Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Tuesday, February 24

Kenangan Itu

Kami ditempatkan di dalam satu kelas ketika di PPP/ITM, Shah Alam, persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Permulaan perbualan dengan arwah Hifzana sangat menarik. Rupanya iras-iras junior ketika sekolah menengah, serta namanya hampir-hampir sama dengan junior saya itu. Bila ditanya, sahlah mereka bersaudara. Arwah Mas Ahza merupakan sahabat yang sedia membantu serta memberi kata-kata semangat ketika saya di dalam kebuntuan. Al-maklum, sewaktu mengikuti kelas Bahasa Inggeris, saya yang tidak begitu mahir, sentiasa berasa ketinggalan. Sehingga saya hampir-hampir membuat keputusan untuk berhenti dari PPP ketika itu. Semua ini menjadi lipatan sejarah dan sudah tentu tidak akan bertemu lagi dengan 2 insan yang pernah berkongsi suka-duka dahulu.

Allahyarhamah Mas Ahza (kotak)
l
Allahyarhamah Hifzana (kotak)

Sehingga kini wajah-wajah mereka masih tidak dapat saya padamkan dari ingatan ini. Hanya beberapa bulan dari tarikh kematian mereka, saya dapat bertemu dengan mereka yang berada di universiti lain. Ternyata pertemuan itu merupakan pertemuan akhir kami. Panggilan telefon dari teman di universiti mereka mengkhabarkan yang mereka telah meninggalkan kami untuk selama-lamanya di dalam sebuah kemalangan di Wyoming yang turut mengorbankan suami Mas serta seorang junior. Saya terkedu tidak terkata, masih terbayang kemesraan mereka ketika kami bertandang di rumah arwah Hifzana.

Setelah 14 tahun pemergian mereka, baru-baru ini, jika tidak kerana Alin yang pulang bercuti dari Dubai dan dengan izin Allah, kemungkinan saya masih tidak bertemu dengan keluarga arwah Mas. Mungkin ini takdirnya untuk menyambung kembali silaturrahim dengan keluarga sahabat saya. Perjalanan mencari keluarga sahabat saya bermula di Facebook, kebetulan juga teman mengenali kakak arwah Mas. Alhamdulillah. Hanya keluarga arwah Hifzana yang masih belum dapat dijejaki.

Suami saya, bapa arwah Mas, Muhammad (suami Yani), Yani, ibu arwah Mas, Alin serta ibu saudara arwah

Thursday, February 19

Tag oh Tag

Memandangkan saya telah di"tag" oleh kawan lama, kena lah jawab tag itu.. kalau tag balik boleh ke..hehehehe.


1. Do you think you're hot?
-- rasanya sejuk kot...

2. Upload your favourite picture of you!

















3. Why do you like that picture?

-- tengah saspen ketika dalam perjalanan turun kereta kabel. Rasanya lepas ini, saya tidak mahu naik lagi kereta kabel.


4. When is your last time you ate pizza?
-- bila ye? tak ingatlah..


5. The last song you listened to...
-- Selawat Syifa' oleh Hijjaz (lagu ke?) kes tengok cerita "anak betong" hehehe.

6. What are you doing right now beside this?
-- tengok tv

7. What name do you prefer besides yours?
-- Ermm... tak terfikir sekarang ini


People I tag :

1. Hafizah (jawab jangan tak jawab)

2. Hanafiah

3. Faridah

4. Alhan

5. Noni



8. Who is number one?
Kakak. Dia rajin masak kalau kami bertandang ke rumah.


9. Number three is having relationship with?
Hisham (orang Tasmania) - suami dia ye.


10. Say something about number 5.
Kawan sekerja dan mama kawan baik Farzana. Sekarang tengah buat PhD. Maaf Noni, kena jawab tag pula ye.


11. How about number 4?
Kawan sekerja juga... orang yang rajin menjengah blog saya... juga tengah buat PhD... hehehe... bertambah kerja pula ya nak jawab tag.


12. No 2
Abang. Baru pinjam kereta dia sebab kereta saya tersadai di bengkel.


Itu saja. Mujur juga tak banyak tag nak jawab... hehehe.

Tuesday, February 10

"A chapter in life"

Lin merupakan sahabat lama ketika dibangku sekolah rendah dan menengah. Hampir 5 tahun kami tidak bertemu muka, dan kami "diketemukan" semula melalui internet. Saling berutus berita melalui YM serta komen-komen di blog merapatkan kami semula.


Hari minggu lepas, ketika Lin pulang ke kampung, peluang diambil untuk bertemu semula, apatah lagi untuk menatap "anak buah" baru si kembar Awatif dan Athirah. Comel dan semangatnya adik dan kakak.

bersama Athirah @ adik

Semoga silaturrahim ini tidak terputus lagi. InsyaAllah.

Sunday, October 26

Hari Raya belum berakhir

Hujung minggu, ramai berlumba-lumba mengadakan rumah terbuka serta jamuan raya. Semalam (Sabtu) sahaja, dua jemputan jamuan raya saya terima. Pertamanya, jamuan raya taska anak saya - Farwiizah. Memandangkan hidangan pagi sudah agak berat dengan nasi goreng di rumah, saya cuma menjamah 5 cucuk sate serta air. Laksa, nasi (beriani ke minyak, saya tak pasti), ketupat, lemang, kuih-muih, kek,memang tidak dijamah. Perut sudah terasa penuh. Anak-anak juga begitu, tidak banyak yang dimakan. Manakan tidak, tiga kali bertambah nasi goreng yang kelihatan ringkas tetapi sedap (bagi mereka!). Puas hati saya menyediakannya. Selesai jamuan, suami mencadangkan kami ke kenduri walimah agak lewat petang sedikit untuk tidak menghampakan harapan yang menjemput. Tiba di kenduri tersebut sekitar jam 4.30+. Selesai berbual-bual seketika dengan pengantin, kami bertolak pulang.


Setibanya di rumah, bersiap-sedia untuk ke jamuan raya anjuran jabatan saya. Acaranya selepas maghrib. Kami bersiap awal serta bersolat di masjid Seberang Jaya. Hmm... banyak juga juadah yang dihidangkan... tetapi yang dapat dijamah, hanyalah segelintir sahaja. Namun, berpuas hati kerana dapat beramah mesra dengan rakan-rakan yang tidak selalu dapat bertukar-tukar cerita lantaran kesibukan masing-masing. Secara bergurau, saya beritahu teman-teman, selepas ini, kena berpuasa semula...asyik makan dan makan dan makan saja. Mereka ketawa.


Antara hidangan semasa jamuan raya jabatan. Lain dari yang lain, BBQ.

Wednesday, October 22

Hadiah lagi

Misi pencarian hadiah untuk rakan yang melangsungkan perkahwinan. Entah kenapa, mood lebih kepada memberikan buku sebagai cenderahati daripada barangan-barangan yang kebiasaannya menjadi hadiah kepada mempelai. Ini yang akan saya hadiahkan kepada rakan saya. Saya sendiri membeli senaskah untuk diri sendiri. Bahaya juga masuk ke kedai buku, saya juga akan turut mengambil sama untuk bahan bacaan saya. Aduhhhh....

Monday, October 20

Si Kembar

Tahniah Lin dan Latif di atas kehadiran dua cahayamata penyeri rumahtangga kalian. Kembar perempuan! Seronoknya dapat dua sekali. Semoga Athirah Hannah dan Awatif Hannah dilindungi Allah selalu serta menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapanya. Cantik nama-nama itu. Selamat berpantang ye...

Wednesday, October 15

Kembalinya...

Semalam mendapat perkhabaran duka, anak yang baru dilahirkan seorang sahabat telah kembali ke pangkuan Allah. Tiada apa yang perlu dikatakan... sabarlah dalam menempuh ujian ini. Sesungguhnya Allah menguji hambaNya yang mampu untuk menerima ujian ini. Sesungguhnya anak ini sedang menantinya di Syurga. Sabarlah sahabat!

"Dan, sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar" - Al-Baqarah : 155

Tuesday, October 14

Merayap

Selepas balik dari kenduri, bersantai di rumah mertua. Selepas asar bertolak balik ke Penang kerana ada jemputan rumah terbuka selepas maghrib. Anak-anak seperti biasa, jika asyik bermain, naik kereta, terkena sepoi-sepoi air-cond, memang lena! Tiba di rumah sekitar jam 7. Selesai maghrib, bersiap-siap pula untuk ke rumah terbuka.

Singgah sekejap di masjid, suami bersolat isyak sebelum bergerak ke rumah kawan. Sampai di sana, pelbagai juadah sudah terhidang, nasi himpit, sate, kek, makaroni bakar, agar-agar jeli, bihun, dll. Hampir kesemua makanan yang ada, kakak mahu. Ambil sikit saja untuk merasa. Sudahnya, kakak dan adik asyik makan sate, umi juga yang tolong habiskan makanan lain yang diambil. Sayang pula, membazir! Aduh, penuh perut saya! Beginilah para ibu ye..asyik menghabiskan makanan yang tinggal. hehehe.

Sunday, October 12

Kenduri Itu

Alhamdulillah, Azma sudah selamat menjadi isteri. Azma kelihatan manis dengan baju putih berkain biru muda. Tahniah Azma. Semoga jodoh kalian sentiasa diberkati Allah serta dikurniakan anak-anak yang soleh/solehah. Memandangkan Azma akan melanjutkan pelajaran lagi, serta Azma seorang pencinta ilmu, saya hadiahkan buku kepadanya. Semoga Azma beroleh manfaat dari tips-tips yang diberikan. Dan sungguh menarik, cenderahati untuk tetamu, adalah sebuah kompilasi puisi yang ditulis beliau serta sebuah buku matsurat kecil yang amat berharga.

hadiah untuk Azma

Azma agak terkejut apabila diberitahu yang kami mempunyai talian persaudaraan. Hehehe.. tak begitu Mak... (apa ye panggilannya?). Mak mertua memperkenalkan si polan itu si polan ini sebagai saudara. Iskh..dapat ke saya ingat? Saya rasa, jika berjumpa sekali lagi, saya tidak akan ingat lagi.

Friday, October 10

Balik lagi

Malam ini akan bergerak ke Alor Star. InsyaAllah, esok hari bahagia Azma, bekas rakan sekerja. Err, sebenarnya, Azma ini adalah pangkat ibu saudara pupu kepada saya. Hehehe, begitu kecilnya dunia. Semasa balik ke kg tempohari, bercerita dengan mak mertua tentang kenduri ini. Bila saya beritahu nama ayah dan ibu Azma, mak beritahu tentang pertalian saudara antara kami. Hmm...

Thursday, September 4

Yang Pergi Tak Kembali

Takziah kepada Rafizah yang baru kehilangan ayahanda tercinta subuh tadi. Semoga roh ayahanda berada di dalam himpunan orang-orang yang soleh. Takziah juga kepada Mazlina yang kehilangan anakanda semalam. Usahlah bersedih kerana anakandamu sedang menunggu kedatanganmu di Syurga.

Nota: Terkenang saat kehilangan ayahanda tercinta pada 1 Jun 2006 yang lalu.

Al-Fatihah.

Sunday, August 24

Rindu

Beberapa minggu lepas, asyik teringatkan rakan-rakan di pejabat tempat kerja lama saya. Entah kenapa, hati menjadi rindu ingin berjumpa mereka. Memandangkan hari Selasa tiada agenda yang khusus, saya mengajak suami ke pejabat itu. Sudah lama sejak saya menjejakkan kaki di sana. Ketika itu kakak baru berusia beberapa bulan. Sekarang sudah 6 tahun! Bermakna hampir 6 tahun saya tidak bertemu dengan rakan-rakan sekerja saya dahulu.

Masih ada beberapa orang yang masih dikenali wajah dan nama. Kemesraan mereka tetap sama, walaupun sudah bertahun-tahun tidak bertemu. Yang lain-lain, masuk selepas saya meninggalkan pejabat itu. Entah bila saya akan bertamu di sana lagi.

Permohonan yang pada mulanya ingin mencuba nasib - kakak juga yang menggesa saya (kerana iklan memerlukan seseorang yang berpengalaman - sedangkan saya baru bergelar graduan). Peristiwa pergi ke temuduga dengan tempat yang tidak diketahui, saya hampir-hampir berputus asa, ditambah dengan hujan lebat. Namun, hati bagai ditarik supaya mencari tempat itu untuk kali terakhir. Alhamdulillah, sampai juga ke sana dalam keadaan basah kuyup! Ya, dan saya masuk ke bilik temuduga dalam keadaan basah kuyup! Hehehe...malu jangan cerita. Namun, saya mengadap 5 orang penemuduga dengan yakin. Dan Alhamdulillah, dah memang tertulis rezeki saya di situ untuk 5 tahun 4 bulan berikutnya. Balik ke rumah, bercerita dengan kakak, jenuh dia gelakkan saya....hehehe.

Saya banyak menimba pengalaman di sini. Ilmu baru, melayan kerenah manusia, kerenah birokrasi, dan pelbagai lagi yang mematangkan saya. Juga peristiwa-peristiwa yang berkait dengan emosi, kesemuanya ketika saya bekerja di situ. Walaupun ketua jabatan saya bukan seagama, namun beliau tidak menghalang saya untuk menunaikan kewajipan saya sebelum memulakan sesuatu kerja yang diarahkannya. Alhamdulillah!

Di sana juga saya mengenali seorang insan yang lebih berupa kakak kepada saya. Banyak kisah suka-duka yang dikongsi bersama dengannya. Sehingga kini, kami masih berhubungan dan setiap perkembangan terkini akan disalurkan melalui email atau sms atau telefon. Jika ke KL dan berkesempatan, saya akan berkunjung ke rumahnya.

terima kasih kak di atas layanan mesra akak walaupun sibuk dengan tugas-tugas pejabat

Saturday, August 23

Sambutan bagai VIP

Hari Sabtu minggu lepas, kami sekeluarga, mak dan anak saudara bertolak ke K.Lumpur. Tujuan utamanya untuk menghadiri walimah anak rakan lama di Ampang. Alhamdulillah, sampai di rumah kakak sekitar jam 1.30 petang. Sempat berehat untuk seketika sebelum bertolak ke walimah tersebut.

Sesampai kami di Ampang, kami disambut dengan baiknya oleh rakan lama saya. Layanannya bagai VIP..terharu kami dengan layanan yang sebegitu. Tentunya beliau merasa sungguh terharu dengan kehadiran kami, jauh dari utara...hehehe...perasan sendiri ye. Bersembang sekejap untuk mengetahui perkembangan masing-masing, kami pun mengundur diri dengan ole-ole yang berbagai.

Terima kasih, En. Fudzil dan Kak Umi di atas jemputan dan layanan mesra yang kami terima.

Thursday, July 31

Panggilan Mesra

Semalam saya mendapat panggilan telefon dari Kak Long Syikin. Walaupun perbualan yang singkat, tapi cukup untuk mengeratkan lagi silaturrahim yang baru terjalin.

Syikin, InsyaAllah, bila-bila turun ke KL nanti, akan singgah juga ke rumah. Tempohari, masa agak singkat di KL, jadi tak sempat berkunjung ke sana.

Thursday, June 26

Teman Lama

Sejak kebelakangan ini, hati teringatkan pada teman-teman lama. Teman-teman semasa sekolah rendah, sekolah menengah dan teman di Universiti. Kata orang, bila teringatkan kenangan lama, itu tandanya usia semakin bertambah. Betullah kot. Ketika pulang ke rumah mak, saya 'mengorek' semula album-album lama yang memuatkan gambar2 ketika zaman indah persekolahan. Banyak gambar yang tidak dapat dikesan, saya kecewa! Terjumpa juga gambar2 ketika di sekolah rendah dan menengah. Itupun, beberapa keping yang tinggal. Yang lain2 entah di mana.

kawan-kawan ketika commencent PPP/ITM

Antara tujuan saya wujudkan blog ini juga adalah untuk berhubung semula dengan kawan-kawan lama. Rangkaian internet menjadikan dunia ini seolah-olah tanpa sempadan. Jika ada rakan-rakan yang masih mengenali diri ini, silalah muncul, marilah kita sambungkan silaturrahim yang terputus seketika itu.

Nota :

1.Saya juga telah bertemu dengan rakan sekolah saya di sini...semoga persahabatan kita yang terjalin dari sekolah rendah, menengah kekal selama-lamanya.

2.Buat rakan-rakan baru, saya juga amat menghargai anda. Berkawan biar seribu kan..
3. Nanti saya scankan gambar-gambar lama itu ye..

Friday, June 6

Teman Lama

Sudah lama teringatkan kak Maznah, rakan sebilik ketika menyewa di BB Sentul dulu. Segala masalah, kegembiraan, kesedihan, kami kongsi bersama. Kali terakhir berpisah dan tidak berjumpa, September 2001, ketika saya pulang untuk berkhidmat di bumi kelahiran saya. Persahabatan tidak terputus di situ, beberapa kiriman sms tetap mengunjungi telefon masing-masing. Rabu lalu, sms dikirim oleh kak Maznah, memberitahu beliau akan berkunjung ke utara tanahair. Lama tidak berjumpa, asyik teringat, inilah hasilnya. Akhirnya, dalam perjalanan, beliau singgah untuk bertemu saya dan anak-anak. Aduh! Betapa sebak rasanya di hati saat pertemuan semula. Makan, bercerita, sejam berlalu tidak terasa. Saat berpisah, masing-masing tidak ingin pertemuan berakhir di sini saja. InsyaAllah, kak Maznah, jika diizinkan Allah lagi, kita akan berjumpa lagi di lain tempat di lain masa.

Farzana bersama kak Maznah serta anak-anaknya

gambar kenangan bersama

Friday, May 9

Kenangan Lama

Kadang-kadang kenangan lama mengusik jiwa. Menatap gambar-gambar lama membuatkan saya terfikir, betapa masa berlalu dan betapa usia semakin bertambah. Setahun bertambahnya usia, semakin hampir akan diri kita dengan kematian. Kita digesa supaya bekerja seolah-olah kita akan hidup lebih lama, tetapi beramal-ibadat seolah-olah kita akan menemui ajal esok. Namun, apa yang terjadi hari ini, manusia lebih mengejar harta dunia dari 'harta' akhirat. Di manakah kawan-kawan lama? Ada yang sudah berjaya menjadi bos sendiri, ada yang makan gaji seperti saya, mendidik anak-anak bangsa supaya menjadi insan yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Ada rakan-rakan di dalam gambar yang diambil ketika commencement PPP ini sudah menemui Ilahi, masa kita? Al-Fatihah untuk rakan-rakan yang telah mendahului kita menemui Pencipta.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin