Sebagai pendidik, terasa diri dihargai jika pelajar masih mengingati kita. Pelajar saya, Ahmad Fadzlan, sudah menghabiskan pengajian diplomanya beberapa tahun lepas. Saya mengajarnya subjek semester pertama dan juga subjek semester keempat. Sekali-sekala, beliau akan SMS bertanyakan khabar...saya selalu merujuknya sebagai "choc fudge", sekejap ada, sekejap tak ada...hehehe. Paling terharu, beliau masih mengingati hari ulangtahun kelahiran saya, dan tidak lupa mengirimkan ucapan pada hari lahir saya sejak beliau masih menjadi pelajar saya. Saya berharap beliau dapat menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi kerana saya tahu, semangatnya untuk belajar masih ada.
Mohd. Hidhir, bakal menamatkan pengajian diplomanya semester ini. Saya menjadi pendidiknya ketika di semester 4 diploma. Usai semester 4, Hidhir bertukar haluan menjadi pelajar Golden Hope Plantation. Beliau akan menghubungi saya sekali-sekala melalui SMS untuk bertanya khabar, meminta pandangan serta nasihat tentang sesuatu perkara. Kadang-kadang emel beliau akan menjengah mailbox saya atau berkelapangan, YM buat seketika. Semoga Hidhir berjaya mencapai apa yang dicita-citakan. Kuatkan semangat anda.
Aly Idham, masih menuntut di semester 3 diploma. Saya mengajar beliau subjek semester 1. Sehingga sekarang, beliau akan tetap mengunjungi saya sambil bertukar-tukar buah fikiran serta pandangan peribadi mengenai pelajar masa kini. Saya lihat, Aly mempunyai wawasan serta mampu berjaya hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga Maju Jaya.
Baru-baru ini terserempak dengan bekas pelajar saya, Mohd Fadzil, yang sudah menamatkan pengajian di peringkat diploma dan sudah bekerja di sebuah kilang di Seberang Perai. Beliau masih mengenali saya. Alhamdulillah, masih bersopan santun seperti dahulu. Beliau ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, tapi beliau ingin menimba pengalaman bekerja dahulu.
Sayangnya, gambar-gambar mereka tiada dalam simpanan saya, cuma kekal di dalam simpanan kotak memori saja. Saya yakin, ramai bekas-bekas pelajar seperti mereka ini yang masih mengingati guru/pensyarah yang pernah mengajar mereka walaupun mereka tidak berhubungan secara terus, sebagaimana saya yang masih mengingati cikgu-cikgu serta pensyarah saya. Saya amat berharap mereka berjaya di dalam hidup mereka serta dapat menolong anak-anak bangsa yang lainnya untuk berjaya.
Gambar hiasan - ketika bengkel pada bulan Mac yang lalu di mana saya menjadi fasilitator kepada anak-anak ini
Baru-baru ini terserempak dengan bekas pelajar saya, Mohd Fadzil, yang sudah menamatkan pengajian di peringkat diploma dan sudah bekerja di sebuah kilang di Seberang Perai. Beliau masih mengenali saya. Alhamdulillah, masih bersopan santun seperti dahulu. Beliau ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, tapi beliau ingin menimba pengalaman bekerja dahulu.
Sayangnya, gambar-gambar mereka tiada dalam simpanan saya, cuma kekal di dalam simpanan kotak memori saja. Saya yakin, ramai bekas-bekas pelajar seperti mereka ini yang masih mengingati guru/pensyarah yang pernah mengajar mereka walaupun mereka tidak berhubungan secara terus, sebagaimana saya yang masih mengingati cikgu-cikgu serta pensyarah saya. Saya amat berharap mereka berjaya di dalam hidup mereka serta dapat menolong anak-anak bangsa yang lainnya untuk berjaya.
salam Ilah,
ReplyDeleteitulah bahagianya menjadi pendidik. sekali kita mendapat anak murid, insyaAllah mereka akan kenang kita sampai bila2 terutama jika kita pendidik yg baik terhadap mereka.
oh, samalah saya, sambutan hari ibu bukan amalan saya. in fact anak2 pun tak wish kat saya selamat hari ibu. kecil hati? tidak, sbb ia bukan satu amalan kemestian. hari2 adalah hari ibu kerana sebaik melahirkan anak, tugasan harian kita adalah mendidik mreka tanpa tinggal wlw satu hari pun.
oh, saya cukup suka menulis sajak, cerpen masa zmn undergraduate dulu. last buat cerpen tahun 1998 rasanya. itu pun entah kemana cerpen tu hilang hehehe. la ni, saya jadikan blog tpt luah apa yang saya nak cerita. jika rajin bersajak..:)
salam syikin,
ReplyDeletenak kata baik tu ntahla...hehehe, asyik membebel jugak. kita berkongsi minat yang sama..Alhamdulillah, segala karya saya masih di simpan, tapi perlu 'dikorek' semula..hehehe. Samalah syikin, saya ada blog untuk diari harian, untuk keluarga saja. Yang ini untuk dikongsi oleh semua, apa yang saya rasa.