Showing posts with label kreativiti. Show all posts
Showing posts with label kreativiti. Show all posts

Saturday, May 16

Untukmu Cikgu...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Kenangan persekolahan adalah antara kenangan yang terindah di dalam hidup saya dan mungkin di dalam kehidupan insan-insan lain.  Samar-samar, ingatan saya masih dapat memutarkan kisah perjalanan hidup ketika pertama kali mendapat pendidikan formal di sekolah. Saya tidak ke tadika sebagaimana kanak-kanak lain dan sepupu-sepupu lain.  Guru saya adalah mak dan allahyarham bapak serta kakak yang banyak diganggu ketika hendak membuat kerjarumahnya :D


Kini giliran anak-anak untuk meneruskan perjuangan di sekolah.  Sesekali mengimbas kembali kenangan persekolahan dengan anak-anak untuk memberikan motivasi kepada mereka.  Suasana pembelajaran dahulu dan sekarang sudah banyak bezanya.
Mungkin pemberian yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat menceriakan guru-guru anak-anak saya yang dibebani dengan tugas-tugas yang tidak berkesudahan.  Terima kasih buat guru-guru yang bertungkus-lumus membina ilmu menyempurnakan akhlak anak-anak muridnya.

Untuk adik...




A cup of tea for you teacher...

Untuk kakak...



Terima kasih cikgu!  Buat guru-guru saya, kalian di dalam ingatan saya, semoga cikgu-cikgu sekelian di dalam peliharaan Allah.

**Inspirasi penanda buku ini diperolehi dari laman web ini dengan sedikit ubahsuai mengikut citarasa :)

Wednesday, May 15

Hari Guru 2013

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik.  Jasamu mendidik dari mengenal huruf A, B, C serta nombor 1, 2, 3,... tidak pernah dilupakan.  Tidak mudah menjadi pendidik dengan pelbagai kerenah anak murid, tetapi dengan kesabaran mereka mendidik dapat membentuk negarawan, jurutera, doktor, guru, ahli di dalam bidang masing-masing dan lain-lain lagi.  Terima kasih cikgu!

Ini adalah hasil DIY yang dibuat dengan kos yang sangat minima untuk guru anak-anak.  Gambar-gambar yang comel ini, saya perolehi dari laman web ini.  Gambar comel ini dilaminate sebelum digunting. 

sudah siap di laminate

Bahan lain yang diperlukan hanyalah klip kertas bersaiz jumbo serta gam panas.

sudah siap dilekat

siap dilekatkan klip

Siap...

Selamat mencuba...

Wednesday, February 20

DIY

Cara mudah, anak-anak juga boleh membuatnya sendiri dengan sedikit pengawasan, jika menggunakan gam panas.  Tempohari saya lekatkan kayu aiskrim di atas kertas keras sebelum membentuknya, kali ini saya mendapat idea mudah dengan menggunakan botol air mineral.  

Botol air mineral 500ml dipotong dua dan ambil bahagian bawahnya saja.  Gamkan kayu aiskrim di sisi botol air itu hingga menutupi semuanya (saya gunakan 23 batang pelbagai warna).

Lebih kemas berbanding sebelum ini dan lebih cepat!  Hiasannya... apa saja yang ada.




Multipurpose...



Saya masih mencari kotak bersegi yang sesuai untuk ditempek dengan kayu aiskrim ini, tidak perlu lagi membentuknya...selamat mencuba!

Monday, November 7

Kraf - buku

Hasil kali ini agak remeh berbanding keronsang bunga yang dibuat.  Buku nota @ diari atau panggil apa saja, tetapi, bukulah. 

Bahannya, kertas kosong.  Kertas A4 ini saya lipat 4 dan saya menggunakan 10 helai kertas --> 10 x 4 = 40 helai kertas untuk buku nota ini.  Staple dibahagian tepi menggunakan stapler besar.  Boleh juga kurangkan bilangan kertas.



Gunakan kertas keras / board untuk kulit buku.  Lebihkan sikit ukuran dari kertas putih.  Lipat kertas untuk bahagian spine (tulang buku) mengikut ketebalan kertas.  Untuk 40 helai = 0.5cm (lebih kurang).




Saya lekatkan velcro untuk menjadi penutup buku.




Gamkan di bahagian spine dan lekatkan tepi kertas yang telah distaple.




Klip atau letak pemberat supaya gam yang dilekatkan pada kertas lebih kuat.



Siap...



Sesuai untuk dihadiahkan kepada sesiapa, personal touch itu yang lebih menarik.

Friday, November 4

Terkini...

Nampaknya blog saya sudah menjadi blog kraftangan.  Tempohari, blog fotografi.  Yang mana satu agaknya bidang yang betul-betul saya minati?

Projek terkini...



Nanti saya buatkan entri penuh untuk projek yang belum siap sepenuhnya ini.  Projek ini mengambil masa yang agak panjang berbanding projek keronsang yang boleh disiapkan banyak di dalam satu malam.

Saya banyak mencari teknik-teknik kraf dari internet dan diubahsuai mengikut citarasa.  Adik sudah 'menempah' projek yang saya sedang siapkan ini.

Sunday, October 23

Hadiah kecil (mood : kraftangan)

Adik semakin hampir menamatkan persekolahan tadikanya.  Mulai tahun hadapan, insyaAllah, kakak juga akan berpindah ke sekolah berhampiran rumah dan tidak akan transit di pusat jagaan itu lagi.  Saya sudah menyediakan hadiah kecil yang tidak begitu mahal untuk cikgu-cikgu mereka (harap-harap mereka sudi menerimanya) sebagai hadiah kerana mereka telah mendidik dan mengasuh anak-anak saya seharian sewaktu saya bekerja.
  



pin/brooch comel untuk cikgu adik dan kakak

Saya mencuba untuk membuat kotak kecil sendiri dengan bahan-bahan yang tersedia dengan panduan yang diberikan oleh carian google (saya google "how to make paper box").  Ada beberapa cara untuk membuat kotak, antaranya lipatan kertas (origami) atau secara teknik lipat, gunting dan lekat.  Saya mencuba secara origami, untuk kertas yang nipis, tidak menjadi masalah, tetapi apabila melibatkan kertas tebal, hasilnya tidak kemas.

Hasil yang saya buat ini menggunakan kertas special  yang berkilat 230gm secara gunting lekat.  Walaupun tidak berapa kemas seperti yang dibeli, tetapi, memadailah untuk pertama kali mencuba.  Saya mencuba juga dengan kertas 200gm, hasilnya tidak berapa memuaskan hati.  Untuk membuat kotak, jika boleh, gunakan kertas tebal atau 'mounting board' yang lebih keras.  Cumanya, akan menghadapi masalah untuk melipat jika ianya terlalu tebal.

kotak yang dibuat sendiri

Ada juga template yang sedia ada yang lebih mudah.  Kita hanya perlu gunting mengikut garis panduan yang diberi.


beli vs buat


Yang ini paper tray yang menggunakan template yang sedia ada.  Yang ini juga menggunakan kertas 230gm untuk kelihatan lebih kemas.  Saiz tapak paper tray ini hanyalah 4cm x 4cm saja.




Mood kraftangan ini... jika datang, layankan sajalah...

Wednesday, May 18

Door decoration

Mood di hari cuti.  Projek menyediakan door decoration untuk bilik anak-anak.  Mereka sangat teruja sesudah hiasan tersebut siap.  

Bahan asasnya kertas keras yang dikitar semula.  Hiasan yang saya gunakan adalah kain felt.  


Apabila melihat saya memegang kamera, adik cepat-cepat menyiapkan dirinya untuk berposing juga.  Kakak juga begitu.


Adik menyuruh saya menyiapkan door decoration untuk bilik ummi dan abahnya pula.  Itu tunggu mood yang lain pula.

Tuesday, May 17

Koleksi

Tiba-tiba datangnya idea untuk membuat time frame gambar anak-anak sejak mereka lahir.  Koleksi gambar kakak di dalam bentuk hard copy ketika dia masih kecil kerana waktu itu kami masih menggunakan kamera berfilem yang perlu dicuci.  Gambar-gambar tertentu sudah discan masuk ke dalam komputer.  Gambar adik pula bermulanya era digital.  Adik tidak mempunyai album khusus kerana kesemua gambarnya - sejak lahir - hanyalah di dalam bentuk soft copy sehinggalah sekarang.  Ada perancangan untuk mencuci gambar-gambar tertentu, tetapi, masih juga tidak berbuat begitu.

Kakak dan adik sangat teruja dengan perancangan saya.  Adik meminta saya supaya meletakkan lebih banyak gambar ketika bayi kerana "comel" katanya... hehehe.  Gambar-gambar mereka, saya print dan laminate supaya ianya dapat bertahan lama.  

Bahan asasnya adalah kepingan kadbod yang dikitar semula saja.  Hiasan yang lain-lain hanyalah yang terdapat di dalam beg barangan kraftangan saya.  Riben adalah pilihan mereka sendiri.






Sunday, February 20

Untuk mereka...


Penanda buku ini adalah untuk mereka yang mendapat markah tertinggi di dalam ujian matematik baru-baru ini.  Saya hasilkannya sendiri hasil dari 'bantuan' encik Publisher yang telah menyediakan template untuk penanda buku.  Hasil pencarian untuk kata-kata, saya memilih ungkapan al-hadith (klik di sini) untuk diletakkan di hadapan dan di belakang penanda buku tersebut. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah".

Dari Abu Hurairah r.a, dari Rasulullah s.a.w sabdanya: "Sedekah tidak akan mengurangi harta seseorang.  Seseorang yang pemaaf, Allah menambahkan kemuliaan baginya.  Dan seorang yang tawadhuk (merendahkan diri) kepada Allah, makan Allah menaikkan darjatnya."

Sebagai kemasan terakhir, saya laminate kan penanda buku tersebut.  Semoga yang bakal mendapatnya nanti beroleh manfaat dari hasil saya yang tidak seberapa ini.

Wednesday, July 7

Milik Siapa?


Bakal menjadi milik siapakah barangan ini?  Hasil dari barangan terpakai.  Kos terlibat untuk kain, riben pink, riben bunga, bunga dan gam sahaja.  Tema : English.

Saturday, June 26

Bekas pensil

Bekas pensil ini terhasil setelah melihat lebihan pita pelekat yang sudah digunakan oleh suami dimain oleh adik.  Timbul idea untuk mencantumkan pita pelekat tersebut dan menjadi bahan yang boleh digunakan.  Tiga pita pelekat dicantumkan dan tapaknya saya menggunakan kertas kotak yang keras.




Inilah hasilnya.  Kebetulan masih ada pembalut lama yang masih bersisa dan ada pula stiker yang dibeli dulu.  Stiker-stiker ini ditampal untuk menambahkan keceriaan kepada bekas pensil yang dihasilkan.  Mudah, ringkas dan murah.  Hanya kurang dari sejam, saya berjaya menghasilkan satu bekas pensil untuk kakak. Adik teruja apabila melihat bekas pensil tersebut.  Selepas ini, projek menyiapkan untuk adik pula.




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin