Wednesday, May 16

Hari Guru 16 Mei 2012

Inilah hadiah untuk guru mereka.  Biarpun nampak tidak 'semenggah' tanpa hiasan icing, tetapi anak-anak teruja membawanya ke sekolah.  Hiasan bunganya dibeli di kedai.



Tadaa... make up kena cantik... gigih membalut sehingga 12++ pada malam itu.

ada lagi yang belum dibalut!


Adik sibuk bercerita tentang sambutan hari guru di sekolahnya.  Dengan semangat adik bercerita, ketika cikgu lelakinya sedang menyanyi, tiba-tiba hujan turun hehehe.  Adik beritahu, cup cake itu diberikan kepada guru besar.  Cikgu kelasnya tak jumpa.... laaaa....kenalah ummi siapkan lagi kek untuk cikgu kelas adik.  Saya berpuas hati dapat menyiapkan sendiri untuk mereka.

Kali ini saya menggunakan kaedah kukus pula, lebih cepat dan lebih cantik permukaannya dan chef kecil kata lebih gebu.  Lain kali boleh buat lagi lah adik...


pipi chef kecil yang semakin 'angry bird'

Selamat menyambut Hari Guru kepada semua warga pendidik secara langsung atau tidak langsung dan juga kepada keluarga saya yang menjadi guru pertama saya sebelum saya mendapat pendidikan formal di sekolah. 

2 comments:

  1. Senang itu. Aku beli nail clipper yg kiut sorg dua biji. utk cikgu yg best ja..tak mampu nak beli banyak2 kali ni. Terlihat sorg budak di taska sedang gamkan stiker atas wafer utk semua cikgu. untung jadi cikgu yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula ingat nak buatkan 1 saja untuk cikgu kelas, budak-budak dah lorat nak bagi semua cikgu yang mengajar.. adoi... kalau nak beli jenuh jugak lah. Hari sebelum tu, adik dah mintak RM4 nak beli bunga hidup katanya... what! ada pulak yang buat bisnes. Mak bapak pening bila anak-anak berlumba nak bagi hadiah pada cikgu, kalau tak bagi, kesian pulak. Untungnya cikgu kan. Tapi tak pa aina, ikhlaskan hati mendidik walaupun tidak mendapat sebarang ganjaran material di dunia, semoga ada ganjaran di Sana nanti, InsyaAllah.

      Delete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin