best dapat terapung di laut di buai ombak walaupun di tengahari rembang |
'melayan' ombak kuat... boleh tenggelam dibuatnya jika tidak kuat berpaut pada tali |
Apa yang ada di Pantai Teluk Nipah?
Banana Pan Cake aka Tempek @ Peknga. :-bd |
deretan kedai baju dan cenderamata |
pemandangan matahari terbenam |
Pantai Pulau Giam yang sesuai untuk mandi laut |
Burung Kenyalang @ Hornbill |
Kami menyewa teksi pink untuk membawa kami pusing Pulau Pangkor pada hari balik.
Kami dibawa ke Dutch Fort, kota yang dibina oleh pada tahun 1670 untuk menyimpan bijih timah. Menurut sejarah, rakyat tempatan telah memusnahkan kota ini pada tahun 1690 kerana tidak bersetuju dengan cara Belanja memperolehi bijih timah tersebut. Namun, Belanda telah membinanya semula pada tahun 1743 dan menggunakannya sehingga tahun 1748.
Kota ini telah dibina semula oleh Jabatan Muzium pada tahun 1973 dan telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah di bawah Akta Purba 1976 (Info di papan kenyataan Dutch Port).
pemandangan dari kota |
Destinasi terakhir adalah Galeri Pangkor yang kecil yang mempamerkan barangan penemuan-penemuan lama seperti peralatan periuk belanga, senjata dan lain-lain.
Cukuplah 2 hari 1 malam untuk lari dari kesibukan kerja. Selamat tinggal Pulau Pangkor :-h sehingga berjumpa lagi di lain kali.