Showing posts with label pahang. Show all posts
Showing posts with label pahang. Show all posts

Saturday, March 29

JJMK ERM

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah... dengan inayahnya kami diberi kelapangan masa dan kesihatan untuk mengikuti program jjmk yang julung kalinya dilangsungkan di bumi Endau-Rompin-Mersing ini.  Biarpun merentas beratus km serta berjam perjalanan, saat melihat keterujaan penerima serta kejernihan wajah anak-anak menerima goodies @ jajan, melenyapkan segala keletihan yang dirasai... satisfaction indeed...



Ya Allah... mudahkanlah urusan kami.. lindungilah perjalanan ini...



By all means...(Endau, Johor) sumbangan tetap disampaikan untuk mengembirakan kumpulan sasaran yang kurang bernasib baik.



Di Kg. Kelantan...kerana ramai keluarga yang berhijrah ke daerah ini datangnya dari Kelantan.




Pengorbanan oleh marshall bidan terjun untuk memastikan kelancaran 21 buah kenderaan konvoi pelbagai saiz dan plet nombor.  



Pohon pinang di bumi Endau...



 


Meredah terik mentari menuju ke destinasi seterusnya di Endau.



Pelbagai kisah kehidupan di kalangan keluarga yang hidup di dalam serba kepayahan ini.  Berat mata memandang, tidak seberat bahu mereka yang memikulnya.



Bergambar kenangan di destinasi terakhir di daerah Endau, Johor.



Hati terkesan melihat anak seorang penerima yang hanya berusia kurang 1 tahun yang dimasukkan alat untuk mengawal rentak jantungnya.  Alatan tersebut mampu bertahan selama 5 tahun dan anak itu akan bergantung dengan alat itu sepanjang hayatnya.  Bersyukur anak-anak sendiri dikurniakan kesihatan yang baik berbanding anak kecil ini.  Tiada lain yang diingini oleh ibubapa selain melihat anak-anak membesar dengan sihat tanpa sebarang komplikasi penyakit.    



Kami menapak beberapa ratus meter untuk ke perhentian ke-2 di Kg Pianggu ini.  



Rumah ini tidak dilengkapi dengan kemudahan air paip dan bergantung harap dengan 'telaga' yang tidak serupa telaga terutamanya di musim kemarau ini.  Rumahnya beralaskan tikar getah yang berlantaikan tanah.  Ini antara rupa kemiskinan yang masih wujud di era millenium ini.  Rumah ini tidak jauh beza dengan rumah-rumah berlantaikan tanah yang pernah saya saksikan di daerah pedalaman di utara semenanjung.  


'telaga'

Up-close to nature.  Inilah dia anak yang tidak mengenali buah kelapa sawit!  Pokoknya sudah kerap dilihat, tetapi tidak buahnya secara dekat.  Aktiviti masuk kampung ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada anak-anak tentang alam semulajadi.



Destinasi terakhir di daerah Rompin ini adalah rumah kecil di kawasan sawah padi (bendang - kata orang utara).  Kami difahamkan bendang ini diusahakan oleh orang Kedah yang berhijrah ke sana.  




Rumah yang tidak dilengkapi dengan kemudahan asas air dan elektrik...


kibaran sulung di bumi Rompin

Untuk kenangan jelapang padi Rompin...



Kami tinggalkan bumi Rompin ini dengan pelbagai kenangan.  Berada di kalangan keluarga yang ditemui seolah kami berada di tempat sendiri - utara - kerana bahasa percakapan mereka sama seperti percakapan kami. Jauhnya mereka mengembara dari utara untuk memakmurkan bumi Rompin dengan khazanah padi yang sememangnya lebih sinonim dengan Kedah - Jelapang Padi Malaysia.  Sehingga kita berjumpa lagi andai hayat masih dipanjangkan olehNya.  


Untuk kisah lebih lanjut di sini.  

Thursday, March 27

Pra JJMK ERM

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Tiba-tiba teringatkan lagu ini...lagu yang diilhamkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.  

Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orangpun sayang (2x)

Dari Melaka ke negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan (2x)

Kami ucapkan selamatlah datang
Apa yang kurang dicaci jangan(2x)

Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)

Pukullah gendang hai kulit kerbau
Dalam majlis tari menari (2x)

Sayalah ini bang hoi dagang merantau
Mengharap belas orang di sini (2x)

Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)

Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan (2x)

Niat di hati bang oii...
Nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan (2x)

Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)

Inilah dia... kami mengembara sejauh 650+ km dari Pulau Mutiara ke Darul Makmur membelah pagi 22 Mac lalu untuk menyertai program jalan-jalan masuk kg (JJMK) edisi Endau-Rompin-Mersing (ERM) anjuran ngo Wargakilang. Bagai lirik Joget Pahang itu, Niat di hati ...Nak buat jasa..Mudah-mudahan Tuhan kabulkan.  




Di dalam perjalanan, kami singgah di Pekan Waterfront.  Ini yang dihidangkan kepada kami, rojak ayam serta cendol yang marvellous! Masih teringat-ingat kesedapan cendol Saleem itu...





Sempat juga meregang urat di perkarangan Muzium Sultan Abu Bakar.  Menarik kelihatannya, tetapi kami hanya sempat bergambar di bahagian luar sahaja.  Masa tidak mencukupi untuk kami meninjau di dalam muzium.  Gambar-gambar di perkarangan muzium...









klik imej untuk besarkan (teknik stiching)

Inilah destinasi kami...



Bersambung... JJMK ERM

Wednesday, December 12

Kuala Rompin, Pahang

Melengkapkan pusingan ke selatan, destinasi terakhir persinggahan adalah Kuala Rompin.  Mercu tanda Kuala Rompin adalah ikan berparuh - Billfish (todak?).  Tuan rumah homestay yang kami inap memberitahu kami kebanyakan pengunjung ke Rompin akan membeli udang galah.  


pemandangan menarik di stesen minyak rompin

Ketika kami berhenti untuk mengisi minyak kereta, aksi dua ekor kambing berbulu gebu ini menarik perhatian ramai pelanggan yang singgah di situ.


Kuala Rompin

Tuan rumah mencadangkan gerai udang galah yang terletak di persimpangan Muadzam Shah.  Udang yang dijual adalah mengikut gred, A, B dan C.  Gred A - RM60, gred B - RM48 dan gred C - RM35.




di sinilah gerai udang galah

pantai yang terlupa namanya :) - air surut


google map navigation

dengan harapan dapat berkunjung ke sana lagi InsyaAllah

Kuala Rompin - Kuantan - KL.  Alhamdulillah, selesai jelajah cuti-cuti Malaysia ke selatan tanahair.  Yang paling mengujakan saya apabila dapat menjejakkan kaki ke bahagian terpaling selatan benua Asia.  

Destinasi seterusnya?

Wednesday, June 6

Kuantan

Destinasi terakhir percutian, Kuantan.  
pantai Teluk Chempedak

Aktiviti air saja pagi itu.  Pantai Teluk Chempedak pada pagi itu berpenanda bendera merah. Rupa-rupanya kerana ini...



Maka anak-anak hanya bermain-main di gigi air saja.  Berenang di atas pasir laut!




air yang jernih

jam 9 lebih, panas terik

makin gelaplah saya yang sememangnya berkulit gelap!


tidak hairan dengan panas

kerja en. suami, menembak di mana perlu

Percutian ke Kuantan ini juga bersifat 2-in-1, bertemu kawan lama yang sudah 16 tahun tidak bertemu semenjak kami meninggalkan alam universiti dahulu.   Beliau kini usahawan yang berjaya, chocolate chip cookies Intan's Oven telah memasuki pasaran Carrefour di Kuala Lumpur dan juga Seberang Perai.  Intai-intailah jenama ini di pasaran.




Sata Tg. Lumpur... sedap!  RM1 untuk 3 bungkus. Terima kasih Intan, dapat juga merasa sata, nanti sudah tahu di mana hendak dicari sata berhampiran Kuantan.




hanya gerai ini yang menjual sata tengahari itu



Berakhirnya percutian di pantai timur kami.  Gambar adik ketika di dalam perjalanan dari Kuantan ke Puncak Alam...

luasnya nganga!

Entri seterusnya nanti, perbandingan hotel Grand Riverview, Kelantan, Felda Residence, Kuala Terengganu dan Vistana Kuantan serta komen penggunaan GPS.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin