Tuesday, May 20

Teknologi

Pagi-pagi tadi dengan semangat yang berkobar-kobar, saya on kan PC. Kenapa ya, tiba-tiba bunyi "tit-tit" "tit-tit", dan indicator PC tu berkelip-kelip merah. Sesudah mencuba beberapa kali, begitu juga, sudahnya, telefon ke unit sistem maklumat. Katanya RAM ada masalah, keluarkan dan disapu dengan pemadam, pasang balik, ok. Hmm, kemudian datang 2 orang pelajar praktikal untuk betulkan PC tu. Saya tinggalkan mereka kerana saya perlu hadiri mesyuarat fakulti. Sesampai di bilik, nota ditinggalkan di atas meja, mereka tidak dapat membetulkan PC saya tu... Waaa... PC tu baru je berusia beberapa bulan, kenapa sudah jadi begini? Hmm, sudahnya, saya terpaksa meminjam laptop jabatan kerana staf unit sistem maklumat berkursus ICT, tiada siapa untuk melihat dan membelek PC saya itu...

laptop yang menjadi penyelamat kepada kerja-kerja saya... hehehe

Terlalu bergantung kepada teknologi menjadikan kita 'kurang upaya' jika teknologi itu tergendala! Hehehe

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin