Adik membawa balik surat dari tadika tentang sambutan hari guru.
"Umi, nanti ada hari guru di sekolah adik. Cikgu kata, bawa kuih ke, kek ke, hadiah ke.."
Hehehe... perkataan "hadiah" itu yang menggelikan hati saya. Ayatnya sendiri atau cikgu?
Untuk juadah saya belum putuskan lagi. Saya bercadang ingin membuat
kek batik saja. Tetapi untuk hadiah cikgu-cikgunya, saya sudah sediakan
bookmark untuk mereka. Ringkas saja, dan kebanyakan bahan-bahan asasnya adalah dari bahan terpakai seperti bunga telur, lebihan kertas pembalut hadiah dsbnya. Hanya beberapa bahan saja yang saya beli.
bahan-bahan asas untuk bookmark
Gam serta bunga riben (tidak pandai hasilkan sendiri) dibeli. Sepaket bunga riben merah (10 keping) berharga RM1.35 sahaja. Bahan asas untuk bookmark tersebut saya ambil dari beg kertas kenduri yang tidak boleh digunakan lagi.
Assorted bookmark (pelbagai hiasan) yang menggunakan pembalut yang berlainan
bahagian hadapan bookmark - labelnya saya menggunakan mesin label
bahagian belakang - kakak darjah 2, dan adik 5 tahun
hadapan - close up
Selamat Hari Guru untuk semua guru di luar sana. Semoga jasa dan bakti yang ditaburkan untuk mendidik mendapat keberkatan dari Allah.