Showing posts with label farwiizah. Show all posts
Showing posts with label farwiizah. Show all posts

Tuesday, August 2

Keterujaan pertama Ramadhan

Keterujaan menyambut ramadhan bermula beberapa hari sebelum lagi.  Adik sentiasa melagukan niat berpuasa hampir setiap jam.  Persiapan syawal disiapkan seawal mungkin supaya tidak mengganggu tumpuan di bulan Ramadhan.



Selesai pengumuman tarikh permulaan puasa, lampu warna-warni dipasang sebagai meraikan ketibaannya bulan umat Muhammad ini.  Manakan tidak bulan kegembiraan, bulan di mana segala amal ibadahnya dilipat-gandakan pahala bagi yang mengerjakannya.  Dan juga, keistimewaan solat yang hanya boleh dilakukan di bulan ini saja - tarawih, serta, keistimewaan satu malam di mana jika beribadat menyamai 1000 bulan (83 tahun).  Tidakkah istimewanya Ramadhan ini.  



Rejab, Sy'aban dan Ramadhan adalah gandingan bulan yang mulia. Rejab dikatakan bulan milik Allah, Sya'ban milik Nabi Muhammad dan Ramadhan bulan bagi umat Muhammad. Ini bermakna bulan Ramadhan yang sedang kita lalui sekarang ini adalah bulan paling istimewa bagi kita umat Nabi Muhammad. Oleh sebab itu gembira menyambut ketibaan Ramadhan sahaja (belum berpuasa lagi) Allah mengharamkan kita dari api neraka. (sumber)


Yang Bermaksud:  Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, Syaitan- Syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad ) - sumber


Malam ketika bertarawih di rumah, kakak dan adik juga turut serta.  Ketika selesai rakaat yang ke-4, adik sudah tidak tahan berdiri.  Saya biarkan saja dia untuk bersolat duduk.  Selesai setiap dua rakaat, dia akan bertanya, berapa rakaat lagi yang perlu dibuat, sehinggalah ke penutupnya witir.  

Di dalam kereta ke sekolah, saya berpesan kepada adik, jika tidak tahan, makanlah.  Adik masih kecil lagi, tetapi, harus juga belajar berpuasa, tetapi dia memberitahu dia ingin berbuka di rumah setelah azan berbunyi (maghrib).  

Ketika menjemputnya di sekolah petang itu, adik memberitahu, dia 'terminum' air di sekolah.  Saya katakan, jika 'ter'minum, tidak mengapa.  Jangan sengaja pula buat-buat minum.

"Ummi, jika kita saja-saja jolok dalam mulut bagi muntah, batal puasa", adik beritahu saya.

"O ya ka?  Mana adik tahu?"

"Cikgu beritahu kat sekolah tadi."

"Betullah tu.  Jika saja-saja muntah, batal.  Jika tidak sengaja, tak mengapalah."

Kakak pula relaks saja.  Dia sudah beberapa tahun berpuasa penuh.  Kakak bercerita, "jika rasa lapar, kakak kata, kenyang, kenyang"... hehehe... agaknya berhasil untuknya.  Jadi, dia terasa bertenaga saja, katanya.

Saya sengaja bertanya, "Tahu tak siapa yang paling-paling-paling gembira bila raya?"

"Syaitan!", jawab kakak...

"Kenapa pula syaitan?"

"Iyalah, masa bulan puasa, syaitan kena rantai, bila dah habis, syaitan terlepas balik.", jawab kakak sungguh-sungguh.

"Jadinya, jika siapa terlebih gembira menyambut raya, walaupun dia tidak berpuasa, nampaknya dia kawan syaitan lah kan?"

"Betullah ummi...  Raya untuk orang berpuasa saja kan.  Kalau adik tak puasa, adik tak boleh rayalah", kata kakak lagi.

"Adik nak puasa......."

Sesudah dibelikan jeli kelapa yang diminta, adik sudah merengek keletihan.  Hmm... nampaknya, dia  tidak tahan godaan jeli kelapa itu.  Sayangnya, jam sudah menunjukkan ke angka 6.  Akhirnya adik sudah berbuka hanya 1.5 jam sebelum waktu azan berbunyi.  Sampai di rumah, dia menghabiskan bubur lambuk/kanji yang diambil di masjid.

Friday, July 29

Di kala bosan...

Di dalam perjalanan balik tempohari, bernyanyi dengan lirik sendiri...


Thursday, July 14

Yang pertama



Adik berjaya mencabut gigi pertamanya yang sudah berminggu longgar semalam.  Gigi adik paling lambat tumbuhnya berbanding kakak, hampir 1.5 tahun baru muncul gigi pertama.  Ketika hari lahir adik yang pertama, senyumnya masih menampakkan gusi.

Wednesday, June 22

Kisah Tudung Ungu


Beberapa hari lalu, adik membawa balik sehelai tudung ungu.  Ianya diberikan oleh kawan baiknya, Ain Maisarah. Katanya lagi, ibunya menyuruh dia memberikan kepada kawannya.  Lalu, dua helai tudung diberikan kepada adik dan juga seorang lagi kawannya, Haziqah.  Saya ragu-ragu, kerana bukan sekali ini dia membawa balik barang yang diberikan oleh kawan-kawannya.  Budak-budak, begitulah.  Mereka suka berbagi-bagi serta bertukar-tukar barangan sesama mereka.  Jika saya ternampak sesuatu yang bukan miliknya di dalam kotak pensil atau beg, pasti saya akan menyuruhnya memulangkannya semula.  Bimbang juga ibu-ibu mereka marah kerana anak-anak mereka yang memberikan barang sesama mereka.  

Keesokan harinya, saya bertanyakan kepada cikgu tadika adik.  Rupa-rupanya, cikgu mereka juga tidak tahu menahu tentang tudung tersebut.  Mereka berjanji akan bertanyakan kepada ibu Ain Maisarah untuk kepastian.  Benarlah ibunya menyuruh dia memberikannya kepada kawannya. Kemudiannya, kakak juga memberitahu saya, kakak Ain Maisarah (yang kebetulan belajar fardhu ain di tempat yang sama dengan kakak) juga mengiyakannya.  Lega hati saya.  Bukan apa, bimbang juga barangan tersebut diberikan tanpa keizinan ibu mereka, sudah pasti mengundang kemarahan di pihak mereka. 

Adik pula, jika di waktu pagi singgah ke kedai untuk membeli nasi lemak atau roti canai, dia akan meminta dua!  Katanya ingin dikongsi bersama dengan kawannya.  Atau jika dia membawa bekal dari rumah, pasti akan dilebihkan, kerana katanya dia ingin makan bersama kawannya.  Itulah adik. 

"Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa". 

Saturday, June 11

Cerita

Cerita 1


Dari saya dan dia.  Sama-sama memberi.  Itulah "ertinya hidup pada memberi", memetik kata-kata Ustaz Cinta.  Hidup berumahtangga perlunya ada "memberi", janganlah kita menjadi penerimanya saja.  Dan ada ketika, memberi sebagai "kejutan" itu lebih manis untuk dikenang.  


Cerita 2


Beginilah skrinnya jika dilihat dari telefon mobile.  Saya telah meletakkan setting berkenaan kerana zaman serba canggih ini, ramai yang mengakses blog melalui telefon mereka.


Cerita 3

Adik sangat teruja untuk menyertai pertandingan mewarna yang diberitahu oleh tadikanya.  Saya tidak tahu apa majlisnya, tetapi kata pihak sekolah, ianya bertempat di Shell Seberang Jaya.  Menjadi seorang mak yang 'penyibuk' untuk melihat aktiviti anaknya, saya juga turut hadir sebagai 'pemerhati' ,  dan adik saya biarkan dengan kawan-kawannya.  Rupa-rupanya ada majlis Shell Fuelsave Challenge.  Jika tahu ada cabutan bertuah, boleh juga mengisi minyak di situ kerana sebelum menghantar adik, telah diisi minyak sepenuh tangki.  Ah, jikapun ada, tidak pernahnya bertuah untuk menerima hadiah hehehe.



oh..rupa-rupanya ada dutanya hadir

bergambar kenangan dengan Fahrin Ahmad

Jadilah...saguhati
Adik "mengamuk" inginkan hadiah 2 kerana kawannya mendapat hadiah tempat ke-2.  Alahai adik, adik warna cantik, tetapi kurang berbanding dengan orang lain.  Nanti bila ada peraduan lain, adik warnalah elok-elok. 

Thursday, June 9

Berangan

Umminya berangan menjadi pelukis potret.  Dulu, ketika masih belajar, seingat saya, pernah melukis potret sendiri berpandukan gambar saya.  Entah di mana saya letakkan lukisan saya itu.  Hasil seorang yang "keras tangan".  Tak menyerupai langsung.


Monday, May 23

Janji tetap janji

Kakak dan adik sangat gembira apabila kak Long dan kak Lang (sepupu mereka) bermalam di rumah saya untuk membantu kerja suami saya.  Semalam ketika kak Long hendak balik, adik merajuk ingin mengikut kak Long balik.  Katanya, dia ingin mengambil basikalnya di rumah tok. Memandangkan saya akan ke rumah mak untuk mengambil kancil saya keesokan harinya, saya beritahu adik, nanti abahnya akan bawa balik basikalnya.

Pagi tadi, abahnya terlupa pula untuk membawa balik basikal itu walaupun sudah diberitahu.  Terpaksalah saya 'menyumbatkan' basikal tersebut ke dalam kancil kerana butnya tidak muat.  Seharianlah basikal itu di dalam kancil saya sehingga balik kerja. Dan adik, dengan relanya, menyelit di celah basikalnya. 



Sesampainya di rumah, adik dengan riangnya mengayuh basikal di halaman rumah yang sejemput itu.  

Monday, May 2

Adik dan basikal baru

Dia sangat teruja dengan basikal barunya.  Fully sponsored.  Alhamdulillah.




Asyik berkayuh saja tidak kira pagi, tengahari atau petang.

Wednesday, April 20

Hadiah Adik

Hadiah hari lahir adik yang tertangguh.  Adik sangat gembira setelah melihat bungkusan hadiah ketika balik dari sekolah.  Sebuah buku cerita serta buku latihan sebagai iringan kerana adik mahukan buku Matematik.


Thursday, April 14

Sambutan Hari Lahir


Sambutan yang agak suam-suam kuku sesuam badan adik.  Saya rasa, birthday kali ini adik tidak begitu  seronok untuk menyambutnya kerana demam.  Pada malam sebelumnya, ketika membungkus sedikit ole-ole untuk kawan-kawannya, dia tidak begitu ceria.  Selalunya mulut becok bercerita itu ini, namun, ketika bungkusan masih belum selesai, dia sudah bersandar di kerusi.  

Ole-ole coklat
Pagi-pagi lagi badan adik sedikit panas, jadi, saya membawanya ke pejabat saja.  

Sepagi hanya tidur saja

Tengahari itu, saya bersama adik keluar untuk mengambil kek dan membawanya ke tadika.  Ketika tiba di tadika adik, kawan-kawan adik yang sedang makan di kantin menjerit-jerit, "Siti...Siti..., hari ni birthday Siti"


Kek "Mickey Mouse" yang diingini adik

Tiada mood untuk tersenyum walaupun disuruh oleh cikgunya

Hanya bergambar saja

Selesai sesi bergambar, hanya sedikit potongan kek dibawa balik ke pejabat.  Selebihnya, untuk kawan-kawan yang sudah tidak sabar-sabar untuk merasa kek kereta adik.

Letih...
Harap-harap demamnya tidak berlarutan.  

Wednesday, April 13

Selamat Hari Lahir Adik


Hari ini, 13 April, genap umur adik 6 tahun.  Kasihan, menjelang hari lahirnya, adik pula demam.  Demam beralih umur.


Cerita adik:
- 5 tahun
- 4 tahun

Thursday, March 24

Wajah Adik...

Kebelakangan ini agak kurang menulis.  Ada beberapa peristiwa dan kejadian yang ingin dirakamkan di dalam diari maya ini, tetapi kadangkala, sindrom M.A.L.A.S untuk menghidupkan netbook saya menjadikan ianya berkubur begitu saja. 


 terserlah 'kerongakan' giginya

adik dan bantal busuknya


 melayan ngantuk...

akhirnya...
 

Saturday, January 29

Banyaknya bintangggggg....


Adik tunjukkan lukisan wajah (mata, hidung, telinga dan mulut) yang dia lukis di sekolah.  Adik memberitahu saya cikgu memuji lukisan hidungnya cantik.   "Comel la adik, rambut pendek, macam lelaki, tetapi muka yang adik lukis, mata, hidung dan mulut macam perempuan", Hehehe.  Adik tersengih.  Cuba kira berapa bintang yang diberikan kepada adik.

Thursday, January 20

Mewarna


Baru-baru ini, adik mempunyai kerja sekolah mewarna.  Dia teruja kerana katanya, jika cantik, cikgu akan berikan hadiah.  Saya memberikan panduan bagaimana untuk mewarna dengan baik.  Tetapi setelah sampai di lapisan bawah, adik sudah keletihan. 


Cantik juga untuk anak yang berusia 6 tahun.

Thursday, December 23

Ziarah


Baru-baru ini saya mendapat perkhabaran, sahabat saya telah selamat melahirkan anak perempuan seberat 3kg dan diberi nama Nurul Aimy Azzalea.  Ketika menziarahi sahabat saya itu, saya bertanyakan adik jika dia inginkan baby tersebut untuk dibawa balik.  Adik hanya tersengih dan menggeleng.  Hehehe.



Saturday, December 11

Boleh sembang ka?


Sewaktu sedang menikmati makan malam (petang), seorang rakan menelefon untuk memberitahu sesuatu yang penting berkaitan dengan program kami itu.  Saya memperlahankan makan dan menjawab panggilan telefon itu.   Selesai berbual beberapa minit, saya meneruskan makan.  

Tiba-tiba adik bersuara, "Umi, masa makan boleh sembang ka?"

Hmm... terkena batang hidung saya!

"Kenapa?"

"Cikgu cakap pada adik, masa makan tak boleh bersembang"

Hehehe.

"Itu, adik pun sembang juga masa makan", saya cuba kenakan dia.

"Adik dah tak makan bila sembang.  Di sekolah, mak cik (tukang masak) cakap, tak boleh sembang masa makan"

"Oooo. Adik kuat sembang kot, sebab tulah mak cik cakap macam tu"

"Mana ada, kawan adik yang sembang banyak" (nak melepaskan diri)

"Adik pun sembang sama juga kan?"

Dia tersenyum.  Faham sangat dengan 'mulut banyak'nya itu!

Wednesday, December 8

Stiker


Adik sangat teruja mendapat stiker ketika majlis sambutan hari lahir kawannya.  Sebelum ini dia pernah meminta untuk dibelikan stiker itu, tetapi saya masih menangguhkannya.  Tup-tup ketika pulang dari taskanya, sewaktu melangkah masuk ke kereta, dengan cerianya dia memberitahu dia mendapat stiker tersebut.
  

 Saya katakan kepadanya, "Adik kena solat dhuha lagi.  Nanti kalau adik nak apa-apa pun, dapat"

"Kita dapat di syurga ke Ummi?"

"Tak lah, di dunia pun boleh dapat.  Tengok, adik kan nak stiker penguin, itu dapat kawan adik bagi.  Percuma lagi, tak perlu ummi beli lagi."


Adik mengangguk-ngangguk.  Adik sangat teruja ingin melekatkan ke dinding biliknya dan kakak.  Di taskanya, ketika pagi sememangnya anak-anak ini melakukan solat sunat dhuha sebelum memulakan pelajaran mereka pada hari itu.

lagi hadiah sempena hari lahir kawannya

Monday, November 15

Melayan

Apabila adik menjadi kakak...

mula-mula adik

kemudian...datang pula kakak ingin sama

Sunday, November 14

Anugerah

Tibalah saat dan ketika setelah lama membuat persiapan untuk majlis ini.  Puas menunggu kemunculan adik ketika acara boria 5 tahun, rupa-rupanya, adik tidak menyertai persembahan itu.  Adik hanya menyertai persembahan nasyid "sepohon kayu" saja.  Praktis borianya melebihi praktis nasyid sepohon kayu sebelum ini, siap dengan gaya borianya.


Untuk tahun ini, adik tidak mendapat apa-apa anugerah kerana kurang cemerlang di dalam kelasnya.  Tiada tekanan diberikan kerana adik masih lagi berumur 5 tahun.  Namun, adik tetap ceria bersama rakan-rakannya membuat persembahan.  Seronok sehingga kesemua mereka tidak mahu turun pentas pula.  Rupa-rupanya cikgu-cikgu mereka terlupa untuk memberi 'que' kepada anak-anak ini untuk turun pentas.  Hehehe.

 bersemangat!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin