Selesai membersihkan diri, di sebelah malam pula berlangsung majlis kemuncak hari keluarga, makan malam ala BBQ.
Kesempatan ini digunakan untuk berkenalan dengan ahli keluarga baru jabatan. Yang bagusnya mereka ini, walaupun ini pertama kali berjumpa, mereka sudah dapat menyesuaikan diri dengan keluarga besar ini.
|
ayam panggang |
Adik dan kakak puas menikmati spagetti kegemaran mereka. Beberapa kali juga pinggan mereka diisi semula dengan spagetti.
Yang paling teruja tentulah kakak yang menanti habuan hasil penat bermain siangnya.
Hari kedua. Pagi-pagi lagi, budak berdua itu bangun untuk bermain air lagi. Keterujaan mereka apabila berjumpa air sangat ketara. Hilang ngantuk dan keletihan.
|
abang-abang turut melayan mencari remis |
|
sambil-sambil main air juga |
Selesai sarapan, aktiviti air lagi.
|
Selesai sudah |
|
keluarga kecil kami |
|
adik keletihan |
|
bila lagi akan ke sana... |
|
Sempat lagi bermain di dalam feri |
|
Selamat tinggal Pangkor |
Entah bila pula saya dapat ke sana. Kami tidak sempat menjelajah pulau kerana melayan anak-anak bermain air. InsyaAllah, terasa ingin membuat kunjungan balas ke sana untuk benar-benar menghayati keindahan pantai dan lautnya lagi.
Belum pernah ke sana..... cantik pemandangan..InsyaAllah jika ada rezeki teringin juga habiskan masa dengan family kat sana.
ReplyDeleteMemang cantik pemandangannya, memang leka...nanti akak upload gambar2 pemandangan saja
ReplyDelete