Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Tuesday, June 28

Makan-makan

buah durian rumah mak yang marveles
tidak semangat seperti dahulu ketika makan durian

Konon-kononnya ahad lepas berjanji dengan anak-anak untuk santai-santai di Pantai Merdeka.   Tiba di sana pula sudah agak lewat, jam 6++ petang setelah membeli barang itu dan ini.  Apalah sangat yang boleh dibuat, hendak mengambil gambar pun, cuaca agak mendung, tidak begitu menarik.  Baru sekejap di pantai, hujan turun renyai-renyai.  Kita makan sajalah di medan selera.  Menu sama saja seperti di kebanyakan restoren lain, tetapi ini yang saya rasakan sedikit special, ABC Gunung Jerai, memang menggunung tingginya.  Harganya tidak pasti... hehehe.




ABC gunung jerai @pantai merdeka

Tuesday, June 14

Makan-makan

Kamera : Canon Ixus 105
Lokasi : Radix Pizza House






Pizza MeatBall

Pizza Ocean Tuna
Alhamdulillah.

Sunday, May 15

Agak lama...

Agak lama tidak berkunjung ke sini.  Nikmatnya terasa apabila sesuatu itu sudah lama kita tidak rasai.  Jika kerap, terasa jemu pula. 

Layankan saja gambar-gambar berikut.  Lokasi : RFC, Jitra, Kedah.


untuk mereka, saya masih berpantang




Untuk adik - chicken chop

Licin pinggan kakak
Alhamdulillah...

Monday, February 28

Sup Cendawan




Anak-anak amat menggemari sup cendawan (mushroom soup).  Begitu juga saya.  Jika ke restoren, harga semangkuk kecil di dalam lingkungan RM3.50 ++ (bergantung kepada tempatnya).  Sabtu lepas, saya mencuba resepi Chef Hussin yang baru diterbitkan oleh PTS (blog Chef klik sini). 

Walaupun kekurangan bahannya kerana tidak dapat diperolehi di pasaraya, saya mencuba juga resepi itu. 

Kata Chef tempohari, ianya boleh disimpan di dalam bahagian sejuk beku.  Saya sengaja lebihkan sukatan supaya boleh disimpan lagi untuk anak-anak.  Saya hidangkan dengan roti biasa yang disapu dengan mentega bawang putih (supaya menjadi garlic bread).  Berselera mereka menjamahnya.  Alhamdulillah, anak-anak sangat sukakannya dan memujinya sedap.  Kata mereka, lebih sedap dari kedai.  Iyelah tu...

Bahan-bahannya :

8 biji cendawan butang segar (potong kecil)
5 biji cendawan kering (direndam air panas)
5 keping cendawan tiram (dipotong kecil)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji bawan besar (dipotong kecil)
1 batang saderi (dipotong kecil)
1 batang leek (dipotong kecil)
2 helai daun bayleaf
2 cawan susu segar
1 cawan krim putar
2 cawan air
garam dan serbuk lada putih (secukup rasa)

Caranya:

1. Tumis bawang putih, bawang besar, saderi dan leek sehingga naik bau
2. Masukkan kesemua cendawan dan daun bayleaf.  Tumis sehingga layu.
3. Masukkan air dan kacau sebentar sebelum dibiarkan mendidih
4. kecilkan api setelah mendidih dan biarkan sehingga kesemua sayur menjadi lembut
5. keluarkan daun bayleaf sebelum proses mengisar
6. kisar semua bahan dan masukkan semula ke dalam periuk
7. panaskan semula sup dan tambahkan garam dan lada putih
8. tuangkan krim dan susu.  Masak seketika supaya ianya sebati.

Wednesday, October 13

Nilai sebuku roti...

kepada seorang kaya...
kepada seorang faqir...
kepada yang kenyang...
kepada yang lapar...

Biarpun hanya sebuku roti yang sama, jika penerima di dalam golongan yang berlainan, lain pula penerimaannya.  

Kebiasaannya, jika saya mempunyai kuliah jam 8 pagi, sarapan saya seringkas mungkin, sandwich dan juga air mineral.  Jika hari lain, kadang-kadang sempat juga bersarapan agak berat seperti nasi lemak atau roti canai atau roti jala bercicahkan kuah kari bersama teh tarik kurang manis, itupun jika bersama suami.  Tetapi bilangan teh tarik di dalam seminggu hanyalah 1 atau 2 kali sahaja.  Ok agaknya bagi saya yang paras kolestrolnya berada di tahap border line.  Jarang sekali dapat bersarapan dengan rakan-rakan sepejabat sewaktu semester kuliah berlangsung.

Ketika berjalan menuju ke kiosk yang menjual sandwich, roti dan bun, ops... tutup pula.

Adakah bermakna saya terpaksa menahan perut sehingga jam 11 pula.  Hmm... nampaknya, begitulah.  Akan bernyanyilah perut ini.  Peliknya ketika berpuasa tidak pula begitu.

Ketika bersiap untuk menyediakan bahan pengajaran ke dalam beg hijau yang selalu dibawa ke kelas, eh... apa ni? Roti? Hehehe...sungguh...rezeki namanya.  Alhamdulillah.

Sambil menikmati roti hijau lembut yang berintikan jem blueberry itu, otak saya ligat memikirkan bagaimana roti itu boleh berada di dalam beg saya. 

Ini mesti kerja si budak kecik itu... Semalam suami membeli 4 buku roti, suami makan 2, apabila ditanya, adik sudah menyimpannya 1. Mana lagi 1?  Ummi tidak makan.  Kakak sudah tidur.

Memang kerja si adik.  Dia terlupa yang dia memasukkan roti itu ke dalam beg ummi.  Misteri terjawab tentang 'kehilangan' sebuku roti.

Begitulah nikmatnya jika kita benar-benar perlukannya.  Begitu juga pemberian ikhlas kita kepada golongan yang memerlukan.  Biarpun nampak kecil di mata kita, tetapi, begitu besar di pandangan mereka.  Marilah kita salurkan sedikit hasil dari habuan yang diterima tiap-tiap bulan untuk golongan yang tidak bernasib baik.   Tidakkan muflis kita dengan sumbangan yang dikeluarkan itu.  Jangan pula kita muflis di akhirat kelak.  Wallahu'alam.  (Peringatan untuk diri ini juga yang selalu terlupa). 

Friday, May 21

Yum Yum...(baca atas risiko masing-masing)

Jika teringin, tanggung sendiri ye.  Hehehe... Selesai jalan-jalan makan angin, kami singgah di sini - Radix Chicken House.


Sebelum masuk, saya memerhatikan di dinding kaca restoren.

"No outside food allowed"
"No ....bla bla bla..."

Mujur tiada sign "No camera/video allowed", itu yang berani mengambil gambar-gambar ini untuk tatapan semua.  Ada suatu ketika saya berada di klinik ..... (nama dirahsiakan), tertulis di dinding, "No camera/video camera allowed"... sampai begitu sekali.  Tidak pasti kenapa. 

Radix Chicken House ini letaknya di Alor Setar. 


Kakak nak .... bla..bla... adik nak... bla bla..kecohnya mengalahkan pasar

Jemput makan

Ayam 1/2 'roaster' umi dan abah


nasi lemak adik

kenapa lain macam saja kuah mashed potato ini? tidak macam selalu...

chicken chop kakak

sate yang gemuk..

Selepas meratah 1/2 ayam roaster, saya hanya mampu menjamah 1 cucuk sate yang gemuk ini (besar lagi dari sate Hj. Samuri).  Ada juga yang dibungkus untuk dibawa balik ke rumah mertua.  Akhirnya, yang 10 cucuk untuk dimakan, berbaki 6 terpaksa dibungkus juga.

 Sedapnya!

Saturday, April 24

Sambutan Keluarga

Lamanya saya tidak update blog ini.  Asyik sibuk dengan itu ini, tidak sempat untuk memasukkan berita seminggu lalu.  Sempena ulangtahun kelahiran adik, kami meraikan bersama keluarga di sini:



Lihat saja gambar-gambarnya.  Jika ada yang berkeinginan, lokasinya di Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam, milik Bumiputera Islam.  Cuma sediakan ongkosnya, standard bagi kedai makanan Western yang eksklusif.


Chocolate Milk Shake

Strawberri Milk Shake

Mushroom Soup - milik kakak

Spagetti - kakak

Fish Firecraker - umi

Blackpepper Chicken - adik

Chicken Italiana..... (tak ingat namanya) - abah

Keseluruhan, makanannya adalah yummy....sedap.  Alhamdulillah.  Berkat rezeki sampingan ketika saya mengendalikan bengkel Maple tempohari, dikongsi bersama keluarga.

Thursday, March 4

BBQ + Hari Lahir

Seminggu yang lalu kakak saya pulang ke kampung.  Di kesempatan itu, kami berkumpul adik-beradik di rumah mak.  Meriah!  Pada mulanya bercadang ingin menikmati ikan bakar di Telok Tempoyak, tetapi rancangan berubah pada saat akhir. BBQ! 

 
ayam perap resepi kakak

  
 jagung bakar

  
 ayam bakar

  
si comot!

  
tiga serangkai

 
kek di'sponsor' oleh kakak saya

Kebetulan hari lahir saya jatuh pada hari sebelumnya, kakak saya telah sponsor kek strawberi ini.  Rasa-rasanya banyak lagi gambar-gambar BBQ tempohari, ayam bakar, ubi, sosej, ikan bakar, agaknya sudah ter'delete' oleh "tangan kecil" yang ingin menjadi photographer pada hari tersebut :(

Sunday, December 27

Jalan-jalan Cari Makan


Pada hari Jumaat sempena Tahun Hijrah, saluran televisyen memaparkan beberapa restoran yang dimiliki oleh Cina Muslim.  Peluang berkunjung ke rumah kakak baru-baru ini, kesempatan diambil untuk berkunjung ke salah sebuah restoran yang dipaparkan.  Selepas anak-anak puas berendam di Wet World Shah Alam, destinasi seterusnya ke Restoran Mukmin di Seksyen 19 Shah Alam berhampiran hotel De Palma dan Salam Poliklinik.


hadapan kedai


suasana di dalam kedai

Salah satu minuman asli yang dibuat dari campuran buah longan, kundur dan gula merah (Luo Han Guo) juga dihidangkan di sini.  Rasanya agak menyegarkan.  


Luo Han Guo, kedondong (amra) asam boi  dan tembikai




  Hot Plate Mee


  Nasi daging Kam Heong (rasanya masam dan pedas)


Kung Fu Yee Mee (kegemaran saya)


Japanese To Fu

Bagi penggemar Chinese Food seperti saya, kewujudan restoran-restoran sebegini yang halal dan menyakinkan amat dinanti-nantikan.  Di sebelah utara, restoran sebegini agak susah kedapatan, dan yang selalu didengari, kawasan lembah kelang menjadi tumpuan bagi pengusaha restoran ini. 

Kesimpulannya, makanan yang dihidangkan di sini adalah sedap dan pastinya jika saya berkesempatan ke rumah kakak saya, saya akan ke restoran ini lagi hehehe.

Friday, December 11

Biskut "Cornflake"



Sewaktu menjalani program LDK di kampus UiTM Lendu semalam, suami mengirimkan MMS kepada saya.  Ini adalah hasil kerja kakak ketika di Muslim Kids Camp yang dihadiri kakak selama 5 hari bermula Isnin - Jumaat.  Ini adalah hasil untuk dibawa pulang kepada ibubapa.  Saya pasti kakak pun teruja dengan hasil yang dibuatnya sendiri.  Saya mohon biskut ini disimpan supaya saya dapat sama-sama merasai "air tangan" anak sendiri.

Friday, November 27

Dangai






Kuih dangai ini diperbuat dari tepung pulut, kelapa parut dan gula yang ditabur di tengah-tengahnya ketika dibakar.  Kuih tradisional ini masih kelihatan di beberapa gerai atau pasar malam. 



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin