Perkhabaran terbaru, telah diluluskan pencen dinaikkan ke umur 58 thn. Hmm... dan mereka akan mengkaji lagi untuk menaikkan pencen ke umur 60 thn. Bagi sayalah, walaupun dinaikkan saya akan tetap berpencen ketika berumur 56 tahun...itupun jikalau umur masih panjang. Mungkin ada yang akan bertelagah dengan mengatakan umur 56 tahun itu masih muda, masih bertenaga, namun saya mempunyai pandangan yang berbeza. Bagi saya, umur sebegini, selayaknya kita berehat dengan menikmati apa yang kita sudah usahakan selama ini. Jangan sampai, setelah berpenat lelah mengumpul wang dan harta, kita telah tiada dan anak-anak berebut-rebut harta peninggalan itu. Tak senang jugak kita di kubur! Beginilah yang banyak terjadi dewasa ini. Wallahu'alam.
Friday, May 30
Tuesday, May 27
Seminar
Ini kertas kerja pertama...dibentangkan semasa seminar pemantapan keluarga.
Antara intipati dari sesi ini:
Anak merupakan anugerah dari Allah yang perlu dihargai, bagaimana?
1. memberikan nama yang baik
2. mengajarkan tulisan (ilmu dan adab)
3. mengahwinkan anak apabila baligh
- Allah s.w.t mengasihi lelaki yang sayangkan anaknya.
- ciumilah anak-anak kerana setiap ciuman memberikan 1 darjat di syurga.
- Dari Rasulullah s.a.w : mengajar anak lebih baik dari bersedeqah 1/2 gantang sehari
Peringkat pendidikan:
1. 0 - 7 thn (jodoh dan susuan)
2. 8 - 14 thn
3. 15 - 21 thn
Dari As-Sodiq: Peringkat 7 thn pertama, bermain dengan mereka. Peringkat 7 thn kedua, mengajarkan adab kepada mereka, dan peringkat 7 thn ketiga, bergaul dan bersahabat dengan mereka.
Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi anak-anak:
1. Kawan
2. Persekitaran
- rumahtangga
- sekolah
- tempat tinggal
- media
Antara intipati dari sesi ini:
Sabda Rasulullah s.a.w : "Anak soleh itu adalah satu wangian di antara wangian yang ada di dalam syurga" (Riwayat tak sempat salin)
Anak merupakan anugerah dari Allah yang perlu dihargai, bagaimana?
1. memberikan nama yang baik
2. mengajarkan tulisan (ilmu dan adab)
3. mengahwinkan anak apabila baligh
- Allah s.w.t mengasihi lelaki yang sayangkan anaknya.
- ciumilah anak-anak kerana setiap ciuman memberikan 1 darjat di syurga.
- Dari Rasulullah s.a.w : mengajar anak lebih baik dari bersedeqah 1/2 gantang sehari
Peringkat pendidikan:
1. 0 - 7 thn (jodoh dan susuan)
2. 8 - 14 thn
3. 15 - 21 thn
Dari As-Sodiq: Peringkat 7 thn pertama, bermain dengan mereka. Peringkat 7 thn kedua, mengajarkan adab kepada mereka, dan peringkat 7 thn ketiga, bergaul dan bersahabat dengan mereka.
Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi anak-anak:
1. Kawan
2. Persekitaran
- rumahtangga
- sekolah
- tempat tinggal
- media
(Full paper)

Friday, May 23
Sibuk?
Saya punya banyak cerita, tapinya tak sempat nak dimasukkan di sini. Kebelakangan ini, memang banyak sangat benda/kerja yang perlu dibuat. Bekerja semula hari Selasa, saya sibuk menyiapkan kertas kerja untuk program minggu depan! Last minute disuruh saya buat kertas kerja...alhamdulillah, sempat juga menyiapkannya dengan bantuan dari teman sekerja. Namun, Pengarah pula outstation, kertas kerja itu masih belum dapat diluluskan bajetnya.
Semalam hari yang menyeronokkan, walaupun beban kerja yang masih tak bersentuh, dapat juga menghadiri seminar pemantapan keluarga. Seronok mendengar para penceramah melontarkan idea berdasarkan pengalaman mereka. InsyaAllah, jika punya kesempatan waktu nanti, akan saya lontarkan pula ke sini untuk dikongsi oleh semua. Ilmu elok dikongsi, kerana ilmu tidak akan berkurangan jika dikongsi....

Tidak boleh lama, nanti kita bertemu lagi di lain coretan.

Tuesday, May 20
Teknologi
Pagi-pagi tadi dengan semangat yang berkobar-kobar, saya on kan PC. Kenapa ya, tiba-tiba bunyi "tit-tit" "tit-tit", dan indicator PC tu berkelip-kelip merah. Sesudah mencuba beberapa kali, begitu juga, sudahnya, telefon ke unit sistem maklumat. Katanya RAM ada masalah, keluarkan dan disapu dengan pemadam, pasang balik, ok. Hmm, kemudian datang 2 orang pelajar praktikal untuk betulkan PC tu. Saya tinggalkan mereka kerana saya perlu hadiri mesyuarat fakulti. Sesampai di bilik, nota ditinggalkan di atas meja, mereka tidak dapat membetulkan PC saya tu... Waaa... PC tu baru je berusia beberapa bulan, kenapa sudah jadi begini? Hmm, sudahnya, saya terpaksa meminjam laptop jabatan kerana staf unit sistem maklumat berkursus ICT, tiada siapa untuk melihat dan membelek PC saya itu...
Friday, May 16
Hari Guru
Tadi pagi, sewaktu saya sedang menghadiri mesyuarat jabatan, bertalu-talu SMS menjengah mailbox telefon saya. Rupa-rupanya dari anak murid dan bekas anak murid serta rakan-rakan mengirimkan ucapan selamat hari guru. Hmm, alhamdulillah, sekurang-kurangnya, saya masih diingati mereka.
Thursday, May 15
Guru
16 Mei, hari yang dinantikan oleh warga pendidik. Guru-guru yang menjadi ibu ayah di sekolah. Beberapa hari lepas, saya sibuk menyediakan hadiah serta kad untuk cikgu-cikgu anak saya di taska dan tadika. Hadiah yang tidak seberapa untuk meraikan guru-guru yang sudi mendidik serta mengasuh anak-anak saya yang tidak kurang nakalnya itu.

Saya sendiri masih mengingati guru saya.

Di antaranya yang masih saya hubungi sekali-sekala adalah Cikgu Fatimah Bee Bee yang sudah pun bersara. Entah mengapa, hati saya sentiasa tidak lupa mengingati cikgu ini walaupun sudah berpuluh tahun beliau mendidik saya. Cikgu Fatimah dikenali sewaktu pertama kali saya menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Sehingga kini, tiap-tiap kali syawal menjengah, hanya kad pengganti diri dilayangkan kepada beliau. Sehinggalah syawal tahun lepas, saya berkesempatan mengunjungi beliau sesudah sekian lama tidak bertemu muka dengan beliau. Masih sihat dan bertenaga, dan tuturnya tetap seperti dulu..ramah. Terlupa pula untuk bergambar kenangan dengan beliau.
Dan untuk hari guru tahun ini, saya tidak lupa mengingati guru ini dan juga guru-guru lain yang pernah mendidik saya sehingga saya juga menjadi seorang pendidik.

"SELAMAT HARI GURU"
Tuesday, May 13
Pelajar
Sebagai pendidik, terasa diri dihargai jika pelajar masih mengingati kita. Pelajar saya, Ahmad Fadzlan, sudah menghabiskan pengajian diplomanya beberapa tahun lepas. Saya mengajarnya subjek semester pertama dan juga subjek semester keempat. Sekali-sekala, beliau akan SMS bertanyakan khabar...saya selalu merujuknya sebagai "choc fudge", sekejap ada, sekejap tak ada...hehehe. Paling terharu, beliau masih mengingati hari ulangtahun kelahiran saya, dan tidak lupa mengirimkan ucapan pada hari lahir saya sejak beliau masih menjadi pelajar saya. Saya berharap beliau dapat menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi kerana saya tahu, semangatnya untuk belajar masih ada.
Mohd. Hidhir, bakal menamatkan pengajian diplomanya semester ini. Saya menjadi pendidiknya ketika di semester 4 diploma. Usai semester 4, Hidhir bertukar haluan menjadi pelajar Golden Hope Plantation. Beliau akan menghubungi saya sekali-sekala melalui SMS untuk bertanya khabar, meminta pandangan serta nasihat tentang sesuatu perkara. Kadang-kadang emel beliau akan menjengah mailbox saya atau berkelapangan, YM buat seketika. Semoga Hidhir berjaya mencapai apa yang dicita-citakan. Kuatkan semangat anda.
Aly Idham, masih menuntut di semester 3 diploma. Saya mengajar beliau subjek semester 1. Sehingga sekarang, beliau akan tetap mengunjungi saya sambil bertukar-tukar buah fikiran serta pandangan peribadi mengenai pelajar masa kini. Saya lihat, Aly mempunyai wawasan serta mampu berjaya hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga Maju Jaya.
Gambar hiasan - ketika bengkel pada bulan Mac yang lalu di mana saya menjadi fasilitator kepada anak-anak ini
Baru-baru ini terserempak dengan bekas pelajar saya, Mohd Fadzil, yang sudah menamatkan pengajian di peringkat diploma dan sudah bekerja di sebuah kilang di Seberang Perai. Beliau masih mengenali saya. Alhamdulillah, masih bersopan santun seperti dahulu. Beliau ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, tapi beliau ingin menimba pengalaman bekerja dahulu.
Sayangnya, gambar-gambar mereka tiada dalam simpanan saya, cuma kekal di dalam simpanan kotak memori saja. Saya yakin, ramai bekas-bekas pelajar seperti mereka ini yang masih mengingati guru/pensyarah yang pernah mengajar mereka walaupun mereka tidak berhubungan secara terus, sebagaimana saya yang masih mengingati cikgu-cikgu serta pensyarah saya. Saya amat berharap mereka berjaya di dalam hidup mereka serta dapat menolong anak-anak bangsa yang lainnya untuk berjaya.
Gambar hiasan - ketika bengkel pada bulan Mac yang lalu di mana saya menjadi fasilitator kepada anak-anak iniBaru-baru ini terserempak dengan bekas pelajar saya, Mohd Fadzil, yang sudah menamatkan pengajian di peringkat diploma dan sudah bekerja di sebuah kilang di Seberang Perai. Beliau masih mengenali saya. Alhamdulillah, masih bersopan santun seperti dahulu. Beliau ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, tapi beliau ingin menimba pengalaman bekerja dahulu.
Sayangnya, gambar-gambar mereka tiada dalam simpanan saya, cuma kekal di dalam simpanan kotak memori saja. Saya yakin, ramai bekas-bekas pelajar seperti mereka ini yang masih mengingati guru/pensyarah yang pernah mengajar mereka walaupun mereka tidak berhubungan secara terus, sebagaimana saya yang masih mengingati cikgu-cikgu serta pensyarah saya. Saya amat berharap mereka berjaya di dalam hidup mereka serta dapat menolong anak-anak bangsa yang lainnya untuk berjaya.
Monday, May 12
Bonda
Saya tak pernah meraikan Hari Ibu. Mengapa? Adakah kerana saya tidak menghargai ibu? Tidak...bagi saya, hari-hari adalah hari ibu. Jika teringat hendak berikan hadiah, berikan saja bila-bila masa, tidak semestinya pada tanggal tarikh tertentu saja. Jasa dan pengorbanan ibu bukannya harus dibalas pada satu tarikh saja, pengorbanan ibu, sehingga bila-bila pun tidak akan terbalas.
bonda yang melahirkan saya
bonda yang melahirkan ayah kepada anak-anak saya
Sesudah menjadi ibu, baru saya faham, bagaimana perasaan seorang ibu terhadap anak-anaknya. Walaupun marah, membebel, itu tandanya SAYANG! Walau tidak terucap, tetapi dengan perbuatan, cukup untuk melahirkan sayang itu.
Sunday, May 11
Kedamaian
Kedamaian terletak di hati
Hadirnya anugerah ilahi
Kehilangannya jiwa kacau sekali
Tidak tenang, merana diri
Hadirnya anugerah ilahi
Kehilangannya jiwa kacau sekali
Tidak tenang, merana diri
Dulu ketika menjadi pelajar ijazah pertama, saya sangat suka menulis sajak, puisi, cerpen, apa saja. Ketika itu, pemerhatian saya begitu peka sekali dengan perubahan yang berlaku di persekitaran saya. Sekarang ini, minat itu masih ada, cuma dek kekangan waktu, saya pendamkan saja minat dan hobi saya itu. Tulisan-tulisan biasa yang lahir dari hati, hanya itu yang dapat dicoretkan. Tidak pula secanggih sasterawan sasterawati negara kita, namun, saya amat mengagumi penulis yang sibuk dengan hal-hal lain, tetapi masih dapat menghasilkan buku-buku atau tulisan untuk tatapan umum.
Saturday, May 10
Rutin
Tadi pagi saya ditugaskan untuk menjaga pameran universiti. Hmm...jika amanah, harus dilaksanakan dengan ikhlas. Selalu, saya akan ambil jalan yang jauh sedikit kerana menghantar anak-anak ke tadika/taska. Pagi ini, dek kerana 'rutin' yang terbiasa, saya masih lagi di jalan yang sama, padahal, boleh ambil jalan yang kurang 5 minit perjalanan ke tempat kerja. Sudah melepasi susur keluar jalan itu, baru terperasan, "laa, kenapa aku ambil jalan ini?" Aku tersenyum sendiri dalam kereta! Begitulah kita kan, jika sudah biasa dengan rutin seharian, bila 'terkeluar' dari norma itu, kita masih kekal dengan rutin itu. Susahkah untuk kita berubah? Tidak susah, cuma kena set di dalam fikiran kita, insyaAllah, kita boleh berubah.
Wahai Siswi-siswa
Wahai anak-anak yang bergelar siswi-siswa
walau di mana anda berada di dalam negeri atau di luar negara
pastikan nawaitu sebenarnya
untuk apa?
Ibunda menanti dengan hati yang berbunga
anakanda pulang dengan ilmu di dada
untuk berbakti kepada nusa dan bangsa
janganlah diabaikan harapan mereka
12.38am

Friday, May 9
Kenangan Lama
Kadang-kadang kenangan lama mengusik jiwa. Menatap gambar-gambar lama membuatkan saya terfikir, betapa masa berlalu dan betapa usia semakin bertambah. Setahun bertambahnya usia, semakin hampir akan diri kita dengan kematian. Kita digesa supaya bekerja seolah-olah kita akan hidup lebih lama, tetapi beramal-ibadat seolah-olah kita akan menemui ajal esok. Namun, apa yang terjadi hari ini, manusia lebih mengejar harta dunia dari 'harta' akhirat. Di manakah kawan-kawan lama? Ada yang sudah berjaya menjadi bos sendiri, ada yang makan gaji seperti saya, mendidik anak-anak bangsa supaya menjadi insan yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Ada rakan-rakan di dalam gambar yang diambil ketika commencement PPP ini sudah menemui Ilahi, masa kita? Al-Fatihah untuk rakan-rakan yang telah mendahului kita menemui Pencipta.
Subscribe to:
Posts (Atom)